Ruangan Khas Penaja

Suka belog ini? Terima Kasih.

Friday, 28 January 2011

Kakak Siti Nurhaliza dulu model sambilan?

Kalau korang perasan dalam sekitar tahun 2006-2007 dulu Siti Saida pernah muncul dalam beberapa program yang melibatkan acara peragaan baju(ala-ala model). 


Al kisahnya bermula bila mana aku diajak member aku yang ingin melakukan mandi wap dan lulur badan kat sebuah pusat kecantikan kat sebuah pusat membeli belah nie. Aku pun telah merajinkan diri meluangkan masa aku yang berharga (Mahal okeh..!) untuk menemani beliau pergi memanjakan diri.


Aku tak pun menjuinkan sekaki kerana bajet ketika ini agak lari(bukan berjalan okeh). Jadi aku pun membiarkan kawan aku ini saja melakukan apa yang sepatutnya dia lakukan dan aku hanya melepak disekitar ruang tamu kedai berkenaan.


Apa korang rasa kalau korang kena tunggu member korang melulur segala bagai kat tempat macam nie? kompem la punya lama kan? so aku nie yang telah sedia boring merajinkan diri untuk menyelak helaian buku-buku yang berselerak kat ataih meja ruang tamu nie. Hampir kira-kira tiga jam aku tunggu kat situ. Naik kematu bontot aku~hahaha..! 


Jadi, berbalik kepada majalah-majalah tue... apa yang di espek lebih, standard la kedai macam nie... kompem la majalah semua zaman-zaman tok kadok dan Merong Mahawangsa punya. Lagi satu korang jangan la espek majalah internesyenel macam Vouge ke, Cosmopolitan ker or atleast Intrend sebab memang takkan adoo...


So yang ada majalah Wanita dan Nona, itu pun stok tahun 1990-an kot...Aduhh...


Apa boleh buat aku pun menjamu mata jer laa.. Selak san, selak sini...Aku pun naik boring.. Aku kodek-kodek lagi meja tue then aku terjumpa majalah Remaja tahun 2007 kot. 


Aku lupa plak nak amik picca cover dia. Aku tetiba rasa lega sebab dapat jugak aku engok majalah yang paling latest kat sini, kalo tidak naik berhabuk otak aku nie. Majalah remaja tue, memang feeling-feeling aku la tue..hehe~


Sambil dok selak punya selak aku tetiba terjumpa satu artikel berkenaan baju pengantin dan event yang dianjurkan melibatkan tayangan fesyen baju-baju pengantin. Tetiba aku terpandang pada satu picca nie yang aku rasa aku kenal jugak model tue. Belek punya belek, Haaa..!!! Kompem dia tue...


Siti Saida bt. Taruddin..Kakak Dato' Siti Nurhaliza yang masok Akademi Fantasia tuh..!!!


Sorry picca kureng jelas~




Bukan model baju yang tak senonoh tapi model baju seperti butik pengantin dan baju-baju perempuan melayu nie. WAh, kakak siti nie memang dah dari dulu sebeblum AF lagi dah mula menjinakkan diri dalam alam dunia hiburan. Patutlah tak berapa kekok bila beraksi di hadapan kamera mahupun diatas pentas. Memang dia dah ada pengalaman sikit-sikit dah.


Sory sebab gambaq kurang jelas, aku cuba sedaya upaya nak dapat gambaran yang jelas dan ini picca yang paling termampu aku keluarkan dari kamera cabok aku nieh...


Yang sebelah kiri tue la Siti Saida

P/S: incase kalau ada orang nak amik aku juin jadi model..aku terima jer...hehehe..tapi kena sediakan baju XL banyak-banyak...aku nie jenis ukur baju dibadan sendiri..hahahah..!! 

taknak aku pakai baju ketat-ketat...!

No comments: