Ruangan Khas Penaja

Suka belog ini? Terima Kasih.

Friday, 31 December 2010

Jumpa Jugak kita ekk..Tahun 2011...

Selamat menyambut Tahun baru aku ucapkan kepada semua ahli keluarga, rakan taulan, sahabat hadai serta semua yang mengenali diri ini (Cewahh..!)... 



Moga-moga tahun baru nie akan membuka satu perspektif yang lebih membina dam membuka ruang untuk aku menghadapi dunia ini. Syukur aku rasakan disaat-saat ini kerana aku mampu dan diberikan peluang untuk terus hidup sebagai seorang manusia yang kerdil dibumi Tuhan ini.



Tahun 2010 akan meninggalkan kita dalam beberapa jam lagi dan sememangnnya masa itu tidak menunggu kita. Apa yang harus kita nilaikan dan jadikan teladan adalah masa-masa lepas adalah sebagai guru kepada kita untuk menjadi seseorang yang lebih baik bagi masa-masa akan datang.

Jadikan diri kita sekarang sebagai satu contoh yang membolehkan kita menjadi manusia yang lebih baik pada masa yang akan datang. Apa saja misi dan impian kita, kita harus capai dan jangan masa yang ada diletakkan sebagai satu tiket percuma untuk ia berlalu pergi.

All the best to all my friends..!!! And Good Luck..!!!

Semoga apa jua korang semua lakukan akan diberkati Allah...Amin~

3 comments:

zati-zt said...

arapnye tahun baru ni akan membawa kebaikan pada kte sume..
moga2 mendapat keberkatan dan keredhaan Allah..

@reltzsensei said...

eppy new jgk ek..btw salam kenal juga..i follow u..

fazzlies said...

selamat tahun baru..! salam kenal kedua-duanya~