Ruangan Khas Penaja

Suka belog ini? Terima Kasih.

Thursday, 16 December 2010

Kau dan Aku Musim Kedua macam GLEE dah pulak ?

Dah berjalan 2-3 episod Kau dan Aku musim kedua setiap hari Selasa puku 9 malam. Sapa tak tengok memang rugi sangat. Tapi korang tak payah risau sangat sebab nama pun siaran ASTRO kan, so kompem la dia akan ada siaran ulangan...hehe...


Jadi, bila dah tengok episod-episod nie semua, aku memang tak patut buat penilaian lagi terhadap drama nie. Drama nie baru saja ke udara kan, so nak nilai macam mana. Tapi aku dah ada terdengar menda yang macam tajuk aku kat atas nie la. 


Aku dapat beberapa feed back daripada orang ramai yang mendakwa Kau dan Aku musim nie nak tiru ala-ala drama GLEE dari Amerika tue. Korang semua mesti ingat kan drama GLEE tue. Aku pun ingat jugak tapi musim nie dah abes kan..? so tunggu next season la plak untuk GLEE yang seterusnya.


Ok, aku dapat komen daripada beberapa orang yang cakap sebegitu....so aku pun cuba menganalisis data yang sedia ada untuk dibuat penilaian (ala-ala research plak dah, nge~). 


Baiklah, Kau dan Aku musim pertama(KDA 1) dan kedua (KDA 2) sememangnya telah diuar-uarkan yang mereka mengenengahkan konsep drama muzikal. 


Korang semua faham tak apa maksud drama muzikal? Tak tahu, search sendiri. Drama muzikal adalah drama dalam bentuk muzik dan dramatik yang kedua-duanya berkepentingan sama berat. Kehadiran muzik adalah berkaitan dengan apa yang dipersembahkan.


GLEE jugak sama seperti Kau dan Aku. Dia jugak merupakan drama muzikal yang menyelitkan unsur-unsur muzik kat dalam drama mereka. Jadi tak hairanlah yang drama kedua-dua ini mempunyai bentuk persamaan yang seperti diutarakan oleh orang ramai. 


Persamaan adalah dari segi penghasilan drama muzikal, iaitu salah satu cabang daripada drama-drama yang ada di muka bumi ini.


Jadi, apa yang masalahnya di sini? Baiklah, ini pandangan aku terhadap drama Kau dan Aku pada musim kali nie. 


Yang jadi masalahnya adalah perbandingan yang dibuat oleh orang ramai antara yang dulu (KDA1) dan yang sekarang (KDA2). Betul? 


Hello korang, aku rasa yang baru nie lebih menarik dan colourful sikit kot. Aku rasa perbezaan ketara antara KDA 1 dan KDA 2 adalah penataan muzik itu sendiri. Hal ini demikian kerana KDA 1 kurang memainkan lagu-lagu dan kehadiran lagu-lagunya juga kekadang tak kena pada tempat. 


KDA 1 telah meletakkan sandaran percintaan dan sinematografi drama Indonesia yang kerap kali kita lihat dalam senetron-senetron sajian petang. Ditambah pula dengan cara penyampaian yang agak senetron tue, kita dapat baca yang penahanan watak berlaku dalam setiap pelakon(mcm senetron indonesia).


Unsur-unsur muzik ada tetapi agak kurang menyerlah dan wujud sekadar dalam acara-acara tertentu sahaja. Biasa la, kan dah seluruh pengambarannya dibuat di Indonesia, jadi hasilnya pun beracuankan sana.


Berbeza dengan KDA 2 pula, kehadiran lagu-lagu dan muzik yang lebih kerap dan menandakan persamaan tingkahlaku dan lagu yang dimainkan. Jadi drama muzikal yang diterapkan lebih menyerlah dengan kehadiran lagu dan tarian seiring dengan skrip jalan penceritaan yang dibawakan.


 Inilah drama muzikal yang betul. Sinematografi yang menunjukkan bahawa ini adalah drama Melesia jugak tepat. Watak dan perwatakan dilihat lebih menonjolkan sifat manusia yang keluar dan tidak tersimpan-simpan.  Memang drama Malaya kan? Kita suka menunjukkan apa yang kita rasa. Puas sikit hati. Tingok cita Indonesia, asyik saket hati jer...


Jadi, pada pendapat aku, memang KDA 2 sama seperti GLEE sebab kedua-duanya drama muzikal. Tidak langsung wujud masalah. Yang membezakan mereka ialah jalan cerita dan penyampaian yang lebih ke'Melesia'an bukan ke'indonesia'an. 


Yang lain-lain aku tak nak komen lagi...Hello guys, gambaq nie belom pun habis, macam mana aku nak komen lebih-lebih. Adoiyai...~


Anyway, diharap semua berpuas hati dengan penjelasan aku yang tak berapa berseni nie.


p/s: Kalau jalan ceritanya sebijik macam GLEE, aku la orang pertama yang boikot...
tapi, Akim adew....Tak jadi la boikot..aku tengok la jugak..hahahah~..tak bley blah..!!!

2 comments:

Anonymous said...

i have to say..KDA for both seasons mmg teruk!xde idea baru ke nak ketengahkan?asyik tiru negara luar je..meluatnye nak tngok..well.its just an opinion

Anonymous said...

agree with u..
im a gleek n idont like kau dan aku..coz,akim there..