Ruangan Khas Penaja

Suka belog ini? Terima Kasih.

Saturday, 16 April 2011

Adenovirus ataupun I Don't No Virus?

baru-baru nie kita semua dikejutkan dengan serangan wabak penyakit Adenovirus di Pusat Latihan Polis(Pulapol) Kuala Lumpur. Serangan wabak penyakit ini lebih kepada serangan terhadap para pelatih Inspektor dan pelatih Konstabel yang sedang mengikuti kursus asa kepolisan di situ. Entah bagaimana aku terpanggil untuk menulis dan mengulas isu ini. Aku rasakan sangat perlu untuk aku jelaskan kepada sesetengah orang tentang apa itu Adenovirus dan kaitannya dengan kejadian di Pulapol.

masalah yang terjadi di Pulapol merupakan masalah pertama yang dihadapi negara. Sebelom ini belom pernah mana-mana pusat latihan mahupun asrama diserang dengan wabak peyakit sedemikian dan Pulapol telah menjadi mangsa yang pertama. 

kehadiran wabak penyakit Adenovirus merupakan rangkuman atau diistilahkan secara menyeluruh bagi memberikan maksud kepada serangan wabak di Pulapol. Namun begitu, bukan semuanya adalah berpunca dari Adenovirus. Terdapat gabungan beberap lagi penyakit-penyakit lain yang memberikan impak yang sama kepada para pelaith seperti Leptospirosis, H1N1 dan lain-lain. tapi mungkin kebanyakkan daripada pelatih diserang Adenovirus dan generalisasi dilakukan dan digelarkan serangan Adenovirus.

Selama 29 hari penuh, Pulapol di ishtiharkan ditutup atas sebab-sebab keselamatan. dan hari ni mungkin sebahagian besar daripada maslaah itu boleh dianggap selesai. Pada mulanya, semua bagaikan tidak tahu menahu mengapakah serangan wabak ini menyerang dan berlaku pada satu-satunya kawasan pusat latihan Pulapol di Kuala Lumpur. Perkara ini tidak pernah terjadi dan Pulapol telah menghasilkan beribu-ribu pegawai dan anggota polis plebagai pangkat tanpa sebarang masalah kesihatan kritikal. Serangan wabak Adenovirus ini telah memberikan impak yang besar kepada pengurusan Pulapol.


Berbaik kepada isu penyakit ini. Adenonvirus sebenarnya penyakit yang mudah menyerang kanak-kanak dan warga emas kerana sifat penyakit ini adalah tidak merbahaya walaupun ianya kadang-kadang mendatangkan bahaya kepada nyawa. Tanda-tanda demam, selesema dan batuk merupakan simptom yang ada kepada semua yang diserang wabak ini. Dalam kes para pelatih Pulapol, penyakit ini telah merebak melalui sistem pernafasan utama iaitu melalui batuk dan bersin. Rawatan yang diberikan juga adalah merawat simptom-simptom yang wujud seperti batu dan demam sahaja kerana virus ini tidak boleh dirawat dengan ubat yang spesifik dan hanya sistem imunisasi badan sahaja dapat menstabilkan badan kembali.


Masalah yang sering kali kita dengar adalah masalah kebersihan tempat tinggal yang akhirnya menyebabkan berlakunya masalah kesihatan ini. Mungkin benar jika dilihat secara luaran sahaja. Tapi kita tidak boleh juga menolak kepada lain-lain isu seperti bawaan penyakit dari luar dan disebarkan melalui interaksi sesama pelatih. hal ini dapat dibuktikan dengan kehadiran H1N1 dalam beberapa orang pelatih. namun begitu, wabak tersebut dapat dikawal sepenuhnya.  Bawaan penyakit dari luar ini telah memberikan kesan yang banyak kerana pengambilan anggota polis kali ini adalah dalam jumlah yang besar. Oleh yang demikian, dengan kehadiran jumlah pelatih yang ramai dan keadaan yang tidak terurus telah memudahkan penyakit berjangkit ini merebak dengan mudah dan memberikan kesan kepada kesihatan pelatih secara menyeluruh.


Walaupun sejumlah besar pelatih yang dijangkiti penyakit telah diasingkan daripada bercampur dengan para pelatih yang masih sihat. Terdapat juga para pelatih yang enggan mengambil rawatan segera dan tidak mahu mereka dikuarantin. Hal ini telah menyebabkan jumlah pelatih yang dijangkiti penyakit ini meningkat dari hari ke hari hingga ke hari terakhir. 





Bersambung...

No comments: