Ruangan Khas Penaja

Suka belog ini? Terima Kasih.

Monday, 2 May 2011

Warna Sesuai untuk Lelaki

Warna selalunya diterjemahkan sebagai suatu yang menonjolkan peribadi seseorang. Kita juga secara tidak langsung berinteraksi secara terus menerusi warna-warna sekeliling yang wujud dalam kehidupan tidak kira dari segi semulajadi mahupun buatan manusia. Oleh itu, secara lazimnya, kita telah meletakkan sesuatu persepsi bahawa warna juga boleh melambangkan sesuatu gender yakni lelaki mahupun wanita.



Warna-warna gelap, kuat dan warna bumi, sering dikaitkan dengan golongan lelaki. Lelaki lebih ditumpukan kepada golongan warna yang mudah digayakan dengan apa fesyen dan cara pemakaian sekalipun. Mahupun tatacara pemakaian ke pejabat, ruangan santai mahupun berada di rumah. Semuanya bercirikan warna-warna gelap versi terang yang melambangkan kekuatan lelaki.





Kalau di Eropah dan Barat. Warna untuk lelaki senang dikategorikan mengikut warna kulit dan rambut mereka. Macam mana kita di Asia nie? Adalah kita jugak dikategorikan sebagai masyarakat bewarna dan susah untuk memilih warna dalam berpakaian?

Mari kita lihat dulu generalisasi yang diberikan bagi lelaki-lelaki kat barat. 
Kalau kita mempunya warna rambut yang blonde dan berkulit cerah. Warna yang sesuai untuk anda adalah warna-warna biru laut yang agak cerah, kelabu cerah dan dipadankan dengan warna yang sama jika mempunyai jaket atau blazer. warna coklat muda dan hijau pucuk pisang juga dapat menonjolkan warna untuk diri anda. Warna-warna pastel jugak sesuai untuk individu ini. Kalau boleh, cuba elakkan warna putih untuk kemeja melainkan digandingkan dengan seluar gelap. Kasut pulak, kompem warna hitam, tapi warna cordovan, burgundy dan coklat jugak masuk untuk individu ini. Paling sesuai? warna coklat dan burgundy!




Kalau kita mempunyai warna rambut kemerahan dan warna kulit yang sedikit tanned. Warna yang sesuai adalah warna merah dan hijau. membandingkan pakaian yang dipakai pula, warna-warna seperti coklat dan camel adalah sesuai untuk pakaian casual. Warna biru laut lembut, peach lembut dan hijau lembut dapat menyerlahkan individu ini dalam pakaian kemeja ke pejabat. Elakkan warna putih, boleh dipakai tapi jangan selalu. Kasut paling best mestilah hitam, tapi yang sesuai untuk individu ini adalah cordovan dan coklat.


kasut warna burgundy




Kalau kita seorang yang mempunyai warna rambut hitam dan berkulit sawo matang kegelapan. Kita lebih sesuai untuk dicorakkan dengan warna hitam dan coklat pada penataan bajunya. Warna-warna bumi dan kelabu gelap juga merupakan padanan yang sesuai. Orang yang mempunyai ciri-ciri sebegini sebenarnya tidak susah untuk memilih warna pakaian yang sesuai. Mereka dapat menyesuaikan diri terhadap semua warna-warna yang dikategorikan 'lelaki' dengan sempurna. Warna putih serta warna-warna terang seperti biru gelap dan padanan berjalur pada baju kemeja untuk ke pejabat juga dapat memberikan impak yang bagus kepada individu sebegini. Sebab itu, kebanyakan orang asia lebih sesuai untuk padanan warna sebegini. Padanan warna seluar jugak dapat dikombinasikan dengan warna seluar hitam, coklat gelap atau pun Taupe. Memang cantik dan segak. Kalau padanan pakaian ke pejabat tue, kasut berwarna hitam merupakan pilihan yang paling tepat berbanding warna-warna lain. Kalau mahu berjalan-jalan, pakaian kasual seperti kemeja T yang berwarna putih dengan kolar sangat sesuai. Warna-warna seperti Biru Royal, Turquoise gelap, Ungu Gelap, Bugundy cerah amatlah sesuai dengan warna kulit anda. 


Jaket berwarna Taupe




Padanan baju untuk individu berkulit gelap.




Namun, apa yang laing penting adalah lelaki yang pandai menggunakan warna untuk dirinya akan dapat memukau semua orang disekelilingnya. Tak kira warna apa yang digayakan, tanpa rasa segan atau malu keyakinan adalah segalanya.

Pandangan yang diberikan aku adalah secara umum dan panduan secara menyeluruh mengenai warna-warna sesuai. Bukan bertindak sebagai penasihat fesyen atau pengkritik baju dalam memilih warna. Penataan fesyen yang melampau seperti tema-tema tertentu adalah terkeluar daripada generalisasi yang diberikan disini. 


1 comment:

Fauzzan Helmy Anuar said...

Mereka dapat menyesuaikan diri terhadap semua warna-warna yang dikategorikan 'lelaki' dengan sempurna

Kenapa ada 'lelaki'?
Huhuhuhuhuh