Ruangan Khas Penaja

Suka belog ini? Terima Kasih.

Sunday, 6 February 2011

Aku Menulis untuk Berkongsi Nikmat, Rasa dan Apa Aku Nak Kata



Pada hari ini aku telah berjumpa dengan guru A.K.A pendorong utama aku untuk menulis belog secara lebih seriyes iaitu Cik JUMIE SAMSUDIN. Pada pertemuan kali ini aku telah mengajukan pelbagai soalan kepada beliau bagaimana untuk menjadi penulis belog yang lebih baik dan diterima oleh segenap masyarakat tak kira apa status keahlian politiknya, fikirannya, jantinanya, pendapatannya mahupun sesiapa sahaja. 

Pelbagai tips dan petua telah diperturunkan kepada aku dan aku merasakan aku perlu untuk berkongsi kepada semua pembaca tentang makna penulisan belog dibalik kaca mata seorang penulis terdahulu sebelum aku.

http://jumiejumie.blogspot.com/

Panduan yang paling utama yang dimulakan oleh beliau adalah yang paling penting aku rasakan bagi segenap pengiat belog tanah air. Apakah tujuan kita untuk menulis belog? Adakah untuk menarik perhatian orang ramai? Adakah untuk menjadi popular? Adakah untuk menjana pendapatan melalui pengikanan? Adakah untuk meluaskan pengaruh pasaran perniagaan? dan pelbagai lagi faktor yang dapat difikirkan.

Jadi, persoalan utama adalah tujuan kita untuk menulis sesebuah belog.

tujuan aku untuk melnulis belog adalah seperti tertera dengan megah dan besaqnya diatas sana...berdekatan dengan nama belog aku. BERKONGSI NIKMAT, RASA DAN APA AKU NAK KATA. Aku dah masukkan kata-kata ini semenjak aku mula-mula menulis belog sewal tahun 2008 lagi.

haaa, nilaa cara jari korang beroperasi ataih keyboard.

Clearly state there okeh. Aku mahu berkongsi semua perasaan yang aku, semua kenikmatan dalam hidup aku. Semua rasa yang aku dapat rasakan untuk semua yang sudi mencemar duli hadir ke sini. Bukan mudah bila mana kita mahui berkongsi apa yang kita ada dengan orang yang kemungkinan besar langsung kita tidak keanl. But like Britney song, Piece of me..aku cuba memberikan secebis kisah yang kehidupan yang dapat aku  kaitkan dengan alam sekeliling.

Berbalik kepada Tips dan petua cara penulisan belog yang baik:
1) Belog anda mestilah dalam keadaan kemas dan teratur. (Tidak terlalu banayak alat perhiasan (widgets dan application yang memungkinkan orang meluat nak bukak belog anada. Mungkin akan berlaku sekali seumur hidup pelawat belog itu)

2) Bahasa dan penggunaan tatabahasa yang mudah dibaca dan tidak mempunyai sebarang kesalahan ejaan.(bab ini aku lemah sikit. Asyik selalu ja miss spelling words..memang selalu kena carut ngan Jumie. Bahasa tidak semestinya baku, tetapi menarik perhatian dan mudah difahami semua)

3) Pemerengganan cerita yang lebih banyak dan ringkas. (paham tak? maksudnya, kalau tulis sesebuah cerita or entri tue, tolong la bagi selang-selang skiti. Jangan sekali semua masuk dlaam satu perenggan. mata kita boleh naik PINAU baca story yang panjang berjela bagai tak putus- putus tue)

please do disturb me..hahahaa..!

4) Mengandungi unsur-unsur pengalaman sendiri dan kaitan isu-isu sejagat. ( Isu-isu sejagat bermaksud perkara yang semua orang tau la. Jangan la hang dok story menda-menda yang hang saja tau kan? Habis sampai tahun depan pun semua tak paham story hampa. Pengalama sendiri jugak penting sebab terdapat story line yang lebih peribadi dan kaitan orang ramai dengan isu itu)

5) Disertakan gambar sebagai bukti mahupun sekadar hiasan. Hal ini dapat memeriahkan lagi bacaan belog agar tidak bosan. ( Korang nie macam tak paham-paham ja. Tengok je la Akhbar harian bahasa Malaysia no. 1 kat Malaysia pun menggunakan teknik yang sama. Letak picca-picca yang menarik minat dan pandangan orang ramai. Baru ada impak beb)

6) Tajuk perlu meriah, dapat berikan 'first Impression' yang memaksa orang meng'clik' tajuk kita. (Lagi contoh akhbar Harian Bahasa Malaysia no 1 di Malaysia. Bahan akhbar adalah Akhbar Tabloid. Sure la tajuk dia, bombastik seitap hari. Kalau tak boom, tak kan jadi tajuk punya. Orang Melayu nie pulak, suka sangat ngan tajuk-tajuk pelik dan ganjil nie. Tapi cuba suruh tegok Akhbar Utusan Or Berita Harian..Mahu termuntah diorang nie semua...hahaha)

7) Pilihan warna template untuk belog anda haruslah sesuai dengan ciri-ciri penceritaan dalan entri. (So kalau korang feeling-feeling nak tulis pasal pengalaman korang kat rumah mak Temah kat Homestay Titi Hayun, tak payah la letak warna tema ala-ala gothic okeh. Tetiba nanti jadi feeling filem Hantu Mak Temah pulang ke Tasik Timah Tasoh.)

8) Buat blog walking banyak tetapi jangan sesekali suruh orang follow kamu. Biar orang baca dan berminat untuk follow kamu berdasarkan entri kamu.( Ini dah jadi macam trend dan budaya kat belog. kalau kita dah follow sesebuah belog lain, secara automatik tuan tanah berkenaan akan follow kita balik. Tapi, apa yang penting adalah keikhlsan. Kalau tak suka pastu, just unfollow balik jew kan?)


9) Antara perkara yang paling penting adalah jangan tulis perkara yang anda tidak tahu atau tidak arif mengenainya. ( Kalau dah tak expert dalam menda-menda macam politik ker, agama ker, atau menda-menda yang saintifik sangat. Jangan tulis...Kalau sekadar nak beri pendapat dari view seorang ahli masyarakat, masih lagi dibolehkan. tapi hendak lah berpada-pada.)


dan bebrapa tips lain yang tak dapat aku lepaskan kat entri ini atas dasar privasi. hahaha..! tapi mungkin aku akan revealekan pada entri-entri yang akan datang..!

Namun perkara yang paling penting adalah..Jangan sesekali berasa diri kamu itu POPULAR dan DI KENALI ramai kerana belog kamu. 

Jangan jadi SOMBONG kerana sombong itu adalah perangai orang gila yang tak reti bersosial(Orang gila bersosial ke?)

hahaha..!!!




3 comments:

Jumie Samsudin said...

awat takdak langsung muka aku dalam entry ni!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

fazzlies said...

hahaha..! takkdak la wei...!

slalu sgt boh gambaq hang nanti tak suprais la to all my readers....

aku boh name card hang jaa, sebagai tanda utama...ok la tuh kan..?

ngeee~

NORLIDA RAMLI said...

gud information ..nice ^_____^