Ruangan Khas Penaja

Suka belog ini? Terima Kasih.

Saturday, 5 February 2011

Kita Sombong dengan Orang, Orang Sombong la dengan Kita

Entri kali nie aku nak bercakap tentang perangai manusia yang sombong tapi tak rasa diri diorang tue sombong. Setiap kali aku keluar entri mengenai perangai manusia, aku selalu bermuhasabahkan diri aku supaya jangan jadi macam perangai-perangai nie. 



Sikap sombong menyombong nie bukan saja wujud antara manusia, tapi binatang pun sebenarnya pandai menyobong sesama mereka. Kalau hampa semua tak percaya, cuba hampa semua try lihat perangai kucing kat tepi jalan dan kucing yang orang bela kat rumah. Yang mana lebih kekwat dan yang mana lebih mesra?

Bab-bab sombong menyombong nie dah lama ada dalam hidup aku. Korang semua tak payahla nak cuba mengajaq aku tentang erti nak menyombong. Aku lagi expert. Kalau korang try tanya semua kawan-kawan aku, Fazz nie orang yang macam mana buat pertama kali diorang berjumpa dengan aku dulu? Aku kompem jawapan yang muktamad adalah "deni sombong","belagak macam anak dato", "apsal deni kekwat sangat" ... 



Jadi, aku telah mula membuat perubahan yang memberikan impak yang banyak dalam diri aku. Aku tidak lagi dikenali sebagai seorang yang sombong, tetapi GILA~hehe

Kesah sombong menyombong nie kalau nak diceritakan memang sampai sepuluh entri pun tak cukup. Tapi aku nak mulakan dengan kisah yang paling membuatkan aku boleh jadikan entri pada kali ini. Entri kali ini memberikan penekanan terhadap penilaian watak atau karektor sombong yang wujud dalam diri individu yang membentuk kelompok masyarakat.

Kalau korang semua perasan, terdapat segelintir masyarakat dalam dalam kelompok masyarakat kita ini cuba hidup dalam sekitaran yang mereka rasakan selesa sahaja. Terdapat juga keadaan dimana mereka tidak mahu menerima sebarang perubahan dan kemasukan orang baru dalam hidup mereka. Kenapa hal ini berlaku? Adakah mereka tidak suka kepada kehadiran orang baru?



Baiklah konsepnya adalah sebegini. Terdapat sekelompok manusia yang mempunyai nilai, kecenderungan dan   dorongan yang sama. Mereka terdiri daripada pelbagai lingkungan umur, jantina dan pekerjaan. Mereka berteman rapat antara satu dengan yang lain. Kemudiannya pada suatu ketika, datang beberapa individu baru yang mempunyai niat, kecenderungan yang sama. 

Namun demikian, kehadiran beberapa individu baru ini kurang disenangi oleh sekelompok manusia tersebut. Oleh yang demikian, wujud lah karektor sombong menyombong atau "kekwat" antara mereka. Mungkin tak semua dalam kelompok manusia tue kekwat, tapi ada diantaranya yang bersifat sedemikian. Kenapa..?

Masyarakat sebegini wujud mungkin berasaskan beberapa faktor. Faktor yang paling utama adalah ancaman kepada keselesaan sedia ada. Aku melihat ini merupakan faktor yang paling utama mengapa mereka gagal atau tidak mahu menerima perubahan sedia ada. Ancaman kepada keselesaan yang sedia ada memang wujud. Aku langsung tidak menafikannnya. Tapi apabila sampai pada satu tahap, semua akan kembali kepada apa yang korang mahu. 

Tak semua orang dalam kelompok berkenaan mempunyai keistimewaan yang sama. Oleh itu, tak perlu untuk kita merasa terancam dengan kehadiran individu baru yang mungkin dapat membawakan sedikit kecerahan dalam kelompok tersebut.

Faktor kedua adalah takot kepada perubahan yang membawa kepada sesuautu yang lebih besar dalam hidup mereka( perasaan terancam). Perasaan terancam nie bukan sahaja wujud dalam diri manusia, malah haiwan sendiri apabila melihat terdapatnya jantan dominan yang lain memasuki kelompoknya akan merasa risau. Haiwan mempunyai 'sense' atataupun deria bahawa meraka perlu rasa terancam. Manusia juga tidak terkecuali. 

Hal ini demikian kerana perasaan terancam hanya perlu bila mana terdapatnya bahaya dan kebarangkalian bencana berlaku. Kenapa perlu rasa terancam dengan individu yang langsung tidak membahayakan kita? Adakah ancaman tersebut terlalu halus sehinggakan kita perlu dingin dan bersikap acuh tak acuh dengan individu-individu tersebut? Atau pun perasaan takot wujud kerana kamu tahu bahawa individu-individu tersebut mempunyai keupayaan dan keistimewaan yang lebih dan menjangkaui apa yang kamu ada? Oleh sebab itu kamu semua bersikap sombong, dingin dan kekwat...?




Sangat bertuah kita berada pada zaman sekarang. Kalau kita berada pada zaman pertengahan abad ke-19,  Dorothea Dix yang telah dikenali dengan Mental Hygiene Movement memungkinkan lebih ramai lagi akan dirawat dengan lebih baik, termasuklah penyombong-penyombong tegar nieh.

Faktor yang ketiga adalah faktor perkembangan kehidupan yang rigid telah diterapkan semenjak dari lahir lagi. Faktor ini memungkinkan bahawa mereka tidak suka meluaskan lingkungan tali persahabatan mereka berasaskan faktor tunggal yakni cara tumbesaran sejak awal lagi. Mereka ini terdorong untuk tidak mahu menjalinkan persahabatan dengan orang lain kecuali ahli keluarga dan orang terdekat yang dikenali sejak lahir lagi. Mereka juga susah untuk bergaul mesra dengan orang ramai dan ditambah rasa Anthropophobia ( fobia terhadap kumpulan masyarakat).

Faktor yang terakhir adalah sikap dan perangai individu yang seterusnya membawa kepada keadaan tidak mahu menerima perubahan. Faktor ini yang paling aku suka kerana tanya memberikan sebab musabab yang kukuh tetapi memang sifat manusia sebegitu. Sikap dan perangai mereka yang meminta bahawa jangan. Jadi, tiada siapa yang boleh dan dapat membantu kecuali diri mereka sendiri. 

Seperti perokok tegar. Korang naikkan lah harga setinggi langit pun, lekat la poster sebesar padang bola pun. Mereka takkan berubah melainkan diri mereka sendiri yang mahu berubah.

Oleh yang demikian, wujud suatu karektor yang dapat mengelakkan semua faktor-faktor diatas supaya berlaku. Mereka cuba untuk menjadikan diri mereka sombong. Sombong dalam erti kata yang lain, mengelak daripada berhubungan, bersentuhan dan menjalinkan ikatan. Kata SOMBONG itu telah memberikan satu penjelasan bahawa hubungan masih terjalin tetapi dalam keadaan dingin dan tak mesra. Meletakkan tembok-tembok besar sebesar Tembok Besar China mungkin jalan penyelesaian mereka. 

Tetapi mereka perlu ingat, jangan cuba menghalang gajah melintas jalan, nanti kereta masuk gaung, korang Innalilah~



Sombong macam unta nie boleh jugak kan..???!! 
hahaha..!!!






2 comments:

Cik Eliza said...

kesimpulannya,
sombong tak baik untuk kesihatan.

aha!

;P

fazzlies said...

yyeerr.. sangat tidak sihat kan..! tapi sitll ada org yang gemar mengamal kan budaya sombang nie...