Ruangan Khas Penaja

Suka belog ini? Terima Kasih.

Tuesday, 22 February 2011

Jom undi Budak-Budak AF9 Sekarang..?



Wah. semua sekarang semakin hangat dan panas dengan kehadiran Akademi Fantasia(AF) musim ke-9.

So korang jom kita start ngundi untuk peserta-peserta kegemaran korang ekk. Harap-harap ada yang bagus dan boleh bawak jauh seperti AKIM AHMAD...!

Cara pengundian sekarang adalah berbentuk undian di internet yang mana kita, yakni penonton dapat menentukan peserta top 25 yang kita mahu di dalam senarai calon peserta Akadami Fantasia ke 9. 

Korang sebelom tue haruslah berdaftar dengan Astro terlebih dahulu untuk membolehkan korang mengundi kat situ. Daftar kat Astro sebagai ahli diorang. Benda alah nie macam MyTV3 gituew. So korang just daftarkan email dan nama penuh. Teros korang dapat undi budak-budak tue semua.

Okeh..First step..korang log masuk dulu kat sini 
Then, korang register la plak kat sini

Teros korang boleh ngundi budak-budak nieh....kat sini

 Walaupun korang pegi ngundi hari demi hari kan, tapi tak semestinya diorang semua dapat masuk AF9. Sebab undian anda adalah 50%sahaja. Undian seterusnya adalah dari pihak juri.





Bulu Mata Pelesu [palsu] (Fake Eyelashes)

entri ini khas untuk semua pompuan-pompuan, pompuan wannabe dan seangkatan dengannya. Yang laki tueh, kalo nak baca pom tak pa, boleh tambah pengetahuan korang kan. Mana tau kalau korang nak geffrend korang bulu mata lebat ala-ala Rozita Chek Wan. 





Bulu mata pelesu merupakan salah satu ciptaan agung( agung ke?) pengarah filem D.W Griffith. Beliau mencipta bulu mata pelesu pada tahun 1916 dalam filem 'Intolerance' untuk menyerlahkan mata para pelakonnya. 
Bagi memastikan efek ini berkesan, juru dandan rambut palsu telah mengambil beberapa helai rambut dan menjahitnya melalui material kain kasa yang halus. Ciptaan ini telah dilekatkan betul-betul dengan garis alis mata. 
Selepas itu, bulu mata ini bukan sahaja memainkan peranan di Hollywood malahan di seluruh peringkat masyarakat ketika itu. 

Joan Crawford


Pada tahun 1930-an dan 40-an, sewaktu filem hitam putih dimainkan dilayar-layar perak, para pelakon terkenal seperti Betty Davis, Joan Crawford dan Marlene Dietrich memakai bulu mataplasu. Pada tahun 1960-an, Supermodel Twiggy telah menjadikan pemakaian bulu mata pelesu ini sebagai satu 'Mod look' dan ramai suri-suri rumah mengikuti jejak langkah beliau. namu begitu setelah sekian lama selepas itu, bulu mata pelesu nie kurang menjadi perhatian utama dan hanya menjadi kegunaan untuk showgirls kat Las Vegas dan Drag Queen.

Twiggy



Pada hari ni, korang kompem dapat tengok pelbagai jenis bulu mata pelesu yang terdiri daripada pelbagai corak sampai berpinau mata nak memilihnya. Orang kita nie pakai bulu mata pelesu masa time-time penting ja macam nak pi dinner or nak nikah. So masa time tue la kalut nak pi cari bulu mata pelesu bagai. Last-last, suruh mak or pak andam yang bawak mai. (or pakej bulu mata pelesu skali ka?)


Kalao nak pi beli sendiri pun mesti kena titik beratkan kepada beberapa aspek penting seperti kepanjangan, kelebatan, warna, dan kualiti. Paling penting kita dapat beli bulu mata palsu yang nampak 'real' dan pada masa yang sama murah. Hal ini memberatkan korang supaya jangan dok pi beli yang terlalu berat/tebal dan terlalu hitam. Korang akan nampak sebijik macam penari kebudayaan yang dok berarak kat Dataran Merdeka time Citrawarna. SO fake...!



Kalau la korang terbeli bulu mata yang teragak panjang or teragak lebar, still takpa sebab korang masih boleh  baikinya balik menggunakan gunting kecil. Kalau la yang dibeli tu terlalu panjang bulu dia kedepan, senang ja, potong sampai kehendak yang kita nak. Masa nie kalau boleh hati-hati sebab kita taknak potong terlebih pendek, so setiap kali potong, ukur balik sampai kita puas hati.
Sama jugak jika bulu mata tue terlaku lebar ke tepi. Potong sikit demi sikit dan ukur balik kat mata. Sebab apa, yang ini lebih mudah nak ukur sebab potongan mengunakan helaian demi helaian bulu.




Nak boh kata mata jugak sangat penting. Kita kena pakai gam mata. Banyak kedai ada menjualnya just beli yang mana kita suka. Semua cara pemakaiaannya sama. Selepas kita meletakkan gam kat bulu mata palsu tuh, tunggu selama seminit dua untuk memberikan ruang kat gam tue untuk kering. Baru lepas tue kita lekatkan kat mata. Kalau kita letakkan bulu mata tersebut dengan cepat selepas letak gam, kemungkinan besar gam itu sukar nak lekat sebab masih terlalu basah.



Satu lagi tips untuk membeli gam bulu mata nie. Bagi uang masih baru belajar nak pakai bulu mata palsu, boleh try pakai gam yang berwarna HITAM atau yang JERNIH. sebab gam jenis ini kan melindungi kecelaan yang ada kat mata anda. Tetambah, kompem korang akan pakainya sendiri kan? Kalau pakai gam yang bewarna putih, sila sediakan celak mata untuk menutupi gam-gam putih tue.


Tapi ingat, disamping kegilaan kaum wanita dok memakai bulu mata pelesu nie, baik-baik sikit. Jangan dok obses sangat dok pakai semua palsu...

Kang jadi cengini pulak dah...
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


RAMBOT MATA PELESU..!!! Sapa nak jawab..??? 
hahahah..!!!






Sunday, 13 February 2011

Drama Status Facebook VS Drama Kejadian Sebenar

Korang adew Facebook tak? Kompem la ade kan? 


Gila kau skarang nie takde Facebook(FB). Mau kena hamput seranah kau dengan kengkawan kalau takde FB. Kalau yang still takde tue, aku respek la..
Tapi sampai satu tahap korang pun akan ade FB jugak nanti. Tengok la nanti..hehe... 


Okeh, dalam banyak-banyak kawan FB, mesti korang ade jugak berkawan dengan mamat or gegurl yang selalu hapdate status diorang mengalahkan dialog cerekarama TV3 kan? Kompem ade punya, aku aci potong kuku kalau takde.hehe.. 


Aku akan pastikan benda nie ada sebab hampir setiap daripada kita nie mahukan perhatian dan tumpuan. 

Okeh la, aku terexperien dengan seorang hamba tuhan nie. Biasa la bila kita kenal dengan seseorang dalam FB. Kita mesti wondering mereka nie semua macam mana yek? 
Perangai macam serupa hantoo or jembalang kan.. So mesti kita jugak selalu terbaca hapdate status diorang yang hampir setiap minit keluar. 



ini contoh yer, takdew kaitan antara yg hidop atau mati (piccer cilok:google)

Dah keluar tue takpa jugak. Keluar dengan segala bagai cerita nieh..! Cerita pasai orang nieh buat naya dia, Baru shoppppping barang LV Batu Feringgi la, tersilap dail no telefon jantan la, nenek dia masak ayaq soya laa dan segala bagai cerita la dia dok habaq pi. 


Beli kasot nieh, habaq kat FB dak..? hahaha..!(cilok:google)




So mesti happening gilak nie..! Kompem budak nie otak gila-gila tahap gaban dan really funny person..

Tapi pas-pas aku jumpa dia, sangat perlu la kan..! Pendiam bagai kot..! macam tikos takot kucen. Aku pun terkesima sekejap. 


Apakah ini maknusia yang aku lihat didalam FB tuh..? Yang aku kenal dalam alam maya tuh? Bukan sekali jumpa, tapi banyak kali wei...Sedeh..!


Motip letak piccer pakcik2..? haha..Khas utk kawan aku.. (piccer cilok:google)


Kenapa dia menjadi pendiam sebegitu rupa..? Tak tahu nak bukak mulut dan bercakap..? Haisshh..! Emosi dan karekter hanya dia alam maya..Sedeh...!

Tue la kan..Maknusia nie macam-macam karekter bagai. Yang nie aku boleh kategorikan samdol FB. Sangat jelas yang hang hidup dalam alam maya sahaja. 


Tidak mempunyai kehidupan yang sebenarnya. Dunia hang dunia khayalan dan kawan-kawan kau hanya lah di dalam BUKU MUKA... 



Itu tak termasuk lagi dengan ratusan kawan-kawan FB hang. Hang cakap diorang add hang dulu. tapi secara lahiriahnya, mesti hang pun approved diorang jugak dan meng'add orang baru kan? Please la, aku pun ada FB tapi tak seMELODI hang...!

Sedeh sangat dengan keadaan hidup hang. Padan la, hang tak boleh berenggang langsung dengan FB. Sebab itu adalah hidup hang yang hang anggap real. Aduhh...!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Save the Drama for Your MAMA okeh..!
hahaha.! ini aling best..! (piccer cilok: google)


Iklan penaja nie cam best jer kan..? cuba klik tengok apa ada kat dalam tue...













Friday, 11 February 2011

Cewaahhh..! Jahatnya Cinta: Akim dan Stacy

Biar..Biar..Aku biarkan lagu nie meletop-letop kat radio dulu baru aku upload kat dalam belog aku. 

Haaa, merasa korang yang selalu tak suka Akim dan Stacy bergabung, meletop??? Skarang diorang dah keluarkan duet single Jahatnya Cinta. Menetes ayer mata korang..? hahaha..!

Okeh, dikesempatan ini aku nak cakapkan la, lagu nieh seriyesly aku baru dengar masa aku gathering dengan Akim untuk sambut Bufday dia dibawah kelolaan GAFIM Januari lalu. 

So masa tue Akim mengeluarkan I-phone4 die dan meng'connect'kan dengan PA system...Itu la first tyme aku dengar lagu nieh...hahaha..Ape hal bro, kata minat..?? apesal tak penah dengar lagik..? hahaha..! 

Ekceli lagu nie dah berminggu-minggu keluar kat radio, tapi aku nie bukan hantoo radio, nak memerapkan tinga aku kat tepi radio tuh. 





So aku biar keadaan yang menentukan,kalo adew rezeki, aku dengar arr...Kalao takdew, mesti satu hari nanti aku dengar kalo dah meletop kan? 

So, aku posting kat sini dah skunk nie, kompem la lagu nie dah meletop kan..?

Walaupun lagu nie olahan daripada dua lagu lain iaitu, Jahat dan Inilah Cinta, Tapi originaliti lagu baru dapat diketengahkan. Walaupun begitu, rasa(taste) lagu Jahat dan Inilah Cinta masih dapat dirasai dan sesekali mencuit hati dengan melodi catchy itu. 

Aku dapat rasakan bahawa bahagian maketing(pasaran) berfikiran jauh dan mengambil kesempatan terhadap gosip dan hubungan mereka berdua. Pandai mengatur strategi dalam membuka peluang kenn..! Sapew korang nieh..? aku pom nak bekerja ngan korang laaa..! huhu

Okeh, Well done you guys..! Semua orang dah tertarik dan mungkin ini akan membuka lebih banyak rezeki antara kedua-dua selebriti kesayangan ramai nie. 
At least dalam 2 tahun lagi. hehe..


Ini lirik lagu dia..! Gabungan natara Inilah Cintah Akim dan Jahat Stacy...

JAHATNYA CINTA (Akim dan Stacy)

Oh.. Jahatnya kamu..
Iniah cintaku..
Inilah sayangku..
Inilah cinta..

Terpegun ku melihat kamu..
Bergetar hatiku..
Terus ku datang mencuba..
Adakah khayalan menjadi nyata..

Aku.. Aku.. Bagai sudah terkena..
Hati gembira rasa.. Jahatnya kamu..
Engkau.. Engkau.. Penyebabku terigau..
Jiwa mula bermanja..
Jahatnya cinta..

Kepala kata jangan gelojoh..
Hati pula kata pergi..
Go baby go..
Benarkah cinta itu buta..
Kerna tak nampak apa selain dia..

Aku.. Aku.. Bagai sudah terkena..
Hati gembira rasa.. Jahatnya kamu..
Engkau.. Engkau.. Penyebabku terigau..
Jiwa mula bermanja..
Jahatnya cinta..

Dah terkena..
Terkena demam cinta..





Wah menariknya iklan kat bawah nie..!! 
klik la kalau nak tahu lebih lanjut..!!!




Tuesday, 8 February 2011

Toyota Prius: Idaman aku jugakzzz...!

Sesekali aku rasa teringin gak ngan si Kereta Toyota Prius nie. Bila tengok kat ataih jalan, memang seemmaaat woo..! Ala-ala Caldina versi yang lebih jimmmmaaat minyak coz of HYBRID bebeh..hehe~



kereta nie menggunakan Hybrid Synergy Drive. Ape ke benda tuh ekk..? Meh sini cek nak pi terang. Kat sini kita terang sikit-sikit sudah la noo. 

Nak terang banyak, cek pon tak berapa nak khatam bab-bab kereta nie. Kira minat jer lebih bila tengok kereta yang cun-cun nieh.

Kenderaan yang menggunakan teknologi hybrid nie menggunakan lebih daripada satu unsur kuasa untuk menggerakkan kenderaan mereka. So kiranya kereta hybrid nie menggunakan tenaga dari unsur petrol dan jugak elektrik gituew. So memang akan memberikan penjimatan yang lebih kepada para pengguna kenderaan ini pada masa hadapan sebab harga petrol dah mencanak dok naik...!



Lagi satu contoh kenderaan hybrid paling senang dan maybe korang pun nampak kat tepi-tepi jalan ialah beskal yang macam moto tue. Ala, die ekceli beskal tapi ada enjin elektrik jugak. Korang boleh pilih nak kayuh pakai kaki or nak pakai enjin untuk bergerak. 

So, itu adalah salah satu kenderaan yang digelar HYBRID okeh..!

Pe kes plak aku dok terangkan pasal HYBRID plak yang lebih nieh??? 
Aku nak cakap pasal keta Prius aku kan..!



So kete nie harga paling koman korang bley dapat adalah sekitar 
RM 140 000++...maybe more, maybe less ok..So do not argue with me..I do not know the actual price okeh~



Prius daam beberapa tahun kebelakangan nie dah menerima beberapa anugerah diatas kecemerlangannya dalan arena kereta dunia. Antara anugerah yang diterima kete nie adalah NST 'Good Design (Malaysia) 2009',  Top Gear 'City Car of The Year (United Kingdom) 2009', Green Engine of The Year (Worldwide) 2008 dan banyak lagi.

Kerajaan Malaysia pun dah berkira-kira nak banyakkan kenderaan jenis HYBRID nie kat jalan di sini. Alhamdulilah la..Murah la sikit kereta Prius nie nanti..Or skarang dah memang murah dah kot? Aku tak tau, tapi harap-harap dah murah...

Bila lah aku dapat untuk menikmati kereta nei huh..? adeeyh..! 



sookaa sangat ngan keluaran Toyota nieh.....Kegemaran sentiasa~ 

Thanks ARENA KERETA sebab selalu hapdate cita-cita hal keta untuk tatapan aku.!!!


semua piccer: cilok dari enjin jugak tau... ENJIN CARIAN GOOGLE daaa..!



Sunday, 6 February 2011

Hari nieh 6 Februari 2011: Jem giler jalanraya (espesyeli Lebuhraya Utara Selatan)

piccer: qhairul-nizam.blospot.com


Wah, hari nie jalan raya seluruh Malaysia mengalami masalah jem yang sangat teruk. Seluruh jalaraya di Malaysia espesyeli lebuhraya Utara-Selatan mengalami kesesakan yang terlampau sibuk. Hal ini mungkin sebab terdapat ramai individu mula bergerak pulang ke rumah mereka yang terletak dibandar-bandar setelah pulang bercuti Tahun Baru Cina.

Semua nie berikutan hari ini adalah hari terakhir cuti hari Tahun Baru Cina. Jadi semua orang mula berpusu-pusu pulang ke rumah masing-masing dari kampung halaman. Memang tidak dinafikan kesesakkan ini kan berlarutan hingga ke tengah malam nanti. 

jadi pada sesiapa yang belum bergerak tue, dinasihatkan agar jangan bergerak lagi. Kompem korang pun akan sekali tersangkot dalam jem tue nanti.

Bagi pemilik kereta yang dah separuh abad, korang jaga-jaga la ekk..Hal ini akan menguji kekuatan dan kelebihan mantainance kereta anda. Kalau tidak dijaga dengan baik, alamat tersadailah kereta anda dan keluarga anda di tepi-tepi jalanraya.

Emm, memang meletup la raya cina tahun nie kan...? Mana tidaknya, jalan-jalan raya kat bandar-bandar besar waktu cuti memang jadi kosong dan bebas kereta. So semua kereta-kereta nie dah mula pulang ke bandar-bandar besar kembali. Bermula esok, semua orang dah mula menjalankan kerja harian mereka.

piccer hiasan: berita semasa.com


Nasihat aku lagi, kalau korang nak jugak balik ke rumah masing-masing dan nak elakkan jem..Balik ikut jalan lama. Sebab, walalupun agak lambat dan memakan masa, tetapi ianya sekurang-kurangnya dapat memberikan perjalanan yang lancar daripada asyik dok tersenggok-senggok kat ataih lebuhraya tuh.

Silap haribulan, bagi kereta yang dok pakai gear manual, tercabot kaki korang asyik dok menekan klas...hahaha.!!!

Anyway..happy Driving untuk semua..!!!

Aku Menulis untuk Berkongsi Nikmat, Rasa dan Apa Aku Nak Kata



Pada hari ini aku telah berjumpa dengan guru A.K.A pendorong utama aku untuk menulis belog secara lebih seriyes iaitu Cik JUMIE SAMSUDIN. Pada pertemuan kali ini aku telah mengajukan pelbagai soalan kepada beliau bagaimana untuk menjadi penulis belog yang lebih baik dan diterima oleh segenap masyarakat tak kira apa status keahlian politiknya, fikirannya, jantinanya, pendapatannya mahupun sesiapa sahaja. 

Pelbagai tips dan petua telah diperturunkan kepada aku dan aku merasakan aku perlu untuk berkongsi kepada semua pembaca tentang makna penulisan belog dibalik kaca mata seorang penulis terdahulu sebelum aku.

http://jumiejumie.blogspot.com/

Panduan yang paling utama yang dimulakan oleh beliau adalah yang paling penting aku rasakan bagi segenap pengiat belog tanah air. Apakah tujuan kita untuk menulis belog? Adakah untuk menarik perhatian orang ramai? Adakah untuk menjadi popular? Adakah untuk menjana pendapatan melalui pengikanan? Adakah untuk meluaskan pengaruh pasaran perniagaan? dan pelbagai lagi faktor yang dapat difikirkan.

Jadi, persoalan utama adalah tujuan kita untuk menulis sesebuah belog.

tujuan aku untuk melnulis belog adalah seperti tertera dengan megah dan besaqnya diatas sana...berdekatan dengan nama belog aku. BERKONGSI NIKMAT, RASA DAN APA AKU NAK KATA. Aku dah masukkan kata-kata ini semenjak aku mula-mula menulis belog sewal tahun 2008 lagi.

haaa, nilaa cara jari korang beroperasi ataih keyboard.

Clearly state there okeh. Aku mahu berkongsi semua perasaan yang aku, semua kenikmatan dalam hidup aku. Semua rasa yang aku dapat rasakan untuk semua yang sudi mencemar duli hadir ke sini. Bukan mudah bila mana kita mahui berkongsi apa yang kita ada dengan orang yang kemungkinan besar langsung kita tidak keanl. But like Britney song, Piece of me..aku cuba memberikan secebis kisah yang kehidupan yang dapat aku  kaitkan dengan alam sekeliling.

Berbalik kepada Tips dan petua cara penulisan belog yang baik:
1) Belog anda mestilah dalam keadaan kemas dan teratur. (Tidak terlalu banayak alat perhiasan (widgets dan application yang memungkinkan orang meluat nak bukak belog anada. Mungkin akan berlaku sekali seumur hidup pelawat belog itu)

2) Bahasa dan penggunaan tatabahasa yang mudah dibaca dan tidak mempunyai sebarang kesalahan ejaan.(bab ini aku lemah sikit. Asyik selalu ja miss spelling words..memang selalu kena carut ngan Jumie. Bahasa tidak semestinya baku, tetapi menarik perhatian dan mudah difahami semua)

3) Pemerengganan cerita yang lebih banyak dan ringkas. (paham tak? maksudnya, kalau tulis sesebuah cerita or entri tue, tolong la bagi selang-selang skiti. Jangan sekali semua masuk dlaam satu perenggan. mata kita boleh naik PINAU baca story yang panjang berjela bagai tak putus- putus tue)

please do disturb me..hahahaa..!

4) Mengandungi unsur-unsur pengalaman sendiri dan kaitan isu-isu sejagat. ( Isu-isu sejagat bermaksud perkara yang semua orang tau la. Jangan la hang dok story menda-menda yang hang saja tau kan? Habis sampai tahun depan pun semua tak paham story hampa. Pengalama sendiri jugak penting sebab terdapat story line yang lebih peribadi dan kaitan orang ramai dengan isu itu)

5) Disertakan gambar sebagai bukti mahupun sekadar hiasan. Hal ini dapat memeriahkan lagi bacaan belog agar tidak bosan. ( Korang nie macam tak paham-paham ja. Tengok je la Akhbar harian bahasa Malaysia no. 1 kat Malaysia pun menggunakan teknik yang sama. Letak picca-picca yang menarik minat dan pandangan orang ramai. Baru ada impak beb)

6) Tajuk perlu meriah, dapat berikan 'first Impression' yang memaksa orang meng'clik' tajuk kita. (Lagi contoh akhbar Harian Bahasa Malaysia no 1 di Malaysia. Bahan akhbar adalah Akhbar Tabloid. Sure la tajuk dia, bombastik seitap hari. Kalau tak boom, tak kan jadi tajuk punya. Orang Melayu nie pulak, suka sangat ngan tajuk-tajuk pelik dan ganjil nie. Tapi cuba suruh tegok Akhbar Utusan Or Berita Harian..Mahu termuntah diorang nie semua...hahaha)

7) Pilihan warna template untuk belog anda haruslah sesuai dengan ciri-ciri penceritaan dalan entri. (So kalau korang feeling-feeling nak tulis pasal pengalaman korang kat rumah mak Temah kat Homestay Titi Hayun, tak payah la letak warna tema ala-ala gothic okeh. Tetiba nanti jadi feeling filem Hantu Mak Temah pulang ke Tasik Timah Tasoh.)

8) Buat blog walking banyak tetapi jangan sesekali suruh orang follow kamu. Biar orang baca dan berminat untuk follow kamu berdasarkan entri kamu.( Ini dah jadi macam trend dan budaya kat belog. kalau kita dah follow sesebuah belog lain, secara automatik tuan tanah berkenaan akan follow kita balik. Tapi, apa yang penting adalah keikhlsan. Kalau tak suka pastu, just unfollow balik jew kan?)


9) Antara perkara yang paling penting adalah jangan tulis perkara yang anda tidak tahu atau tidak arif mengenainya. ( Kalau dah tak expert dalam menda-menda macam politik ker, agama ker, atau menda-menda yang saintifik sangat. Jangan tulis...Kalau sekadar nak beri pendapat dari view seorang ahli masyarakat, masih lagi dibolehkan. tapi hendak lah berpada-pada.)


dan bebrapa tips lain yang tak dapat aku lepaskan kat entri ini atas dasar privasi. hahaha..! tapi mungkin aku akan revealekan pada entri-entri yang akan datang..!

Namun perkara yang paling penting adalah..Jangan sesekali berasa diri kamu itu POPULAR dan DI KENALI ramai kerana belog kamu. 

Jangan jadi SOMBONG kerana sombong itu adalah perangai orang gila yang tak reti bersosial(Orang gila bersosial ke?)

hahaha..!!!




Saturday, 5 February 2011

Kita Sombong dengan Orang, Orang Sombong la dengan Kita

Entri kali nie aku nak bercakap tentang perangai manusia yang sombong tapi tak rasa diri diorang tue sombong. Setiap kali aku keluar entri mengenai perangai manusia, aku selalu bermuhasabahkan diri aku supaya jangan jadi macam perangai-perangai nie. 



Sikap sombong menyombong nie bukan saja wujud antara manusia, tapi binatang pun sebenarnya pandai menyobong sesama mereka. Kalau hampa semua tak percaya, cuba hampa semua try lihat perangai kucing kat tepi jalan dan kucing yang orang bela kat rumah. Yang mana lebih kekwat dan yang mana lebih mesra?

Bab-bab sombong menyombong nie dah lama ada dalam hidup aku. Korang semua tak payahla nak cuba mengajaq aku tentang erti nak menyombong. Aku lagi expert. Kalau korang try tanya semua kawan-kawan aku, Fazz nie orang yang macam mana buat pertama kali diorang berjumpa dengan aku dulu? Aku kompem jawapan yang muktamad adalah "deni sombong","belagak macam anak dato", "apsal deni kekwat sangat" ... 



Jadi, aku telah mula membuat perubahan yang memberikan impak yang banyak dalam diri aku. Aku tidak lagi dikenali sebagai seorang yang sombong, tetapi GILA~hehe

Kesah sombong menyombong nie kalau nak diceritakan memang sampai sepuluh entri pun tak cukup. Tapi aku nak mulakan dengan kisah yang paling membuatkan aku boleh jadikan entri pada kali ini. Entri kali ini memberikan penekanan terhadap penilaian watak atau karektor sombong yang wujud dalam diri individu yang membentuk kelompok masyarakat.

Kalau korang semua perasan, terdapat segelintir masyarakat dalam dalam kelompok masyarakat kita ini cuba hidup dalam sekitaran yang mereka rasakan selesa sahaja. Terdapat juga keadaan dimana mereka tidak mahu menerima sebarang perubahan dan kemasukan orang baru dalam hidup mereka. Kenapa hal ini berlaku? Adakah mereka tidak suka kepada kehadiran orang baru?



Baiklah konsepnya adalah sebegini. Terdapat sekelompok manusia yang mempunyai nilai, kecenderungan dan   dorongan yang sama. Mereka terdiri daripada pelbagai lingkungan umur, jantina dan pekerjaan. Mereka berteman rapat antara satu dengan yang lain. Kemudiannya pada suatu ketika, datang beberapa individu baru yang mempunyai niat, kecenderungan yang sama. 

Namun demikian, kehadiran beberapa individu baru ini kurang disenangi oleh sekelompok manusia tersebut. Oleh yang demikian, wujud lah karektor sombong menyombong atau "kekwat" antara mereka. Mungkin tak semua dalam kelompok manusia tue kekwat, tapi ada diantaranya yang bersifat sedemikian. Kenapa..?

Masyarakat sebegini wujud mungkin berasaskan beberapa faktor. Faktor yang paling utama adalah ancaman kepada keselesaan sedia ada. Aku melihat ini merupakan faktor yang paling utama mengapa mereka gagal atau tidak mahu menerima perubahan sedia ada. Ancaman kepada keselesaan yang sedia ada memang wujud. Aku langsung tidak menafikannnya. Tapi apabila sampai pada satu tahap, semua akan kembali kepada apa yang korang mahu. 

Tak semua orang dalam kelompok berkenaan mempunyai keistimewaan yang sama. Oleh itu, tak perlu untuk kita merasa terancam dengan kehadiran individu baru yang mungkin dapat membawakan sedikit kecerahan dalam kelompok tersebut.

Faktor kedua adalah takot kepada perubahan yang membawa kepada sesuautu yang lebih besar dalam hidup mereka( perasaan terancam). Perasaan terancam nie bukan sahaja wujud dalam diri manusia, malah haiwan sendiri apabila melihat terdapatnya jantan dominan yang lain memasuki kelompoknya akan merasa risau. Haiwan mempunyai 'sense' atataupun deria bahawa meraka perlu rasa terancam. Manusia juga tidak terkecuali. 

Hal ini demikian kerana perasaan terancam hanya perlu bila mana terdapatnya bahaya dan kebarangkalian bencana berlaku. Kenapa perlu rasa terancam dengan individu yang langsung tidak membahayakan kita? Adakah ancaman tersebut terlalu halus sehinggakan kita perlu dingin dan bersikap acuh tak acuh dengan individu-individu tersebut? Atau pun perasaan takot wujud kerana kamu tahu bahawa individu-individu tersebut mempunyai keupayaan dan keistimewaan yang lebih dan menjangkaui apa yang kamu ada? Oleh sebab itu kamu semua bersikap sombong, dingin dan kekwat...?




Sangat bertuah kita berada pada zaman sekarang. Kalau kita berada pada zaman pertengahan abad ke-19,  Dorothea Dix yang telah dikenali dengan Mental Hygiene Movement memungkinkan lebih ramai lagi akan dirawat dengan lebih baik, termasuklah penyombong-penyombong tegar nieh.

Faktor yang ketiga adalah faktor perkembangan kehidupan yang rigid telah diterapkan semenjak dari lahir lagi. Faktor ini memungkinkan bahawa mereka tidak suka meluaskan lingkungan tali persahabatan mereka berasaskan faktor tunggal yakni cara tumbesaran sejak awal lagi. Mereka ini terdorong untuk tidak mahu menjalinkan persahabatan dengan orang lain kecuali ahli keluarga dan orang terdekat yang dikenali sejak lahir lagi. Mereka juga susah untuk bergaul mesra dengan orang ramai dan ditambah rasa Anthropophobia ( fobia terhadap kumpulan masyarakat).

Faktor yang terakhir adalah sikap dan perangai individu yang seterusnya membawa kepada keadaan tidak mahu menerima perubahan. Faktor ini yang paling aku suka kerana tanya memberikan sebab musabab yang kukuh tetapi memang sifat manusia sebegitu. Sikap dan perangai mereka yang meminta bahawa jangan. Jadi, tiada siapa yang boleh dan dapat membantu kecuali diri mereka sendiri. 

Seperti perokok tegar. Korang naikkan lah harga setinggi langit pun, lekat la poster sebesar padang bola pun. Mereka takkan berubah melainkan diri mereka sendiri yang mahu berubah.

Oleh yang demikian, wujud suatu karektor yang dapat mengelakkan semua faktor-faktor diatas supaya berlaku. Mereka cuba untuk menjadikan diri mereka sombong. Sombong dalam erti kata yang lain, mengelak daripada berhubungan, bersentuhan dan menjalinkan ikatan. Kata SOMBONG itu telah memberikan satu penjelasan bahawa hubungan masih terjalin tetapi dalam keadaan dingin dan tak mesra. Meletakkan tembok-tembok besar sebesar Tembok Besar China mungkin jalan penyelesaian mereka. 

Tetapi mereka perlu ingat, jangan cuba menghalang gajah melintas jalan, nanti kereta masuk gaung, korang Innalilah~



Sombong macam unta nie boleh jugak kan..???!! 
hahaha..!!!