Ruangan Khas Penaja

Suka belog ini? Terima Kasih.

Friday, 4 February 2011

Berpusing Bergambar: Malam Tahun Baru Cina di Penang

Wah..! Meriah sungguh Penang kalau sambut Tahun Baru Cina. Jalan raya memang boleh buat tempat tidoq. Bawak mai tilam dan batal ja. 

Paling meriah bila mana kita nak beli barang. Semua kedai dok katop nieh, Jangan harap hampa semua nak boleh beli beras or susu tin. Tunggu la sampai hari raya kedua or ketiga. Kalau nak lebih senang, pi ja kat Tesko or Jaiyen. Mesti bukak...sebab apa, orang Melayu jaa banyak kerja kat sana.

Kalau hampa pi kat Sunshine or Bandar baru (Supermarket yang femes kat area Penang), Aku aci kerat jari semuanya katop hari first Tahun Baru. Takdaknya depa nak bukak untuk hampa. Kalau hampa nak bukak jugak. Buat supermarket sendiri? tapi ko MAMPU KEH? 

SO kalau tak mampu..Please Shadap sampai ko mampu...!!!

Ada jugak yang asyik dok UMAN menda yang Jalan kat Penang nie tak dak kereta, sunyi sepi takdak jem. Macam statement aku yang mula-mula tadi la.

Tapi hampa semua tak pikiaq jugak, masa time hampa raya puasa...KL pun tak jem, tak dak kereta jugak...? Awat hampa tak sorak..? 

Heyy..! Jawapannya, Suka hati KAMI la...KAMI dok kat Penang...Kami bukan dok kat KL..So tempat kami....Suka hati kami la nak UMAN dua tiga kali pun..Hang saket ka..?

Ada jugak, yang saket bila mana Cina raya Raya Tahun baru... Orang Melayu pun sibok nak balik kampung, buat lebuhraya jem, ketat bagai kasot VINCCI salah saiz...

HELLO..!!! Masa time Orang Melayu Raya Puasa pun, Orang Cina tak balik kampung ka..? Sama ja okeh..! Tok sah buat entri besaq-besaq dok tulih macam tak besa pulak. 

Jadi dikesempatan ini, aku pun telah meluangkan masa untuk pergi berjalan dimalam hari bersama dua orang kawan aku. Mereka ialah Hayati Berahim dan Siti Zuria

Korang nak kenal dengan depa dak..? No hal, aku bley arrange punya. Klik ja kat nama depa nie. Dapat la profile FB diorang, mintak no fon...hahaha.. kan senang kan..?



Kalau kat Penang nie, setiap kali Tahun Baru Cina, mesti ada rumah terbuka khas kerajaan negeri. So korang tak yah risau nak pi sambut jauh-jauh kat Sarawak sana nun. 
Tapi aku sambut ker..? hehehe~

Satu lagi, masa kami tengah singgah nie, program belum lagi mula. Depa mula pada 22hb kot. Klaau tak silap la. Lagu pun masa aku pi jenjalan kat Jalan Meriam nie(Cannon Street) memang waktu tengah acara makan besaq bersama famili. Jadi, jalan raya agak lengang giler arr...


Selepas seketika kami berjalan kat sekitar jalan nie. Banyak giler orang dok pasang bunga api dan mercun. Pom-pom sana sini. Naik Bengang telinga aku nie. Lagipun, time nie depa maybe dah abes makan besaq, sekitar jam 9 malam cengituh arr. 
Anak-anak nie abes keluaq rumah, dok main bunga api.


kat Cannon Street nie jugak ada pintu gerbang besaq, espesyeli dibuat untuk event sambutan Tahun Baru Cina. Meriah kan..? Tengak gambaq tue sudah la, depa dua orang nie asyik dok posing dari tadi. 

Suruh aku ambik angle yang meletopss...Tapi las-las...GONCANG kan..!! Sabooo sgt..!!!




Jalan raya nie sangat lengang. Tapi kalau hari-hari biasa pun memang agak lengang dan tak banyak kereta lalu. Tapi tetambah wak cengini, lagi la sunyi. Well, yang paling best bila amik gambaq tanglung tue semua jaaa...



Hahaha..Dua orang model aku dah siap sedia dok posing bagai. Aku ekceli suruh depa tepi sikit sebab aku nak ambik gambaq buadak-budak dok main bunga api belakang tue. 

Tapi, takpa la...Nak jadi model untuk belog aku sekali-sekali apa salahnya kan..?


Salah satu temple? tokong yang ada kat jalan nie. Setahun aku tokong nie penah muncul dalam filem Anna and The King dulu. Tapi aku tak sure scene yang mana satu. Masa aku amik gambaq nie pun tak ramai orang yang ada disekitarnya. 

Tapi ada kawan aku sorang nie tanya kat aku " Faz, hang tak takot ka dok pi ambik gambaq tokong semua tue. Kot-kot dia muncui dalam gambaq yang hang tangkap kang..nayaaa.." 

Aku jawab, "Aku nak takot buat pa weh? Cuba hang habaq kat aku. Kita bukannya buat menda tak elok, kita just berlalu dan cuba menghargai seni. Lagipun aku bukan pi sembah depa ka semua, betul dak..?"

"Tak la, aku bukan cakap lagu tue, tapi kot-kot la"... "Ok, aku paham.."


Rumah nie pun macam meletop kan..? Ini rumah persatuan mereka. Betul-betul bersebelahan dengan tokong tue. Aku lupa capture nama dia. Tapi aku kompem rumah nie ada kaitan dengan tokong tue.


Kawasan hadapan ruang rumah persatuan tue. Giler bapak punya besaq kot. Tengok, depa nie kalau berpersatuan, duit tak daknya kurang. Lagi dok bertambah kot. 

Bukan cengkita nie. Buat persatuan, pastu syok sendiri bagai. Gila kuasa macam dah jadi PM. Padahal, Pencacai Masyarakat jer. Pastu makan duit ahli. Lama-lama gunung pun runtuh beb.~ 


Sebahagian daripada hiasan pintu gerbang yang kita lihat tadi. Aku pun ekceli tak berapa perasan dengan kewujudan dekorasi bunga-bunga nie. Tapi bila dah tengok dekat-dekat. Santek jugak ekk...~



Meletup kan tajuk kat pintu gerbang nie? Aku baca bunyi dia ada macam nie la...incase korang tak nampak

" Kebudayaan Dan Warisan Tahun Baru Cina"


Picca akhir aku letakkan gambaq yang paling menyerlahkan pintu gerbang nie. 

ENJOYSS..!!!

Selamat Tahun Baru Cina *(ARNAB)




No comments: