Ruangan Khas Penaja

Suka belog ini? Terima Kasih.

Saturday, 25 December 2010

buah Strawberi Hutan A.K.A Roselle

Bila dah balik kampung tue, sesekali dapat jugak buah tangan yang orang kampung kirim. 



Kali nie dapat bawak balik buah strawberi utan atau buah Roselle. Buah nie memang cukup banyak kat area kampung rumah mak cik aku yang tinggal kat Sungai Tiang, Kedah.



so apakah yang akan dilakukan korang kalau dapat bawak balik buah nie kat rumah korang..???



Ekceli, kita dapat buat banyak benda daripada buah nie, macam kita boleh jadikan dia jem, sirap kordial, pewarna merah dan banyak lagik produk kesihatan. Kalau, korang nak tau, buah nie sesangat la MASAM..!!!


Roselle (hibiscus sabdariffa), atau dikenali sebagai pokok asam paya merupakan tumbuhan yang amat tinggi kandungan vitamin C melebihi 20 kali ganda dari yang terdapat dalam keluarga limau (citrus). Vitamin C merupakan anti-oksidan yang terbaik bagi mencegah kerosakan sel hasil dari proses oksidatif dan tindakbalas kimia dalam tubuh. Ia juga sejenis vitamin larut air. Sekiranya diambil berlebihan ia akan dikumuhkan melalui air kencing sahaja.



Kemasaman dia, mengalahkan limau nipis or limau kasturi...Tak terbendung betul rasa masam dia. Tapi dengar cerita buah nie ekceli banyak jugak khasiat yang terkandung~

Roselle tergolong dari kumpulan hibiscus ( dalam bahasa melayu, ala-ala jenis bunga raya gituew ).


Antara kepercayaan tentang kelebihan Roselle adalah :
Anti-penuaan (anti-aging)
Pencegahan penyakit kardiovaskular
Pencegahan kanser
Demam panas dan selsema terutama pada anak-anak kecil
Resdung (alergi) dan asma (lelah)
Stress atau sukar tidur (insomnia)

so aku dapat bawak balik 1 raga besaq nie, korang rasa apa yang aku nak buat ngan buah nie?

No comments: