Ruangan Khas Penaja

Suka belog ini? Terima Kasih.

Sunday, 10 July 2011

Hidup ini penuh wayang..? GSC,TGV, BIG Cinema..ETC..! hahaha..!

korang perasan tak yang korang sekarang tengah tengok wayang? atau korang sendiri terasa korang dalam wayang? atau korang sendiri yang dok tengah main wayang..? urmmm.., kalau nak difikirkan, semua benda yang kita lakukan sebenarnya adalah untuk berwayang. Wayang gambar yang kurang kualitinya. Kahkahkah....!!!

Betul la kan..? semua orang sedang berwayang antara satu sama lain. Korang sebenarnya hidup sambil berlakon dan korang hanya menjadi diri korang bila korang bersendirian dirumah atau tempat-tempat bila orang tiada dengan korang. Itu adalah fakta dan sememangnya terjadi. 




Aku tak nak cakap berkenaan itu. Aku nak cakap berkenaan wayang dalam sesetengah organisasi yang kita terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Kebanyakan aksi wayang nie berlaku di organisasi-organisasi yang melibatkan kerajaan. Betul ke..? Kenapa hanya organisasi kerajaan jer aku nak cakap pasal wayang nie..? kenapa di institusi swasta tak dak wayang ke berlaku..? kenapa wayang senantiasa dikaitkan dengan kerajaan dan kenapa pula swasta bebas dari wayang..? 

berbalik kepada isu asal kita yakni wayang. Wayang yang aku maksudkan adalah berpura-pura semua berada dalam keadaan samada keadaan terkawal, baik, teratur dan terkini padahalnya langsung tidak begitu pun.  Wayang selalu dimainkan apabila tiba orang kenamaan, mahupun orang berpangkat lebih besar dari kita datang melawat. 


Bersambung...

Saturday, 9 July 2011

Lawak: Pusaka Nenek

Setelah sekian lama di perantauan akhirnya Rahmat pulang ke kampung untuk berjumpa dengan neneknya.


Nenek : "Rahmat, nenek sudah tidak kuat lagi, nenek minta kamu sambung mengusahakan kebun nenek..."

Rahmat : "Jangan cakap macam tu, nek..." (dalam hati, tak sia-sia aku balik kampung... dapat pulak harta pusaka nenek).

Nenek : "Segala isi perkebunan, ternakan, villa, traktor untuk kamu. Tolong jaga baik-baik, jangan lupa disiram tiap hari tanaman nenek."

Rahmat : "Baik nek, nenek jangan bimbang tentang hal itu... Tapi dimana kebun nenek? Rahmat tidak pernah tahu?"

Nenek : "Di Facebook nenek, FARMVILLE, nanti nenek bagi tau passwordnya."

Rahmat : "?????