Ruangan Khas Penaja

Suka belog ini? Terima Kasih.

Monday, 10 January 2011

Tolong ingatkan aku ~...boikot AJL..huahaha..!!!

Jika dibandingkan dengan tahun-tahun yang lepas, standard Anugerah Juara Lagu (AJL) dapat dikira sebagai semakin bagus apabila dapat memberikan peluang dan kemenangan kepada pemenang yang memenangi hati penonton.

Namun begitu mengapakah AJL pada kali ini dilihat agak beralih tempat sedikit daripada espetasi para penonton?

Penonton apabila menonton, mereka mengharapkan bahawa artis ataupun lagu yang mereka suka seharusnya menang. Tidak dinafikan juga bila mana lagu yang mereka harapkan menang tetapi kalah akan memberikan sedikit impak kepada mereka, peminat lagu tersebut. 

Tapi mereka masih dapat menerima hakikat sekiranya lagu mengalahkan lagu feveret mereka itu ternyata lebih dianggap baik mutu dan penyampaian vokalnya. Betul tak.?

Begitu juga dengan kebolehan masyarakat menilai lagu yang mereka suka. Masyarakat punyai 'sense' yang dilihat dapat membuka peluang kepada artis untuk menembusi pasaran mereka. Kalau masyarakat itu sendiri tak membenarkan muzik itu masuk, tiada siapa yang dapat mengubahnya.


Lagu 'Tolong Ingatkan Aku' memang boleh menjadi calon juara kerana:
1) Lagu serta arrangement muziknya punyai dinamik tersendiri dan sempurna berdiri sebagai lagu.
2) Lirik yang bagus. Mencapai standard untuk lirik-lirik yang boleh dihormati dan puitis.

Kemenangan Ana Raffali tidak menepati citarasa peribadi aku kerana satu perkara penting. 
Cara nyanyi beliau. Bagi aku, itu langsung tidak melayakkan seorang penyanyi itu menjadi penyanyi pun. 
Cara beliau sampaikan lagu amatlah menjengkelkan kerana pelat-pelat lidah yang dibuat-buat. 
Sewaktu beliau bercakap tidak pula berbunyi sebegitu kan?



Baiklah kita review dulu AJL 25 untuk lihat dimanakah kekuatan artis-artis nie. 

Pembukaan AJL telah diserikan dengan Juara AJL pada tahun 1986 Fransisca Peter dengan lagu Sekadar di Pinggiran. Vokal Fran masih boleh dipuji namun persembahan beliau agak terbiasa dengan lagu ini yang selalui dibawakan di program-program RTM.

Nash pula muncul sebagai Juara pada tahun 1992 dengan lagu Pada Syurga Di Wajahmu. Vokal Nash diserikan dengan serak-serak yang menjadi trademark beliau. Bisa terhadap vokal beliau masih wujud bagi nada-nada rendah tetapi tidak lagi bagi nada tinggi. 
Nada tinggi dilihat terlalu sukar dicapai. Tapi Abang Nash telah memberikan 110% untuk persembahan ini. Bagus..!!! 





Juara AJL 1994, M. Nasir telah menyambut persembahan Nash ditengah-tengah penonton bertemankan penari-penari yang berdiri disepanjang jalan ruang penonton. Lagu Tanya Sama itu Hud-Hud. 
Majiknya M.Nasir kerana beliau dapat menyanyi dengan baik walaupun sedikit nadanya diubah dan disesuaikan namun ia tidak menjengkelkan penonton. Itu la M. Nasir.



Masuk Juara lagu 1997, Lagu Ghazal untuk Rabiah telah diperdengarkan oleh M. Nasir kembali dan beliau tidak ditemani oleh rakan duetnya Jamal Abdilah. 
Lagu ini masih kedengaran sempurna walaupun hampir 20 tahun usianya.



Bermula pertandingan dengan Yuna sebagai peserta pembukaan dengan lagu Cinta Sempurna. Kritikan vokalnya adalah sederhana. Yuna masih lagi penyanyi yang bagus tetapi fokusnya dilihat agak goyang. 
Sesetengah tempat, vokal Yuna dilihat seakan-akan tidak dirancang dan ini mengurangkan penilaian vokalnya. Mungkin konsentrasinya diberikan lebih kepada keyboard. Yuna tetap Yuna dengan muzik instrument. Itu baru Yuna. Susunan muziknya superb, memang berkesan dan tidak dimainkan keterlaluan.
Baju, komen yang boleh diberikan, sangat Lady Gaga.



Tomok dan Sahir Picca: AF Talent

Peserta kedua adalah Tomok dengan Lagunya Berlari. Kritikan vokalnya tidak banyak. Beliau mampu untuk mengekalkan range suaranya hingga ke akhir. Bagus. 
Susunan muzik yang kreatif kerana mempunyai unsur-unsur drum-beat band. 
Kekadang sesekali bila dilihat macam Micheal Jackson pun ada. Baju ok, standard dengan kepala tali pinggang penuh kat ruangan dada baju~





A. P. I muncul dengan lagu mereka pelita. Vokal Azlan dilihat lebih membayangi vokal Noh. Memang diakui mereka memiliki range suara yang berbeza. 
Tetapi itu buka alasan untuk tidak sama-sama memberikan persembahan yang terbaik. 
Muzik masih dengan semangat band indi yang kaw.





Shahir pula muncul dengan persembahan berpuisi dipermulaan lagu. Kemunculan Nasha Aziz sebagai pemuisi dan penambah rasa penampar kepada kesedihan lirik lagu ini. 
Vokal Shahir dilihat sedikit tidak konsisten dibahagian nada tinggi yang agak-agak sampai dan tidak pada verse yang pertama tetapi punyai masalah tempo disitu. Baju berwarna putih, seiring dengan video klip dan kenapa perlu ada mantel di belakang? hurmm..~

Shahir dan Nasha Aziz picca: FB TV3

Black dan Meet Uncle Hussien mempersembahkan lagu Drama King. Muzik band indi tidak boleh disangkal. Vokal Black juga dilihat sangat licin dan tidak tersekat-sekat. Melihat beliau enjoy, semua orang yang mendengar pun turut enjoy. 
Baju...Ermm, agak serupa dengan Tomok jer. 
tapi mereka memang mengikut tema lagu Drma King dan Meet Uncle Hussien sendiri juga berpakaian ala-ala Victorian.





Hafiz berbekalkan lagu Noktah Cintah daripada Ajai. Muzik arrangement sangat teliti. tidak dipenuhi dengan macam-macam instrument. Ajai peka jugak nampaknya. 
Dari segi Vokal, Hafiz berdiri dalam kalangannya sendiri. Beliau langsung tidak flat mahupun out of tempo. Persembahan gimik tembakan yang menjatuhkan beliau juga tidak memberi efek kepada kawalan vokal bagi menghabiskan sisa-sisa lagu ini. 
Baju pula, memberikan penceritaan sebelum dan selepas...kematian...







Ana Raffali dengan lagu Tolong ingatkan Aku. Muncul memberikan persembahan dengan gitar. muzik arrangement masih standard dengan Aidid Alfian sebagai second giutaris beliau. 
Ana kemudiannya meningkatkan momentum dengan meninggalkan gitar dan berdrama dalam sangkar dengan penari-penari sambil bermajis tukar pakaian dari putih ke merah. 
Adalah dirasakan langsung tidak perlu untuk bertindak sedemikan. 
Ana Rafali kan dikenali sebagai gadis bergitar dan hilang momentumnya sendiri bila gitar tiada di tangan.
Ucapan lirik jugak dilihat seperti berbelit-belit dan agak sukar difahami...hanya mengharapkan korus untuk memahami apa yang cuba beliau nyanyikan.



Selamat Malam daripada Faizal Tahir. Vokal beliau masih seperti selalu. Tidak menghampakan dan penuh kepuasan apabila mendengarnya. Nada-nada ditempat yang betul dan tiada yang pelik dari segi itu. 
Persembahannya harus dilihat sebagai buah fikiran yang bijak mengabungkan nilai-nilai hubungan kekeluarga. kehadiran pelakon seperti Nor Khiriyah, Fatimah Abu Bakar dan anak serta Dato' Aziz Satar dan isteri memberikan 'elemen seketika' muncul dalam persembahan ini.

Adira dengan Ku Ada Kamu agak mendatar sedikit dari segi penataan muzik dan vokal Adira itu sendiri. Tempo muzik telah diturunkan dan Adira sendiri dilihat tidak selesa untuk melepaskan vokal jeritannya dengan tempo yang sebegini. Oleh itu, ia dilihat seperti ditahan-tahan. 
Persembahan tali-tali kain yang diwujudkan ini memberikan gambaran kepada video klip dan juga seakan-akan meniru gaya persembahan Pink di Anugerah Grammy. 
Yang pasti penonton tidak puas.



Bunkface dengan Exravaganza. Well prepared dari segi muzik but not vocal. Sam, seperti yang diketahui umum agak kureng dalam memberikan vokal live seperti di dalam album. Tetapi AJL lepas mereka buktikan mereka berjaya berjaya.
 Tapi tidak tahun ini. Vokal Sam dilihat seperti terkejar-kejar keretapi yang tertinggal. Persembahan memang all out 110%.





Black dengan lagu Sofe Jane. Vocally Black is not that bad. Dia bagus sebagus Drama King tadi. Black telah memberikan suatu dimensi baru dalam vokalnya apabila cuba untuk memvariasikan vokal kepada unsur-unsur nada panjang. 
Tapi kurangnya Black bila mana potongan ayat ditengah-tengah agak mencacatkan ayat lirik tersebut.
Persembahan pasangan tarian balet, sangat biasa dan mungkin membazirkan duit kerana kita tahu ia langsung tidak memberikan impak kepada persembahan jauh sekali memenangi pesembahan terbaik.





Faizal Tahir dengan Hanyut. Memang persembahan yang berbeza. Vokal masih standard dan bagus. Persembahan yang harus dipuji dengan kehadiran air. 
Faizal dilihat pandai memanipulasi keadaan pentas dan keinginan penonton untuk melihat dan merasai lebih dari sekadar nyanyian semata-mata. Bagus.





Stacy dengan Jahat. Semakin diamati dan diteliti. Stacy semakin pandai mengolah tarian untuk sesuai dengan vokalnya. 
Vokal stacy juga tidak tengelam timbul tetapi hal ini memang sudah dijangkakan bukan? Stacy dan tarian...





Hujan dengan Mencari Konklusi. Band Indi jikalau muncul dengan muzik mereka, mereka tidak perlu risau lagi. Hal intu semdiri akan memberikan impak yang berkesan kepada penonton. 
Jadi apa yang patut diberatkan? Vokal. Itu yang dapat membezakan penanyi band indi yang berkualiti dan tidak. 





Penutup AJL diserikan dengan Dato' Syarifah Aini dengan lagu Kau Tinggi di Awan Biru dan Oh Di mana... Beliau berdiri sebagai seorang diva. Tetapi tidak lagi dari segi vokalnya. 
Vokal beliau semakin longgar dan tidak terkawal. masalah nada juga terdapat disana-sini. 
Tapi beliau masih seorang diva. Respek satu perkara terhadap beliau pada kali ini, mampu mengingati lirik tanpa sebaran que card seperti selalu...
Baju beliau cantik dan sesuai dengan majlis ini.





Anggapan mu dan Madah Berhelah dari Ziana Zain. Permulaan ada sedikit kekeliruan tempo tetapi inikan Ziana Zain, hehe... Beliau mampu untuk menangkap kembali tempo lagu dan menyanyi dengan baik. 
Susunan muzik Anggapan Mu jugak kedengaran pelik dan pembahagian blok muzik adalah samar. 
Namun Ziana Zain tetap konfiden dan memberikan tenaga kepada seluruh stadium dengan energi yang cukup untuk menahan nafas semua orang. 
Baju dress hitam labuh dan puffy dibawah..Ok, glam dan fun...





Akhir sekali dengan Dato' Siti Nurhaliza dengan lagu Balqis, Nirmala dan Cindai. Bahagian vokal beliau sehampir sempurna. Tiada yang dapat ditegur duga mahupun dibangkitkan disini. 
Beliau semakin berani mengerakkan tubuh yang dilihat sedikit kurus berbanding sebelum ini. Penyusunan lagu dan tarian juga adalah bagaikan mahu mengembalikan nostalgia etnik kreatif dan irama Malaysia.
Baju beliau juga dilihat amat sesuai dengan susun atur lagu dan tarian. Penusunan hiasan manik dan hiasan kepala menjadikan pemakaiannya adalah satu.





Keputusannya adalah:

Persembahan Terbaik - Faizal Tahir (Hanyut)

Vokal Terbaik - Hafiz (Noktah Cinta)

Tempat Ketiga - Hafiz  (Noktah Cinta)

Naib Juara - Drama King (Meet Unce Hussein Ft. Black)

Juara - Ana Raffali (Tolong Ingatkan Aku)




10 comments:

yazid said...

yez.... aku pown mluat... n ter kompuis sat... macam mana ANA RAFALI boleh kalahkan FAIZAL TAHIR.... yang sememangnya LEBIH....LEBIH...LEBIH bagui daripada dia???

yazid

Jumie Samsudin said...

nyahh...thanks for the review. Tunggu review akak Jumaat ini.

razzi@ajeet said...

setuju.. 1 more.. baju adira menampakan die lagik ketot.... heeee dan persembahnya sangat membosankan..

||| PöJìé PööH ||| said...

For me masing2 ada kekeuatan tersendiri, cuma kelebihan Ana sampai melayakkan beliau menjadi juara sebab lirik dan melodi dia yg seimbang bak kata M Nasir. So dah dia yg ketua juri, what do u expect? Lagu2 dia sndiri pun lirik cam xberapa nak faham kan. So far, i stuju jela walaupun rasanya Yuna or FT yg lebih layak..

Cuma persembahan paling hampeh adalah Shahir. Sgt blur ok dan sgt serabut dgn sajak2 dari Nasha.. Urggh!

Nice review :)

PojiePooh; Hanya Satu...

fazzlies said...

Yazid: hahaha..hang memang hangat dan meluat bukan sebab Ana Raffali menang kan? T
api sebab Faizal Tahir kalah..hahah~

Ok la, itu pendapat hang..Tapi apa-apa pun Juri dia dah memang seorang yang ringkas..so yang complicated nie semua tak tanak pandang..huhu

fazzlies said...

Jumie...Its okeh...da baca review u daa....!

fazzlies said...

Ajeet: Kann..! Baju adira tuh dah cukup sweet. Tapi beeding dia kat bawah paras dada tuh beri impak kesan pendek dari jauh...Sgt kesian kat dia.
Adira memang dah seorang yang sangat rendah, plus baju yang macam tuh..kesian gak...
Lips yang nude plak mcm tenggelamkan muka dia trus dalam baju tuh..

fazzlies said...

Pojie: yes, lagu Ana memang boleh dan ada peluang untuk menang berdasarkan lagu(muzik) dan liriknya. M.Nasir pun susah kita nak faham, inikan pulak pilihan dia sendiri kan..? huhu

Tapi tak bley blah dgn lidah ngada-ngadanya tuh..adeyhh..nanah tinger~ hahaha..!

Thanks for viewing here~

Jumie Samsudin said...

Pojie...terima kasih sudi mai komen komen kat page kami yang tak seberapa ni. Akak dan Fazllies sembah ratu 8 step zapin kat hang.

muhsin aminudin said...

aku sokong ana rafali. kalo korang amek aliran bahasa dan kesusteraan. lagu tolong ingatkan aku lebih berkualiti dan unsur kesenian bahasa yang tinggi. Cuba kalo faizal tahir nyanyi lagu tolong ingatkan aku. agak2, korang bising x? haa jwb2