Ruangan Khas Penaja

Suka belog ini? Terima Kasih.

Friday, 29 April 2011

Lawak: Tips rejek Marka (awek)

Nak reject pompuan sebenarnya susah, takut nanti dia frust dan bunuh diri, jadi guna dialog nie. Korang kompem selamat. Tayah risau kena manderem or kena santau ekk..? hahaha..!



1) Semalam I check dengan doktor, dia kata I HIV positif...

2) Kat telinga I ni ada suara suruh I bunuh diri..

3) U nampak tak mamat tu... (padahal takda orang pun kat situ)

4) Adik beradik I ada 10 orang, semua belajar lagi, I kena sara diorang sebab parents I dah meninggal...

5) I dah keje kat 20 company, tapi paling lama tahan pun 2 bulan je...

6) Hari-hari along cari I, hutang dengan diorang dah mencecah 100 ribu...

7) Errr, sori, terpegang pulak....

8) Lupa nak bagi tau u, I ni duda anak 10

9) Ish, kalau nak kawin dengan U, I kena ceraikan bini I yang ke 4 tu, sian dia....


10) Mak U cantik laa...nak kenal boleh..?





Monday, 25 April 2011

cara pemakaian contact lens untuk lelaki

Sekarang ramai orang suka pakai kanta lekap(contact lens) yang bewarna-warni. ada macam-macam warna yang dipakaikan kat mata tue. Warna cekelat, warna biru, warna pepel dan banayak lagi la. Tetambah sekarang kontek lens dijual bersepah kat pasar-pasar malam yang made in China punya. 

tengok baik-baik kontek lens korang...terbalik ataupun tidak, kalao idak, tak selesa bila korang pakai nanti.

So, tak dak hal la orang ramai mula membeli kontek lens untuk pakai sehari-hari. Bagi sesiapa yang belum penah baca review aku bekenaan lelaki dan kontek lens, sila baca balik kat sini  Lelaki dan kontek lens warna-warni. Segala info dan pendapat aku, aku dah sertakan kat situ. Sesapa yang tak berpuas hati dan berpuas jantung ker, Sila tinggalkan komen-komen comel anda disini atau disana okeh. 

banyak pilihan yang gila-gila...


Berbalik kepada tajuk kita pada hari ini tuan-tuan, Kalau kata namanya lelaki, Kompem mereka mahukan yang mudah, ringkas dan selamat. takdaknya dia(lelaki) nak duduk depan cermin 24 jam(kecuali mat cermin) untuk menelek bijik mata untuk masukkan kentek lens kedalam mata. 

Tapi Bagi cara yang selamat, hendaklah kita mengamalkan langkah berjaga-jaga dengan mengadakan cermin dihadapan mata dan memasukkannya dengan cermat. Lagi selamat kalao kita spend dalam 5-10 minit untuk menelek bijik mata untuk memastikan kesihatan mata berada pada tahap maksimum.

1) letakkan kat ujung jari kanan ataupun kiri korang..pastikan jari korang kering dan lens adalah basah. Kalao basah sangat pun tak boleh. Nanti lens melekat kat tangan tapi tak lekat kat bola mata.

2) pastikan dalam kontek lens ada sedikit air, tapi tak banyak... Hanya untuk pastikan lens akan melekap kat bola mata tapi tidak kepada jari telunjuk anda.

3) Kemudian, gunakan hujung jari hantu (middle finger) untuk membuka sedikit mata anda ke bawah. kalau mata anda masih kecik, gunakan jari telunjuk tangan yang sebelah lagi untuk tarik kening mata anda ke atas.
4) Cuba masukkan kontek lense ke bola mata anda pelahan-lahan. Kontek lens akan melekap kat mata anda sekiranya cukup lembapan dan jari tangan anda agak kering. Kalau boleh tolong bersihkan tangan anda sebelom menyentuh mata. 


Bukannya apa, kekadang, pengamala kontek lens nie kurang peka kepada keadaan mata mereka. Keadaan ini mungkin memberikan sedikit kesan kepada keadaan mata yang kekadang merah, timbul ketuat sekitar mata atau lebih buruk, kemasukan bakteria yang boleh memudaratkan mata. 

Oleh itu, amat penting kalau kita amik masa sedikit untuk melihat keadaan mata kita. Bersihkan tangan anda sebelum menyentuh sebarang produk mata seprti solution mahupun casing untuk letak kontek lens okeh.

Cara bagi lelaki mahupun wanita sebenarnya tiada beza. tapi saja jer aku nak keluarkan entri kali ini (Ko Mampu ker?). 

So, kalao korang nak tahu cara yang lebih baik, pi bukak tutorial yang ada kat Youtube. Kat sana berjebah orang dok post lagumana nak tempek kontek lens dalam mata. kat sini aku boleh ajaq cara-cara asas dan cara bagaimana aku memakainya sehari-hari. 

Nak keluarkan pun senang jer. Hanya perlu kepilkan bola mata anda dengan jari telunjuk dan ibu jari. Buat perlahan-lahan bila sampai bahagian ini. Kalau yang kuku panjang tue, hati-hati yer, nanti boleh terkoyak kontek lens kamo nanti dek kuku yang panjang ituew.
Kalau dah ekspert nanti, boleh la gayakan mata korang macam mata zek apron nieh...hehehe!


Saturday, 16 April 2011

Adenovirus ataupun I Don't No Virus?

baru-baru nie kita semua dikejutkan dengan serangan wabak penyakit Adenovirus di Pusat Latihan Polis(Pulapol) Kuala Lumpur. Serangan wabak penyakit ini lebih kepada serangan terhadap para pelatih Inspektor dan pelatih Konstabel yang sedang mengikuti kursus asa kepolisan di situ. Entah bagaimana aku terpanggil untuk menulis dan mengulas isu ini. Aku rasakan sangat perlu untuk aku jelaskan kepada sesetengah orang tentang apa itu Adenovirus dan kaitannya dengan kejadian di Pulapol.

masalah yang terjadi di Pulapol merupakan masalah pertama yang dihadapi negara. Sebelom ini belom pernah mana-mana pusat latihan mahupun asrama diserang dengan wabak peyakit sedemikian dan Pulapol telah menjadi mangsa yang pertama. 

kehadiran wabak penyakit Adenovirus merupakan rangkuman atau diistilahkan secara menyeluruh bagi memberikan maksud kepada serangan wabak di Pulapol. Namun begitu, bukan semuanya adalah berpunca dari Adenovirus. Terdapat gabungan beberap lagi penyakit-penyakit lain yang memberikan impak yang sama kepada para pelaith seperti Leptospirosis, H1N1 dan lain-lain. tapi mungkin kebanyakkan daripada pelatih diserang Adenovirus dan generalisasi dilakukan dan digelarkan serangan Adenovirus.

Selama 29 hari penuh, Pulapol di ishtiharkan ditutup atas sebab-sebab keselamatan. dan hari ni mungkin sebahagian besar daripada maslaah itu boleh dianggap selesai. Pada mulanya, semua bagaikan tidak tahu menahu mengapakah serangan wabak ini menyerang dan berlaku pada satu-satunya kawasan pusat latihan Pulapol di Kuala Lumpur. Perkara ini tidak pernah terjadi dan Pulapol telah menghasilkan beribu-ribu pegawai dan anggota polis plebagai pangkat tanpa sebarang masalah kesihatan kritikal. Serangan wabak Adenovirus ini telah memberikan impak yang besar kepada pengurusan Pulapol.


Berbaik kepada isu penyakit ini. Adenonvirus sebenarnya penyakit yang mudah menyerang kanak-kanak dan warga emas kerana sifat penyakit ini adalah tidak merbahaya walaupun ianya kadang-kadang mendatangkan bahaya kepada nyawa. Tanda-tanda demam, selesema dan batuk merupakan simptom yang ada kepada semua yang diserang wabak ini. Dalam kes para pelatih Pulapol, penyakit ini telah merebak melalui sistem pernafasan utama iaitu melalui batuk dan bersin. Rawatan yang diberikan juga adalah merawat simptom-simptom yang wujud seperti batu dan demam sahaja kerana virus ini tidak boleh dirawat dengan ubat yang spesifik dan hanya sistem imunisasi badan sahaja dapat menstabilkan badan kembali.


Masalah yang sering kali kita dengar adalah masalah kebersihan tempat tinggal yang akhirnya menyebabkan berlakunya masalah kesihatan ini. Mungkin benar jika dilihat secara luaran sahaja. Tapi kita tidak boleh juga menolak kepada lain-lain isu seperti bawaan penyakit dari luar dan disebarkan melalui interaksi sesama pelatih. hal ini dapat dibuktikan dengan kehadiran H1N1 dalam beberapa orang pelatih. namun begitu, wabak tersebut dapat dikawal sepenuhnya.  Bawaan penyakit dari luar ini telah memberikan kesan yang banyak kerana pengambilan anggota polis kali ini adalah dalam jumlah yang besar. Oleh yang demikian, dengan kehadiran jumlah pelatih yang ramai dan keadaan yang tidak terurus telah memudahkan penyakit berjangkit ini merebak dengan mudah dan memberikan kesan kepada kesihatan pelatih secara menyeluruh.


Walaupun sejumlah besar pelatih yang dijangkiti penyakit telah diasingkan daripada bercampur dengan para pelatih yang masih sihat. Terdapat juga para pelatih yang enggan mengambil rawatan segera dan tidak mahu mereka dikuarantin. Hal ini telah menyebabkan jumlah pelatih yang dijangkiti penyakit ini meningkat dari hari ke hari hingga ke hari terakhir. 





Bersambung...

Sunday, 10 April 2011

Udang Sanggul Spesyial untuk Tempahan

Sapa penah dengar menu kuih yang bernama Udang Sanggul? Rasa-rasa kat area KL dan Selangor dah pemes dalam 2-3 tahun nie. Kuih Udang Sanggul nie selalunya menjadi menu pilihan apabila menjelang waktu berbuka puasa. Ramai peniaga terutamanya peniaga bazar Ramadhan sudah memberi ruang kepada menu udang sanggul dalam juadah untuk berbuka puasa.

Inilah Udang sanggulnya. Udang sekoq-sekoq ada kat dalam sanggul tue. Memang puas bila makan. So kepada big eater kat luar sana, apa lagi. Moh lew kita menerai kuih ini.


Tapi sekarang kita tak perlu untuk menunggu bulan puasa untuk menikmati juadah yang maha dasyat ini (dasyat ke?) heheh..!

Sekarang korang semua boleh beli secara terus melalui online kat sahabat saya yang menjual Udang Sanggul sejuk beku dan sedia digoreng. 

Memang mudah dan cepat. Malah ia menggunakan resepi yang telah diperturunkan sejak turut temurun lagi. Kompem sedap. 

Lagi satu, Udang sanggul nie pun bukannya mudah untuk dibuat. Bukan calang-calang orang boleh buat di jadi sanggul. Macam nak buat karipap pusing jugak, salah pusing, terus jadi karipap laen..huhu..~

Satu lagi menu kuih yang baru dan dijangka femes masa time bulan puasa nanti adalah Popia Udang Sanggul. Pun merupkan menu yang sedap, mempunyai rasa-rasa seafood yang puas. Cuba la rasa...

Ini pulak, popia udang sanggul. Sedap kalau goreng rangup-rangup. aku suka sebab popia nie kandungannya  maha dasyat kot. nak tahu..? try la dulu beb..!


Jadi sesaper nak menempah dan menerai Udang Sanggul Yazid nie, korang boleh terus berhubung dengan beliau di:

Yazid Udang Sanggul
nombor telefon: 012-4996735
email: yazidmrsmbp2000@hotmail.com
harga udang sanggul: RM15/pax (13 ekoq udang sanggul)
harga popia udang sanggul: RM10/pax (10 popia)

atau terus ke laman belog rasmi udang sanggul beliau : yazidudangsanggul.blogspot.com

Sedikit info, kalau korang tempah, beliau sendiri yang akan menghantarkannya ke pintu rumah anda. Cover area adalah sekitar negeri-negeri utara. So apa tunggu lagi, try la rasa wei...!




Saturday, 9 April 2011

Lawak: Pakar Jantina

Seorang lelaki bernama Ajan berjumpa pakar jantina iaitu seorang doktor di universiti Kuala Lumpur, di dalam biliknya dia cuba menceritakan masalahnya.

Ajan: Assalamualaikum doktor

Doktor: Ye Ajan, saya diberitahu awak ada masalah. Cucite? (Cuba cerita)

Ajan: Saya ni ada kawan Namanya Rosli, kami kawan rapat macam adik beradik, Kami berdua la. Pada suatu hari saya terpaksa berpindah so kami ni berpisah selama 1 tahun. Di tempat baru saya ada jumpa seorang perempuan tapi sebijik muka badan macam..

Doktor: Macam?

Ajan: Rosli. Tapi saya minat kat perempuan tu tapi ada perkara yang memusykilkan saya.

Doktor: Apa dia?

Ajan: Kalau saya suka perempuan muka macam kawan rapat saya, saya ni di ketogorikan sebagai lelaki Bisexual ke?

Doktor: Erm.....................................................................................................................................................