Ruangan Khas Penaja

Suka belog ini? Terima Kasih.

Tuesday, 22 February 2011

Bulu Mata Pelesu [palsu] (Fake Eyelashes)

entri ini khas untuk semua pompuan-pompuan, pompuan wannabe dan seangkatan dengannya. Yang laki tueh, kalo nak baca pom tak pa, boleh tambah pengetahuan korang kan. Mana tau kalau korang nak geffrend korang bulu mata lebat ala-ala Rozita Chek Wan. 





Bulu mata pelesu merupakan salah satu ciptaan agung( agung ke?) pengarah filem D.W Griffith. Beliau mencipta bulu mata pelesu pada tahun 1916 dalam filem 'Intolerance' untuk menyerlahkan mata para pelakonnya. 
Bagi memastikan efek ini berkesan, juru dandan rambut palsu telah mengambil beberapa helai rambut dan menjahitnya melalui material kain kasa yang halus. Ciptaan ini telah dilekatkan betul-betul dengan garis alis mata. 
Selepas itu, bulu mata ini bukan sahaja memainkan peranan di Hollywood malahan di seluruh peringkat masyarakat ketika itu. 

Joan Crawford


Pada tahun 1930-an dan 40-an, sewaktu filem hitam putih dimainkan dilayar-layar perak, para pelakon terkenal seperti Betty Davis, Joan Crawford dan Marlene Dietrich memakai bulu mataplasu. Pada tahun 1960-an, Supermodel Twiggy telah menjadikan pemakaian bulu mata pelesu ini sebagai satu 'Mod look' dan ramai suri-suri rumah mengikuti jejak langkah beliau. namu begitu setelah sekian lama selepas itu, bulu mata pelesu nie kurang menjadi perhatian utama dan hanya menjadi kegunaan untuk showgirls kat Las Vegas dan Drag Queen.

Twiggy



Pada hari ni, korang kompem dapat tengok pelbagai jenis bulu mata pelesu yang terdiri daripada pelbagai corak sampai berpinau mata nak memilihnya. Orang kita nie pakai bulu mata pelesu masa time-time penting ja macam nak pi dinner or nak nikah. So masa time tue la kalut nak pi cari bulu mata pelesu bagai. Last-last, suruh mak or pak andam yang bawak mai. (or pakej bulu mata pelesu skali ka?)


Kalao nak pi beli sendiri pun mesti kena titik beratkan kepada beberapa aspek penting seperti kepanjangan, kelebatan, warna, dan kualiti. Paling penting kita dapat beli bulu mata palsu yang nampak 'real' dan pada masa yang sama murah. Hal ini memberatkan korang supaya jangan dok pi beli yang terlalu berat/tebal dan terlalu hitam. Korang akan nampak sebijik macam penari kebudayaan yang dok berarak kat Dataran Merdeka time Citrawarna. SO fake...!



Kalau la korang terbeli bulu mata yang teragak panjang or teragak lebar, still takpa sebab korang masih boleh  baikinya balik menggunakan gunting kecil. Kalau la yang dibeli tu terlalu panjang bulu dia kedepan, senang ja, potong sampai kehendak yang kita nak. Masa nie kalau boleh hati-hati sebab kita taknak potong terlebih pendek, so setiap kali potong, ukur balik sampai kita puas hati.
Sama jugak jika bulu mata tue terlaku lebar ke tepi. Potong sikit demi sikit dan ukur balik kat mata. Sebab apa, yang ini lebih mudah nak ukur sebab potongan mengunakan helaian demi helaian bulu.




Nak boh kata mata jugak sangat penting. Kita kena pakai gam mata. Banyak kedai ada menjualnya just beli yang mana kita suka. Semua cara pemakaiaannya sama. Selepas kita meletakkan gam kat bulu mata palsu tuh, tunggu selama seminit dua untuk memberikan ruang kat gam tue untuk kering. Baru lepas tue kita lekatkan kat mata. Kalau kita letakkan bulu mata tersebut dengan cepat selepas letak gam, kemungkinan besar gam itu sukar nak lekat sebab masih terlalu basah.



Satu lagi tips untuk membeli gam bulu mata nie. Bagi uang masih baru belajar nak pakai bulu mata palsu, boleh try pakai gam yang berwarna HITAM atau yang JERNIH. sebab gam jenis ini kan melindungi kecelaan yang ada kat mata anda. Tetambah, kompem korang akan pakainya sendiri kan? Kalau pakai gam yang bewarna putih, sila sediakan celak mata untuk menutupi gam-gam putih tue.


Tapi ingat, disamping kegilaan kaum wanita dok memakai bulu mata pelesu nie, baik-baik sikit. Jangan dok obses sangat dok pakai semua palsu...

Kang jadi cengini pulak dah...
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


RAMBOT MATA PELESU..!!! Sapa nak jawab..??? 
hahahah..!!!






2 comments:

Ayu Rashidi said...

hahahaha...scary nya!

Fauzzan Helmy Anuar said...

http://www.youtube.com/watch?v=DhHZ2iEkoxo

Mie pakai bulu mata pelese time ni... Tak nampak pun? :P