Ruangan Khas Penaja

Suka belog ini? Terima Kasih.

Friday, 17 December 2010

Drama Seribu Kali Cinta Ciplak movie 50 first dates?




Memandangkan aku telah berkecimpung dalam dunia komen mengomen drama TV tanahair, jadi aku pun dapat jugak feedback dari beberapa pihak tentang Drama yang dok tengah ditayangkan di TV3. 
Wah, feeling wartawan ler pulak kenn...~

Drama Seribu Kali Cinta ini ditayangkan pukul 6.30 petang selama satu jam setiap hari Isnin sampai Khamis.

Aku pun kekadang tertengok jugak drama nie kalo tak pi jogging dikala petang.(mood mengkuruskan badan..hehehe)

Drama nie dibintangi oleh Kamal Adli, Intan Ladyana, Cat Farish dan ramai lagi la. Tapi lakonan yang paling meninggalkan kesan ialah kak Noor Khiriyah kita yang berwatakkan gadis yang gila bayang. 

Baiklah, ada pihak yang mengatakan bahawa jalan cerita drama ini tidak ubah seperti filem 50 First Dates yang dibintangi oleh Adam Sandler, Drew Barrymore dan ramai lagi. Betul ke?

Secara ringkasnya. Dalam filem 50 first Dates, Drew Barrymore mengalami penyakit hilang ingatan dan hanya mengingati perkara sebelum kemalangan keretanya berlaku. 

Percintaan berlaku dengan Adam Sandler selepas kejadian itu dan ianya tidak direstui oleh bapa dan abang Drew ditambah jugak dengan masyarakat sekeliling yang memahami keadaan Drew. Mereka tak mahu Drew terluka. 

Namun, akhirnya mereka dapat menerima kehadiran Adam dan Drew semakin pulih dengan teknik rakaman video imbas semula yang diulang setiap hari  oleh Adam untuk memulihkan Drew.


Bagi aku, Drama Seribu kali Cinta memang berilhamkan filem tersebut tetapi diolah bagai untuk memenuhi kehendak dan budaya masyarakat Melesia. 

Watak Intan Ladyana misalnya, membawa perwatakan gadis yang mengalami penyakit hilang ingatan dan hanya mengingati peristiwa sebelum perkenalan dengan Kamal Adli. 

Dalam pada itu jugak, sebab musabab hilang ingatan Intan juga bukan bertunjangkan kepada kemalangan sahaja tetapi berkemungkinan datang dari sihir buatan orang (budaya tempatan) iaitu Marsha Milan Londoh. 

Kewujudan watak Noor Khiriyah juga membezakan drama ini dengan filem tersebut. Perkembangan jalan cerita yang banyak dibantu oleh Noor dan Marsha memberikan impak yang berbeza kepada jalan cerita berlatarkan masyarakat setempat.

Kemungkinan besar persamaan drama ini adalah dengan penggunaan teknik rakaman video untuk mengembalikan ingatan heroin. 

Memang tidak dinafikan, ianya hampir sama tapi persamaan jalan cerita dan isi adalah hanya 10-15% dan selebihnya dapat diolah dengan bagus.



Namun begitu, teknik penahanan watak (seperti senetron Indonesia) nampaknya ada diterapkan disini. Namun begitu masih mengekalkan sifat-sifat semulajadi masyarakat Melesia. (yang suka perasaan itu ditunjuk-tunjuk)


Tidak ada masalahnya kita memberikan nafas baru kepada dunia lakonan kita. Namun, perubahan yang dilakukan mestilah beracuankan negara sendiri dan tidak membelakangkan identiti sendiri.


p/s: suka tengok drama komedi The Nanny...ulang lar 20 kali pun, aku tak boring...hahaha..!


3 comments:

Jumie Samsudin said...

Cerita ni bersiri ke noks? 50 first date is my feveret love story tau.

fazzlies said...

aa...beseri...opss bersiri..
petang2 dok man kat tb3... try la tgk..

Jumie Samsudin said...

Tak mau aku tingok cita cita bersiri ni. Nanti aku yang mampuih pening asyik nak balik awai saja. Macam aku ni takdak kerja lain.