Ruangan Khas Penaja

Suka belog ini? Terima Kasih.

Monday, 31 January 2011

Penangan Drama Seribu Kali Cinta... Aku Tiba di PULAU AMAN...



Ekspedisi kali ni sebenarnya tak dirancang mahupun terpeleout dari rancangan yang asal. Seperti yang diketahui umum, korang yang mengikuti belog aku yang tak seberapa nie. Aku memang rajin mengkumen-kumen drama swasta tanah air tetambah yang menarik tertarik and the bomb...hahaha..!!! 

Kelas ko, sebab ulasan aku pun mendapat perhatian bapak-bapak menteri sampai diorang boleh email aku untuk terus bersiaran dari malam ke malam agar mereka terus hapdated dengan berita gosip terbaru..ko adoo? (feeling sekejap)

Suka hati aku la nak feeling terlebih or tekurang kan...? Okeh, berbalik pada motip asal. 

Aku kan pernah mengkumen drama Seribu Kali Cinta yang ditayangkan kat TV3. So bagi korang yang belum pernah menonton or baca kumen drama aku nie, aku suggest korang klik (disini). Boleh la korang refresh balik memori korang tuh....Ahaks..~

Kumen aku pasal belog yang lepas tuh mainly berkenaan tentang isi kandungan Drama tue yang ala-ala movie 50 First Dates. Nak tahu lebih lanjuut sila baca okeh.

So entry kali ini aku telah berminat untuk melabuhkan bontot untuk menyinggah ke Pulau Aman, lokasi pengambaran Drama ini. Aku datang ke sini pun atas jemputan sahabat aku Kak Azura yang ingin membuat kajian berkenaan tugasan beliau bersama dengan rakan-rakan se'esignment beliau. Basically aku ikot sekadar untuk menyebok jer kot..! hahaha..!

But aku enjoy dan yang paling penting walaupun aku tinggal kat Pulau Pinang, aku tak pernah termimpi untuk sampai ke pulau ini. Kadang-kadang aku lupa pulau ini wujud di Pulau Pinang.



So bila kami sampai kat jeti sebelah seberang Perai. Kami tak la sangat risau sebab salah sorang dari kami dah pernah samapai ke sini. So, just follow the flow je lah kan... Ini pemandangan dari jeti sebelum ke Pulau Aman.



Ini adalah kaunter tiket untuk naik bot ke Pulau Aman. Kaunter nie kami dapati tutup dan tidak berpenghuni. So kami ingat mungkin kena bayar terus ke drebar bot kot. 

Tapi mengikut salah sorang ahli trip kami, Rodzi berkata yang kauter ini selalunya akan dibuka dan gerai-gerai disekitar jeti sebelah Seberang Perai ni selalunya beroperasi. Tapi kami naik heran awat yang time kami mai, depa tak bukak?



Ini adalah kak Azura yang telah membuka tender tawaran untuk aku mengikut rombongan cik kiah ke Pulau Aman. Aku mengikut ahli-ahli ini adalah atas tiket beliau. Tengss Kak Zura..!!! 

Jadi, sambungan cerita pasal gerai-gerai tadi. Setelah diamati dan diteliti kami telah memberikan hipotesis awal kami iaitu gerai-gerai berkenaan hanya beroperasi pada hari-hari minggu sahaja. Mungkin benar sebab sewaktu Rodzi datang dulu, dia mai hari minggu, so ramai laaa...so berkemungkinan besar hari nie mereka tak berniaga kot. Kami mai hari Selasa. hahaha..!!!



Pandangan jeti ini dari jauh sememangnya cantek la jugak. kalau korang dapat ada kat situ, korang dapat nampak yang Pulau Aman tak dak lew jauh mana. 

Kalau kita jerit dari sini pun mungkin boleh dengaq kot. Kalau nak dibandingkan dengan Pulau Pangkor or Pulau Langkawi, Pulau Aman nie lagi dekat dengan tanah besar.



Pandangan ataih jeti. Kat ataih jeti nie selalunya ada ramai orang. depa semua dok tunggu bot Pulau Aman mai. Waktu beroperasinya pulak antara jam 10 pagi hingga ke 4 petang. itue pun aku goolge search je la maklumat tu. 



Dengaq kata lagi, kalau kita pi Pulau Aman time-time cuti sekolah or hari minggu. Botnya bergerak secara lebih kerap sebab banyak penumpang yang datang. Sebab apa ramai? satgi kita story okeh.

 Kalau mai hari-hari biasa macam kami mai nie, memang kena tunggu bot sampai ikot time dia la.



Inilah bot yang kitorang nai tu. Agak seram jugak nak naik bot ni pada mulanya. Macam feeling-feeling tongkang kecik nak pi Indonesia gitue...Takot kot, tapi tawakal jer. Bila masuk bot nie, menda pertama yang aku cari adalah jaket keselamatan. 

Aku cakap bebenor kat korang, yang kau memang tak pandai berenang tapi setakat nak terapung-terapung atas air tue aku boleh lagi. Well, aku pun suka snorkeling jugak. tapi berenang tanpa life jacket? No way...



Penumpang bot yang sengal...hahaha..! ini lah salah seorang ahli assigment kak Zura..hahaha Rodzi~ Kalau dilihat keadaan dalam bot memang lengang kan? tapi kalau hari minggu. Mak datok, bak kata Rodzi, bot nie nak jalan pun semput...duduk dalam bot hampir setengah jam baru sampai. Tapi untung nyer time kami naik nie, orang tak ramai..dalam 10-15minit jer dah sampai ke Pulau Aman.



Ini pemandangan tanjung sebelah tanah besar. ada pulau kecik kat seblah tanjung tue. Aku amik picca nie sebab aku mengadap bahagia belah tanah besar. dan angin pulak sangat la kuat. so aku saja capture testing picca.



jadi gambaq kat ataih nie adalah pandangan dari dalam bot keadaan Pulau Aman. memang dah dekat tapi rasa sangat jauh sebab bot agak lambat kuasa kudanya. Kalau kita naik bot nelayan yang pakai horse power yang meletop..kompen tak sampai 5 minit jer kita dah cium tanah Pulau Aman. hahaha..!



Masa kami tengah dok menikmati keadaan pemandangan bot yang lambat tue, kami dilintasi oleh bot penunda yang tengah dok menarik sampah yang datang dari Pulau Pinang. Sampah ini semua depa nak pi humban kat satu lagi tempat namanya Pulau Burung. Kat situ la tempat pelupusan sampah negeri Pulau Pinang. 

Negeri korang ade ke tempat buang sampai sebesar pulau huh..? hahaha..!



Ini jeti yang baru untuk Pulau Aman. Jeti sangat besaq dan banyak memudahkan tapi tidak digunakan oleh penduduk kampung. Sebab apa prasarana sebegini gah tidak digunakan oleh mereka? 

Mai sini aku nak siasat. Diorang bukan tak mahu guna tapi sebenarnya jeti nie agak jauh dari kawasan penempatan mereka. jauh adelah dalam 1 kilometer kalau berjalan kaki. 

So tempat nie agak kosong dan hanya menjadi kawanan abang-abang yang ingin memancing ikan pesisiran pantai jer. Masa time aku pi nie kan, ada sorang dua abang-abang yang singgah kat jeti nie untuk berhenti memancing.


Lagi satu, jeti baru nie hanya akan digunakan oleh penduduk sekirannya air laut surut dan jeti kat kampung mereka tidak dapat digunakan kerana kekurangan air laut. Jadi, jeti baru yang panjang ke  laut ini dapat digunakan. itu saje.



Ini pulak restoran terapung Pulau Aman. Restoran ini jugak mempunyai jetinya yang tersendiri. Kalu korang dapt lihat betul-betul, nampak dak jeti restoran nie?




Bagunan yang paling tinggi kat pulau nie adalah bagunan sekolahnya. Korang sendiri boleh lihat kat picca nie bertapa tingginya bangunan itue..hahaha..!!! serius wei, bangunan ini telah wujud sejak 1986 lagi.



Setelah sampai ke jeti perkampungan Pulau Aman, kami pun dikehendaki membuat bayaran terhadap perkhidmatan bot berkenaan(ko ingat free ke?). 

Kak zura telah membelanjakan diri nya dan aku sekali. Tiket pergi dan baliknya adalah RM6 setiap seorang. Dulu RM4 jer. Tapi baru-baru nie harga dah naik la bai~ 
entah la pasal ape. Minyak bot-bot nelayan tak silap aku dapat subsidi kerajaan berlebih-lebih kan? kenapa bayaran dok ikot pasang surut harga minyak plak? kompius aku~
Opss..Masuk politik plak daa...hehe~



Jalan masuk ke kampung Pulau Aman. Sangat senang mudah dan korang takkan sesat kalau dah sampai kat sini. Jalan  dia ada simpang pejalan kaki jer. tak lebih dari itu. Tapi agak menyedihkankan la, bila mula-mula kita menjejakkan kaki kat pulau nie. Kita dah disambut dengan sampah sarap yang agak menyakitkan mata. Kurang sikit bab-bab jaga kebersihan kat sini.

Nak tau tahap mana kekotoran tue. Datang la sendiri k.



Walaupun jalannya hanyalah jalan pejalan kaki dan motosikal tetapi tetap bernama okeh. Tak pernah dalam hidup aku melihat jalan sekecik ini diberikan nama mcam highway...

wah, kelasss betul Pulau Aman nie kan. Namanya pulak semua bermula dengan pak aji-pak aji. Aku rasa la semua nama-nama nie adalah nama ketua kampung depa sejak dari sulu sampai sekarang..kan..? korang rasa tak..?



Inilah pintu masuk Sekolah Kebangsaan Pulau Aman (abaikan gambaq beskal tue, sekadar hiasan saja). 

Kak Zura and the Gang ada nak buat sedikit tinjauan dan soal selidik kat sekolah nie. Itu yang menyebabkan kami sampai di sini. So, perhatian pertama kami adalah berkunjung ke sekolah nie terlebih dahulu la. Selesaikan apa yang patut diselesaikan.



Masa aku sampai saja kat laluan pejalan kaki aku ternampak jaket keselamatan digantung. Wah, memang sekolah ini perkhidmatan berasaskan air sesangat kan. Feeling duduk kat sekolah yang duduk kat tebing sungai Sabah dan Sarawak. Tapi memang betul pun kan. Kompem sekolah ini ada bot khas mereka sendiri kan?



Pandangan paling tinggi yang boleh aku dapat dari pulau. Aku berada di tingkat 5 bangunan sekolah. Jadi dikesempatan ini aku cuba untuk mengamati keindahan alam semula jadi dari pandangan tertinggi. Aku ekceli dah mula tertarik dengan pulau nie weh..!



Dapat tegok sampel keadaan Pulau Piang dan mana terletaknya Pulau Aman nie. Pulau nie terletak dikawasan sebelah pantai tenggara Pulau Pinang. Tak jumpa..sila Google okeh..!



Abes semuanya, rancangan memang nak balik terus dan tak mahu untuk berjalan or mengambil angin sebab kurang masa untuk diperuntukkan kepada trip ini. Terus kami ke jeti balik dan bertanyakan kepada orang disitu. 

Terus aku sentap dengan papan tanya diatas ini " Tempat Bertanya dan Urusan" Wah, kelas sungguh pulau nie, siap dengan kaunter tempat bertanya macam AC dimana gituew..hahaha..!

Kami pun bertanya kat makcik yang berniaga kat situe, terus dijawabnya, kitorng dah telepas bot yang pukul 12 tengahari. Jadi kami bertanyakan bila agi bot yang seterusnya. Makcik menjawab, bot yang seterunya dalam pukul 3 petang nanti. 

Nah, cane nak balik awal nie? 

dah memang sah-sah kami tersangkut kat sini sampai pukul 3 petang nanti kot. So dikesempatan ini kami pun berjalan-jalan la mengambil angin dalam kampung nie. Nah, kat sini la impian aku tercapai..heheh..

Dapat feeling-feeling drama sikit. Konon la kan...



Memang mula-mula kitorang dah espek yang kebanyakan penduduk kat sini berpendapatan sebagai nelayan yang tetap. Di samping itu juga mereka mengusahakan sedikit perusahaan berasaskan pelancongan seperti chalet, industri kecil dan sederhana dan perkhidmatan bot. 



Korang dapat tengok sendiri keadaan jalan kat kampung nie. Mana ada jalan sebesaq-besaq alam kan..? kanalu kata nak tengok kereta ka, lori ka or van lalu...jangan harap. Kat sini semua jalan kaki, nek moto or beskal. Sebba tue kita dapat iklan free tadi masa tengok picca pintu masuk sekolah kan?



Ini sebahagian chalet yang keadaannya mengadap teluk kat pulau nie. Tapi nak habaq pi kat korang semua. Keadaan chalet nie macam dah lama tak diselenggara dan tidak digunakan. Aku tak tau pasal apa. tapi Nampak macam tak laku jaaa. Tapi bagi pendapat aku la kan, chalet kat sini semua mengalami masalah yang sama. Kurang alu. Walaupun keadaan pulau nie sebenarnya boleh dijadikan salah satu tempat tarikan pelancongan tapi masih terdapat kekangan yang menghalang perkara tersebut berlaku.

Masalah utama yang aku dapat perhatikan adalah kemudahan chalet ini amat hampir dengan rumah-rumah penduduk kampung dipulau ini. Kalu kita dapat lihat rumah penduduk kampung hanya beberapa meter dari chalet ini. Penduduk kampung seperti yang kita sedia maklum hidup seperti sedia kala yang mana mereka kurang menjaga keadaan persekitaran rumah mereka. Terutamanya yang tinggal berhampiran dengan laut. Hal ini menyumbang kepada masalah kebersihan dan seterusnya memberikan impak kepada perusahaan chalet itu sendiri.





Kewujudan teluk ini sebenarnya amat cantik dan menarik. tapi dah kurang tarikannya sebab dan agak kotor. tapi aku tetap suka view dari sini sebab kita dapat tengok pembinaan jambatan kedua Pulau Pinang. Kalau Korang ada kat sini, cuab bang dengaq terhadap bunyi sekitarnya. Korang dapat dengaq bunyi piling jambatan kedua nie...bommm..bommm.. tapi sayup-sayup la...


Jalan kat dalam kampung nie membawa kami ke jalan-jalan kecil disekitar kampung nie. Memang dah start feeling drama Seribu Kali Cinta...Teringat Kamal Adli dan Intan Ladyana dok nek beskal kat jalan nie...hahaha..!



Belah sini pulak terdapat scene yang depa dua orang dok main kayak kan? kalao korang ikot drama tue mesti korang ingat. Ini adalah bahagian teluk tue. bahagian belakang aku nie adalah chalet yang tak berapa nak hidup tue. 

Mula-mula, aku dan Kak Zura ingat chalet tue yang depat shoot drama tapi bila ditenung dan direnung. Bukan daaa...chalet dalam drama tue warna cokelat, ini wana putih. Tak sama.



Haaaa...aku nak bagi iklan free nie. kalau korang berminat nak cari perkhidmatan kat pulau nie, try la kontek nombor nie. Ada pelbagai perkhidmatan kat sini okeh. Homestay pon ada. Korang boley datang singgah dan tengok-tengok keadaan kampung nie.



Jalan yang kami lalui ini rupa macam jalan utama. Ala-ala macam main road kat Penang or Lebuhraya Persekutuan kat KL..hahaha..! 

tengok kat sebelah kanan tue macam dewan masyarakat diorang tapi aku tak berapa pasti la. Luas memang luas. Tapi macam dah lama tak digunakan. Lagi pun penduduk kat sini bukan ramai sangat. Ada la dalam 150 orang jer.



Ingat tak kita bercakap pasal restoran Terapung tadi dengan jetinya? Masakan yang terdapat kat restoran nie. Ini adalah Mee Goreng Udang. Rasa mee nie ala-ala mee goreng mamak jer, tapi mee goreng mamak lebih kick ler. 

Ini nampak best sebab ada udang dua ekoq dok posing ataih tue. (nie aku punya, siap dengan susu ais...)



Ini adalah makanan utama kat restoran nie. Ingat tak pasal apa banyak sungguh maknusia dok mai pulau nie setiap hujung minggu dan hari cuti umum?

Sebab ini la..!!! Depa dok tuju Mee Kuah Udang nie. Semua dok kata sedap. tapi aku rasa biasa jer. Tak Lebih dan tak kurang. Udang dia pulak tak la sesegar sangat. 

Standard udang dari peti ais bonda ratu aku jer. Sorry to say la...nak makan mee macam nie berlambak kat Penang.

Tapi yang buatnya spesyial adalah korang naik bot mai pulau nie dan menikmati keindahan pulau ini sambil makan mee udang nie. Itue jer yang spesyial kan?



Pandangan dari ataih jeti Restoran Terapun itu sendiri. Banyak jugak bot-bot yang datang paking kat jeti restoran nie. 

Mungkin diorang tak mo sesak-sesak kat jeti utama kot. Or banyak nelayan yang turunkan hasil tangkapan mereka kat restoran nie then terus paking kat situ kan...?



Ini lah gambaran dari atas pulau restoran Terapung tue.. Sangat senang korang nampak. Kalau korang sampai kat pulau nie pun, tak sampai lima minit berjalan kaki untuk sampai ke restoran nie.

Lepas kami semua makna dan berehat-rehat untuk menungggu jam pukul 3 petang. Kami pun beralih bontot menunggu kat jeti utama. Kot-kot bot tue mai awal kan. 

So masa kami dok menunggu tue, geng-geng cikgu sekolah dah mula nak balik ke rumah masih-masing. Kebanyakkan cikgu-cikgu sekolah nie tinggal di tanah besar. 

So mereka ulang alik naik bot ke pulau nie setiap hari pakai bot sekolah 
(feeling-feeling bas skolah...okeh..!).



Masa tengah menunggu tue kami pun telah di offer oleh cikgu besaq untuk join mereka sekali balik ke tanah besaq. 

So aku and the gang pun ikot jelah kan. Orang dah offer. kalau nak tunggu bot penumpang tue mungkin dalan setengah jam lagi baru sampai kot. hahaha..! 

Masa naik boa tue, korang boleh tengok sendiri muka-muka cikgu nie semua. hahaha..!
lawak giler siot..muka ketat semacam jer diorang nieh. 

Ekceli kita orang pun tak berapa bercakap dengan cikgu-cikgu tue semua, cikgu besaq ja yang kami dok sembang banyak. 

Diorang nie smua kekwat sebab tau kami dari USM. hahaha..!

Tapi kalao korang perasaan kan, tengok kat gambaq, sapa yang dok jadi driver bot tue?

CIKGU BESAQ okeh..!! hahaha..! 

Memang cikgu besaq nie berbakat besaq dan boleh melakukan pelbagai kerja. Tak payah nak harapkan orang lain.



Ini pulak staf sekolah yang tugas dia espesyeli jaga bot dan jadi driver boty jer. Sekolah korang ade ker..? hahahah..! kami panggil nie abang bot..!!!





Jadik kami pun akhirnya sampai ke tanah besar dengan selamatnya.Sungguh bermakna pengalama aku kali nie berkunjung ke Pulau Aman. Hahahah..!!!

Apa-apa pun aku seronok dan aku nak pi lagi untuk berkunjung kesana sebagai pelancong dan penghuni chalet pulak. baru dapat feeling jadi pelancong sikit. Walaupun aktiviti tak banyak boleh kita buat kat pulau nie, tapi sekurang-kurangnya pulau nie AMAN. 

Tak banyak pelancong luar yang menyakitkan mata dan menyemakkan perut. Tambahan pulak kat sini sangat sunyi dan aku rasa pencuri pun tak mo mai kat pulau nie.

So kepada sesapa yang mahukan dan impikan keAMANan dan keSUNYIan...jauh dari hiruk pikuk kota. 

Mai la kat sini...PULAU AMAN, PULAU PINANG.

Nak baca pengalaman kami yang lebih lanjut...singgah la kat belog Kak Azura (Klik sini)

Sunday, 30 January 2011

Cubaan Kedua ~Inai Merah Dijari..~

design inai blom siap lagik..


Ini adalah cuba aku yang kedua untuk membuat inai kat kawan-kawan aku. Atas permintaan diorang aku cuba untuk melawaskan apa yang telah aku pelajari. hahaha..! 


Yang penting diorang konfiden nak bagi tangan diorang kat aku.


So korang tak yah banyak songeh ok...Aku pun buat nie dengan ikhlas dan tawadduk gitew..hahaha..!



proses yang mengambil masa kira-kira tiga jam...Memang penat proses berinai nie. Kita yang tolong boh nie takpa lagi tue, pengantin la yang paling sakit. Kena dok macam patong. Hahaha..! Tapi memang padan la, nak sakit pingang ka or nak kawen ka...?




Nie pengantin yang sgt hepi bila kami sok boh inai kat dia. Macam-macam cerita dok terkeluar masa nieh..hehehe...~



Perkenalkan Mami Azlinah yang jugak menumpangkan cerita dan gosip beliau untuk tatapan kami semua. Memang best, kalau korang nak kenai ngan dia, sila klik kat nama dia ok...



Dengan gigihnya aku meletakkan inai kat tangan si penganti nie.hahaha..! picca nie aku sangat gumok..!!!


Saturday, 29 January 2011

Cameron half day trip..ko boley?

Hahah...! tajok mau tajam okeh...mana boleh fight ngan semua orang..hahaha..!!


ala, aku pastu korang pun boley buat tapi buat masa nie..HANYA AKU YANG MAMPU(wah.. feeling lagu Aizat sangat). Aku telah melabuhakan bonto aku untuk berkunjung ke Cameron highland setelah diajak beberapa kali oleh bonda ratu yang tercinta. 


Aduh, korang tahan ker kalau mak korang asyik bercakap beruman(maksud sama barcakap) kat korang yangh dia nak berjalan kesana? Mesti kena bawak jugak untuk memuaskan hati dan persaan bonda ratu~ hahaha...!!!


Abang kita nie siap tolong pilihkan buah stoberi kat bonda ratu lagi..hahaha..! Bonda ratu berkeras nak yang hanya ada tangkai sahaja okeh..hahaha..!!!


Belian Bunga jugak Hebat...!!!

Jalan yang sangat bz body...boleh..? hahaha..!

pakat mai sini..macam-macam dok ada..!


Tapi aku tegok biasa jer kan..macam arket2 lain kat Penang jer~


Kedai wajib aku singgah..beli Asparagus goreng..Mio, Asparagus okeh, bukan brkoli..hahaha..!!

View Ladang teh dari tingkap Toilet kedai minum Teh~

 Turun ke bawah pulak~
Kedai minum Teh nie la..Bharat Cameron Valley Tea House~

Motif picca nieh..??? hahahah..!