Ruangan Khas Penaja

Suka belog ini? Terima Kasih.

Thursday, 30 December 2010

Profile Facebook Aku kena Duplicate: Dasar Orang kita celik IT, tapi BUTA hati.

Dunia siber dan atas talian nie memang banyak risikonya. Memang payah bila kita dah mula dikenali espsyeli dalam dunia yang susah nak tahu orang tue wujud ataupun orang tue wujud sekadar imaginasi seseorang saja.

Orang kita, kalau dah memang bengap, tapi tak ngaku...tapi bila dan cerdik sedikit, pandai plak kut belah lain-lain...merosak, menjatuhkan orang... pe'el yang tak pernah berkesudahan.

Sampai satu tahap tue, kadang-kadang kita rasa seronok dok memaki hamun orang lain dan langsung tak ambil kisah dengan kata-kata nista kita yang keluar dari mulut(literasinya Jari) kita sendiri. 

Inilah manusia yang berbangsakan MELAYU. Celik IT sikit dah mula nak membuat onar dengan membusuk dan memaki hamunkan orang secara terang-terangan bertopengkan orang lain. Perangai orang sebegini memang malu untuk aku mengaku sebangsa tambah lagi seagama. 

Aku mintak maaf sekiranya aku ngutuk bangsa sendiri, tapi ini hakikatnya. Jangan kita cuba elakkan dan menganggap ia selesai sedangkan ia terbengkalai.

patut dia guna profile picca macam nie...memang muka hanjing kan?

Pelajaran yang diperolehi hasil titik peluh mak bapak di salahgunakan dan yang paling penting...sifat pengecut tak punyai teloq, BALING BATU, SEMBUNYI TANGAN. (berdasarkan profile dan nama palsu di FB, Blog dan sebagainya) Dengan niat untuk memburukkan orang yang dimusuhi. Bertapa Bangsatnya manusia sebegini.

Tapi memang sesuatu yang amat keji bila ada manusia yang sanggup memasukkan gambar profile yang sebenarnya bukan gambar diri mereka sebenar dan lagi keji dengan kewujudan komen-komen yang entah datangnya dari siapa.

Kewujudan profile-profile palsu nie mulanya kita rasakan langsung tak memberikan kesan tapi bila difikirkan kembali. Kewujudan profile palsu sebegini sebenarnya lebih parah dari semua gejala sosial yang melanda negara. 

Penangan yang agak mencabar minda apabila profile FB aku sendiri yang dipalsukan. Profile tersebut wujud selepas aku bertegang leher dengan seseorang di alam siber ini. 

Manusia yang aku anggap penyagak nie, memang tidak menggunakan nama atau gambar profilenya sendiri tapi berani memberikan komen-komen bangsat yang memungkinkan aku untuk mengeluarkan kata-kata berbau longkang.

Tapi aku bersikap profesyenel beb, mana aku nak layan anjing yang menyalak macam tue. Aku bukan anjing okeh. So aku tutup page tersebut (fanpage) then aku BLOCK manusia lahanat tue.

macam nie la, tak dak kerja, asyik peluk tubuh, pastu asyik nak cari gaduh dengan orang..Hanjing tetapi Hanjing...

Jadi, kes tak habis disitu, keesokan harinya, aku buka FB aku dan aku terkejut melihat profile nama aku meng'komen' kepada posting aku sebelom ini. Bila bukak, korang sendiri la dapat agak. 

Tiba-tiba ada sorang lagi 'AKU' yang sedang berjawab-jawab di fanpage tue. Dan yang paling penting ahli-ahli fanpage tue cuba menjatuhkan aku seperti mana kewujudan fanpage itu adalah untuk menjatuhkan seorang selebriti MLM ini.

Memang dasar MELAYU yang mudah lupa, dahlah online pun pakai duit KERAJAAN, sedarlah yang kamu itu sebenarnya bekerja untuk rakyat...Bukan menjadi KERAjaan yang hanya tahu menagguk di air yang keruh. Jadi tak perlu kamu untuk menjatuhkan orang lain sedangkan apa yang kamu lakukan itu hanyalah sifat DENGKI semata-mata.


Korang boleh mengaku yang korang tak suka apa yang dilakukan selebriti itu, menipu duit masyarakat terutamanya Melayu, tapi apa hak korang nak memaki hamun dia? Merendah-rendahkan martabat seorang manusia itu? Kalau itu yang korang nak, Jadi aku rasa itu yang korang patut dapat iaitu,


nama tempelan di belog aku iaitu HANJING. Suka..? 

Perlukah kita memaki hamun dan mengeluarkan kata-kata kesat untuk menyatakan apa yang kita rasa? Tak perlu bukan. Tapi sesetengah manusia itu masih rasakan bahawa mereka masih hidup di zaman batu yang setiap perkataan yang diucapkan perlu teriakkan dan hilaian supaya didengari oleh orang. Sunggu tak bertamadun.

Mungkin depa tak hidup zaman batu Flintstone kot...Flintstone pon ada tamadunnya sendiri.

Tapi ucapan terima kasih tidak terhingga kepada semua rakan-rakan yang membantu memberikan kerjasama diorang disaat aku memerlukan. FB ini sangat senang, jika kita diperlakukan seburuk dan dihina, gunakan kuasa kita untuk membuat 'report' dan 'block' kepada orang yang kita tidak suka. 



Terima kasih lagi kepada rakan-rakan yang sememangnya mengenali siapa aku dan sanggup meluangkan masa seminit dua hidup mereka untuk aku. 

Love you all...!!!

ni gambaq yang diedit oleh sorang rakan aku...hahahah..!! memang lawak la dia nie, nama dia Sapik..sangat chomel dan mesra....
so sesaper nak kenal dia, bley cari dia kat sini k...nama kormesial dia adalah...

Thanksss.. Sapik for that lovely picca..!! hahaha..!!!

2 comments:

The Red Rambutan said...

Bro, report je kat SKMM, mereka yang aqal pendek ni memang patut diberi pengajaran. Apa pun, bawa bersabar ye. Saya pun dah pernah melalui kes sebegini, tetapi bukan di FB.

fazzlies said...

dah buat report kat cybersecurity dah...tapi akhirnya profile tu dah hilang sendiri...mybe FB dah amik tindakan membuang profile tue.