Ruangan Khas Penaja

Suka belog ini? Terima Kasih.

Friday, 31 December 2010

Jumpa Jugak kita ekk..Tahun 2011...

Selamat menyambut Tahun baru aku ucapkan kepada semua ahli keluarga, rakan taulan, sahabat hadai serta semua yang mengenali diri ini (Cewahh..!)... 



Moga-moga tahun baru nie akan membuka satu perspektif yang lebih membina dam membuka ruang untuk aku menghadapi dunia ini. Syukur aku rasakan disaat-saat ini kerana aku mampu dan diberikan peluang untuk terus hidup sebagai seorang manusia yang kerdil dibumi Tuhan ini.



Tahun 2010 akan meninggalkan kita dalam beberapa jam lagi dan sememangnnya masa itu tidak menunggu kita. Apa yang harus kita nilaikan dan jadikan teladan adalah masa-masa lepas adalah sebagai guru kepada kita untuk menjadi seseorang yang lebih baik bagi masa-masa akan datang.

Jadikan diri kita sekarang sebagai satu contoh yang membolehkan kita menjadi manusia yang lebih baik pada masa yang akan datang. Apa saja misi dan impian kita, kita harus capai dan jangan masa yang ada diletakkan sebagai satu tiket percuma untuk ia berlalu pergi.

All the best to all my friends..!!! And Good Luck..!!!

Semoga apa jua korang semua lakukan akan diberkati Allah...Amin~

Neway karaoke...Queensbay Mall..


Abes jer Examination paper last hari tue, aku dan semua geng-geng MPA yang clik terus membawa diri kami ke tempat Karaoke yang baru buka kat Qbay Mall nie. Kebanyakan daripada kami belom penah try karoks kat tempat nie. Slalu karoks kat Relau ataupun Redbox jer. So kitaorang nie dah kompem-kompem nak rasa persekitaran baru kan. Kami pun mempergikan diri keptempat berkenaan yang berada di tingkat 3. Berhadapan dengan panggung wayang GSC.

Abes masuk jer...kita orang terus pesan makanan yang dah masuk dalam pakej... Ala, konsep dia sebijik macam Redbox...Korang faham kan? jadi memandangkan kitaorang semua memakai kad pelajar, so kos kami agak kurengs sedikit berbanding orang biasa... kami kene dalam RM20++...



Aku oder jer makanan yang aku rasa aku bley makan dengan selera tekak aku...Mee Tomyam...


Kawan aku oder nasik ayam ape tah..dah lupa plak..tapi sedap arr kugak..rasa macam madu-madu skit...


Yang nie plak, aku tak dapat nak pastikan sangat..tapi nampak macam nasik jer kan...huhu



Sambil makan..kita orang melalak sakan la...kira aku dapat bandingkan kepuasan yang sama ja kalau kita melabur duit kat Redbox. Jadi korang rasa takkan banyak beza sangat antara service yang ditawarkan. 




Sound system pon ok laa..tak la teruk or sound macam pelik-pelik. Maybe mereka masih baru masa time aku pi. Kalau nak banding dengan Redbox Gurney..Yang nie lebih baik kot kondisyen dia. Clear dan senagn nak ekjas.





Azrin pon dengan semangganya memberikan post peace untuk semua pembaca belog aku...hahaha..
! korang tengok bowl Tom Yam dia.. Besaq kan..? so puas aku makan menda tue.



Dalam gambaq-gambaq nie pun korang dapat rasakan sapa yang konker semua lagu-lagu kat sini kan..? hahaha..! Kompem la aku dan azrin sebab member aku yang lagi dua orang tue nyanyi lite-lite jer.


hahahaha..!! memang suatu pengalaman akhir semester yang best..!!! Thanks uolsss...!

Candle Light Dinner di Kedai Mamak...

Abes jer aku degan member aku bereksersais kat Taman Metropolitan Relau, Kami terus menscankan tempat-tempat makan yang menarik sebab perut dah agak lapar.

Memang tradisi kitaorang, kalau lepas eksersais kena terus mencari makanan untuk mengantikan lemak-lemak yang hilang..perlu? hahaha~

So, selepas kami sekumpulan dengan gigihnya menjalankan rutin eksersais yang hardcore, kami sememangnya lapaq tahap gila kot. Pilihan untuk kami makan adalah kat satu restoran mamak yang hampir tiap minggu kami singgah. 

Dah la lewat petang, so kiranya kami telah men'dinner'kan diri kami kat sini aje la. Selalunya kami makan kat kedai nie waktu pagi, so hari nie macam terkeluar carta sikit.

Bila dah sampai kedai tue, biasa la aku akan oder 4 gelas ayaq untuk aku sorang. Biasa la, standard untuk orang yang baru lepas eksersais kan? korang jangan la jeles, try buat macam aku tengok..kompem puas....napsu tuhhh...haha!

Member-member aku yang alin semua oder menda makan dan amik nasik kandaq. Aku pulak tetiba takdak rasa berselera nak makan sebab aku dah perabih ayaq dua gelas. hehehe~

senarai ayaq aku

dalam dok menikmati juadah makan malam kami, tiba-tiba kami dikejutkan dengan surprise party yang tak disangka-sangka...BLACKOUT...Tapi yang bestnya blackout kat kedai mamak nie ja. Kedai lain semua ok jer aku tengok.

So apa yang korang semua espek kalau dah suddenly jadik macam nie. Masa tue kastemer ramai plak tuh. 

So semua crew restoran(wahh, feeling Mekdi sangat)...telah mengambil inisiatif untuk memasangkan LILIN kat semua meja yang ada kastemer. 

Aku pun terpikir, wah korang nie memang well prepared ker nak hadapi situasi blackout nie? 



Aku dengan konfidennya memanggil salah seorang crew kedai mamak nie. Aku tanya, 'Kenapa takdak elektrik nie?' dia jawab, 'fius itu bakar'. 

So aku memfahamkan maksud mamat nie yang fius utama telah terbakar. Than aku tanya lagi, 'Selalu ker terbakar?' dia menjawab, 'Selalu...selalu'...

so aku paham la..patut la korang semua dah ada lilin bertimbun-timbun kat dalam stor. Dalam pada tue..aku ngan member-member aku belom abes makan lagi. Jadi tentu-tentunya kami stay sampai makanan kitorang abes kan. 



Terpaksa la feeling-feeling candle light dinner gituew. Padahal makan kat kedai mamak jew kot. Best jugak sebab menu of the day adalah Tosai teloq, tosai biasa, nasik kandaq dan pelbagai jenis minuman yang tidak memabukkan. hahaha..!!! 


hahaha..!! bercahayakan lampu lilin nie kadang-kadang menampakkan seseorang tue Hensem dan cantik... so aku pun try la tangkap gambaq dalam suasana sebegini....

Boleh..? Hensem kan...hahahaha..!!!

Nasik Kandartori..?

Korang pernah dengan nama Nasik Kandartori dak..? 
Inilah rupa nasiknya.

Kenapa? Apa bezanya nasik nie dengan nasik kandaq yang lain yang ada kat Penang..?

Okeh, Nasik nie berbeza sedikit dengan nasik kandaq yang lain sebab nasik kandaq nie adalah hasil gabungan antara lauk nasik kandaq dan Ayam Tandori...

kalau korang perhatikan betul-betul, ayam tue memang ayam tandori kan? siap dengan hiasa limau and bawang lagi...spesyeli made taw..kalau kat tempat lain, tak dak wei~

so Mana nak dapat nasik kandaq nie?
Korang carik arr sendiri...hehehe~
tapi aku bagi clue, dia dekat dengan Giant Bayan baru...

Thursday, 30 December 2010

Cucoq Maneram..A.K.A Telinga Kling...

Selalunya cucoq nie kita akan jumpa dalam gudi beg masa kenduri kawen espesyeli kat area utara. Cucoq nie sangat simple pembuatannya tapi memang sedap. Manis semacam. Maybe sebab dia manis, sebab tue orang suka bagi masa time-time kawen nie. 




Tapi satu keburukan cucoq nie bila kita dapat time majlis kawen. Cucoq nie semua keraih(hard) macam batu. Asyik terlekat celah gigi. 


Tapi kali nie, aku dapat makan cucoq yang aku rasa sangat sedap dan tak keraih...




wah..cucoq nie aku rasa berbeza dengan cucoq yang aku selalu dapat masa time kenduri...SEDAP..!!!


Kehadiran cucoq ini haruslah dikreditkan kepada kak Faezah kerana membawanya datang ke school Soc. Sciences....tanksss uolsss.. Dan termasuk juga pelakon-pelakon latar tambahan, kak Azura dan Suzana...

hahaha..!!! 

Akim Ahmad - Kau Ilhamku (CV)

Adoi.....aku sangat menyukai lagu ini apabila Akim menyanyikan kembali lagu nie untuk KDA2 kali nie.


Lagu nie kan dah standard lama, dah berjuta orang mainkan lagu nie kat aku secara live mahupun rekod. But for me, Akim still the best.




Alunan muzik dan suara Akim senantiasa mengusik jiwa dan serak serta keleperan suaran Akim menjadikan lagu ini spesyel made untuk setiap orang dimuka Bumi ini...


Improvise  yang tidak keterlaluan jugak memungkinkan yang Akim masih menghormati melodi asal lagu nie...


Bagi korang yang tak follow KDA2 dan tak minat Akim Ahmad, Korang try la dengar ok...mesti korang pun suka~


Kau Ilham Ku 

Beribu bintang dilangit
Kini menghilang
Meraba aku dalam kelam
Rembulan mengambang
Kini makin suram
Pudar ilhamku tanpa arah

Sedetik wajahmu muncul
Dalam diam
Ada kerdipan ada sinar
Itukah bintang atau rembulan
Terima kasih kuucapkan

1
Izinkan kumencuri bayangan wajahmu
Izinkan ku mencuri khayalan denganmu
Maafkanlah oh...
Andai lagu ini
Mengganggu ruangan hidupmu
Kau senyumlah oh...
Sekadar memori
Kita di arena ini
Kau ilhamku
Kau ilhamku...

( ulang 1 )





Profile Facebook Aku kena Duplicate: Dasar Orang kita celik IT, tapi BUTA hati.

Dunia siber dan atas talian nie memang banyak risikonya. Memang payah bila kita dah mula dikenali espsyeli dalam dunia yang susah nak tahu orang tue wujud ataupun orang tue wujud sekadar imaginasi seseorang saja.

Orang kita, kalau dah memang bengap, tapi tak ngaku...tapi bila dan cerdik sedikit, pandai plak kut belah lain-lain...merosak, menjatuhkan orang... pe'el yang tak pernah berkesudahan.

Sampai satu tahap tue, kadang-kadang kita rasa seronok dok memaki hamun orang lain dan langsung tak ambil kisah dengan kata-kata nista kita yang keluar dari mulut(literasinya Jari) kita sendiri. 

Inilah manusia yang berbangsakan MELAYU. Celik IT sikit dah mula nak membuat onar dengan membusuk dan memaki hamunkan orang secara terang-terangan bertopengkan orang lain. Perangai orang sebegini memang malu untuk aku mengaku sebangsa tambah lagi seagama. 

Aku mintak maaf sekiranya aku ngutuk bangsa sendiri, tapi ini hakikatnya. Jangan kita cuba elakkan dan menganggap ia selesai sedangkan ia terbengkalai.

patut dia guna profile picca macam nie...memang muka hanjing kan?

Pelajaran yang diperolehi hasil titik peluh mak bapak di salahgunakan dan yang paling penting...sifat pengecut tak punyai teloq, BALING BATU, SEMBUNYI TANGAN. (berdasarkan profile dan nama palsu di FB, Blog dan sebagainya) Dengan niat untuk memburukkan orang yang dimusuhi. Bertapa Bangsatnya manusia sebegini.

Tapi memang sesuatu yang amat keji bila ada manusia yang sanggup memasukkan gambar profile yang sebenarnya bukan gambar diri mereka sebenar dan lagi keji dengan kewujudan komen-komen yang entah datangnya dari siapa.

Kewujudan profile-profile palsu nie mulanya kita rasakan langsung tak memberikan kesan tapi bila difikirkan kembali. Kewujudan profile palsu sebegini sebenarnya lebih parah dari semua gejala sosial yang melanda negara. 

Penangan yang agak mencabar minda apabila profile FB aku sendiri yang dipalsukan. Profile tersebut wujud selepas aku bertegang leher dengan seseorang di alam siber ini. 

Manusia yang aku anggap penyagak nie, memang tidak menggunakan nama atau gambar profilenya sendiri tapi berani memberikan komen-komen bangsat yang memungkinkan aku untuk mengeluarkan kata-kata berbau longkang.

Tapi aku bersikap profesyenel beb, mana aku nak layan anjing yang menyalak macam tue. Aku bukan anjing okeh. So aku tutup page tersebut (fanpage) then aku BLOCK manusia lahanat tue.

macam nie la, tak dak kerja, asyik peluk tubuh, pastu asyik nak cari gaduh dengan orang..Hanjing tetapi Hanjing...

Jadi, kes tak habis disitu, keesokan harinya, aku buka FB aku dan aku terkejut melihat profile nama aku meng'komen' kepada posting aku sebelom ini. Bila bukak, korang sendiri la dapat agak. 

Tiba-tiba ada sorang lagi 'AKU' yang sedang berjawab-jawab di fanpage tue. Dan yang paling penting ahli-ahli fanpage tue cuba menjatuhkan aku seperti mana kewujudan fanpage itu adalah untuk menjatuhkan seorang selebriti MLM ini.

Memang dasar MELAYU yang mudah lupa, dahlah online pun pakai duit KERAJAAN, sedarlah yang kamu itu sebenarnya bekerja untuk rakyat...Bukan menjadi KERAjaan yang hanya tahu menagguk di air yang keruh. Jadi tak perlu kamu untuk menjatuhkan orang lain sedangkan apa yang kamu lakukan itu hanyalah sifat DENGKI semata-mata.


Korang boleh mengaku yang korang tak suka apa yang dilakukan selebriti itu, menipu duit masyarakat terutamanya Melayu, tapi apa hak korang nak memaki hamun dia? Merendah-rendahkan martabat seorang manusia itu? Kalau itu yang korang nak, Jadi aku rasa itu yang korang patut dapat iaitu,


nama tempelan di belog aku iaitu HANJING. Suka..? 

Perlukah kita memaki hamun dan mengeluarkan kata-kata kesat untuk menyatakan apa yang kita rasa? Tak perlu bukan. Tapi sesetengah manusia itu masih rasakan bahawa mereka masih hidup di zaman batu yang setiap perkataan yang diucapkan perlu teriakkan dan hilaian supaya didengari oleh orang. Sunggu tak bertamadun.

Mungkin depa tak hidup zaman batu Flintstone kot...Flintstone pon ada tamadunnya sendiri.

Tapi ucapan terima kasih tidak terhingga kepada semua rakan-rakan yang membantu memberikan kerjasama diorang disaat aku memerlukan. FB ini sangat senang, jika kita diperlakukan seburuk dan dihina, gunakan kuasa kita untuk membuat 'report' dan 'block' kepada orang yang kita tidak suka. 



Terima kasih lagi kepada rakan-rakan yang sememangnya mengenali siapa aku dan sanggup meluangkan masa seminit dua hidup mereka untuk aku. 

Love you all...!!!

ni gambaq yang diedit oleh sorang rakan aku...hahahah..!! memang lawak la dia nie, nama dia Sapik..sangat chomel dan mesra....
so sesaper nak kenal dia, bley cari dia kat sini k...nama kormesial dia adalah...

Thanksss.. Sapik for that lovely picca..!! hahaha..!!!

Caldina Kereta Idaman gua buat masa nie~



Haaa...So korang, apa pendapat korang tentang kereta idaman aku buat masa nie? Boleh la kan, daripada tak dew pape nak diharapkan... Kalao boleh, kereta pertama yang aku nak pakai ialah kereta nie.. Nak pilih wana putih pearl macam tuh... mesti smart kan?




Aku tiba-tiba terbekenan dengan kereta nie, sebab nampak smart and jugak dia laju kot..!!!

Dulu aku ada bad image dgn kereta nie sebab kereta nie nampak macam Family sangat sebab alal-ala MPV sedan untuk keluarga yang ramai. Tapi bila tengok lama-lama, rasa macam best plak, smart jer tgk bentuk dia, tetambah casing lampu belakang dia yang agak 'cenggee' tue..Nampak garang...

Huhu, tapi dengar desas desus, kete nie dah tak kluar yang bawu lagi. Kalau nk pakai jugak kenalah cari yang 'tangan kedua' atrau 'tangan ketiga'... tapi aku tak kesah...Yang penting aku set target aku nak jugak kereta nie...(buat masa nie la)

Dengar kata jugak, Proton Exora baru or Persona baru nak tiru gaya-gaya CALDINA nie..? huhu..betul ker..? tapi kalau tiru pun, aku tak kisah.. CALDINA TETAP DI HATI~


p/s: Artis poojaan hati aku pom pakai Caldina jugak..!! huhu..!!!

Wednesday, 29 December 2010

Se..Ku..Pang...

Iklan Celcom kat Penang...hahaha..! I loike...~

Panas...Komen Shahir mengenai situasi dirinya sekarang~




Mendoakan bahawa Shahir akan kembali sihat seperti sedia kala dan dapat terus memberikan persembahan yang terbaik pada AJL tidak lama lagi. Sesungguhnya Tuhan lebih mengetahui segalanya. Amin.


gambo Shahir sebelom AF...huhu~

Tuesday, 28 December 2010

Ayam Penyek Batu Uban



Hari nie kita masuk rancangan jalan-jalan cari makan bersama aku. Kalo bebudak USM, mereka semua cukup kenal dengan makanan ayam penyet versi Batu Uban di USM, Pulau Pinang nie.

Ayam penyet and pecal leleh makcik nie memang popular sebab sedap kot...AKu pon tak pasti sangat tapi tak kira staf or bebudak USM memang sooka makan kat sini waktu Lunch.


Sunday, 26 December 2010

Ehh...Pencuci Alat Sulit Lelaki...Ade ke?

Entri Khas untuk Lelaki,

Haaa, nak dijadikan ceritanya, aku saja jenjalan dan bermalam kat rumah seorang kawan aku nie kat KL. Aku nie saja suka menyingah rumah kawan-kawan nak menegok betul tempat tinggal diorang. Ahakss..motip sangat kan? 

Kawan aku nie memang advance dalam hal-hal produk penjagaan diri nie. So, masa aku tengah dok lepak-lepak kat umah dia dan bergosip segala bagai, dia tanya aku macam mana aku simpan barang travel aku.


So aku tunjuk jer beg uncang orang bagi masa kenduri tue. Uncang tue la, aku heret ke sana, ke mari.

Terus dia choiiiii aku....hahaha..!!! 


Ade plak pakai beg sebegitu rupa kata kau.!!! Then dia pun bawak kuar traveling kit dia...beg kecik yang ada macam-macam barang keperluan. 


Then terus dia teringat, dia cakap dia ada satu produk nie nak tunjuk kat aku.

Barang tue adalah barang Pencuci alat sulit lelaki. So aku tercengang seketika....


 Ade ke alat pencuci sulit lelaki kat pasaran Melesia nie...? Then kawan aku teros keluarkan produk dia dari dalam beg traveling kit dia tue.

Ten terennnnn...!

kalau korang nampak kan, nama dia Fosa Grande, Pencucian Lelaki..
wangian mangga lagik...huhu

Teruih lepas dia introducekan produk nie kat aku, dia suruh aku try...hahaha..!

So. masa mandi, aku pon try la, dia dah kasi amaran yang produk nie sedikit berangin, macam ubat gigi. 
So aku pun try guna sikit dulu. 


Guess what, memang rasa berangin~ macam pakai losyen mustajab Pati halia kat area tue..? So, apa perasaan korang..? mcam nak melompat kan? 
hahahaha..~!!!

Anyway, aku pun pakai sikit jer, tak la banyak, kalao banyak tak tau jadi apa~ Bauan Mangga dia pun ade jugak, kekadang feeling bau ubat batuk pon ada gak...hahaha..!! kira ok jugak la produk nie.

Terus aku tanya kat kawan aku tue mana dia beli. Then dia jawab, senang jer, nak carik menda nie...Kat MYDIN berlambak...dia pun beli kat MYDIN...


Wah, meletup nie..! MYDIN advance dalam menda-menda macam nie kot.

Aku pun try cek origin produk nie, guess what again...Produk nie asli datang dari Melesia. Made in Selangor.

Sori la, gambaq kurang jelas~

So lepas nie, pada korang-korang yang berminat tue..pergi la jenjalan carik menda nie k. 

Ingat pompuan ja ada kau, ini barang khas untuk lelaki...!


Saturday, 25 December 2010

buah Strawberi Hutan A.K.A Roselle

Bila dah balik kampung tue, sesekali dapat jugak buah tangan yang orang kampung kirim. 



Kali nie dapat bawak balik buah strawberi utan atau buah Roselle. Buah nie memang cukup banyak kat area kampung rumah mak cik aku yang tinggal kat Sungai Tiang, Kedah.



so apakah yang akan dilakukan korang kalau dapat bawak balik buah nie kat rumah korang..???



Ekceli, kita dapat buat banyak benda daripada buah nie, macam kita boleh jadikan dia jem, sirap kordial, pewarna merah dan banyak lagik produk kesihatan. Kalau, korang nak tau, buah nie sesangat la MASAM..!!!


Roselle (hibiscus sabdariffa), atau dikenali sebagai pokok asam paya merupakan tumbuhan yang amat tinggi kandungan vitamin C melebihi 20 kali ganda dari yang terdapat dalam keluarga limau (citrus). Vitamin C merupakan anti-oksidan yang terbaik bagi mencegah kerosakan sel hasil dari proses oksidatif dan tindakbalas kimia dalam tubuh. Ia juga sejenis vitamin larut air. Sekiranya diambil berlebihan ia akan dikumuhkan melalui air kencing sahaja.



Kemasaman dia, mengalahkan limau nipis or limau kasturi...Tak terbendung betul rasa masam dia. Tapi dengar cerita buah nie ekceli banyak jugak khasiat yang terkandung~

Roselle tergolong dari kumpulan hibiscus ( dalam bahasa melayu, ala-ala jenis bunga raya gituew ).


Antara kepercayaan tentang kelebihan Roselle adalah :
Anti-penuaan (anti-aging)
Pencegahan penyakit kardiovaskular
Pencegahan kanser
Demam panas dan selsema terutama pada anak-anak kecil
Resdung (alergi) dan asma (lelah)
Stress atau sukar tidur (insomnia)

so aku dapat bawak balik 1 raga besaq nie, korang rasa apa yang aku nak buat ngan buah nie?

Selamat Hari Krismas 2010



Selamat menyambut Hari Krismas 2010 kepada semua rakan-rakan yang menyambutnya...! 

Best Wishes from me to you..!!!


Monday, 20 December 2010

Friday, 17 December 2010

Drama Seribu Kali Cinta Ciplak movie 50 first dates?




Memandangkan aku telah berkecimpung dalam dunia komen mengomen drama TV tanahair, jadi aku pun dapat jugak feedback dari beberapa pihak tentang Drama yang dok tengah ditayangkan di TV3. 
Wah, feeling wartawan ler pulak kenn...~

Drama Seribu Kali Cinta ini ditayangkan pukul 6.30 petang selama satu jam setiap hari Isnin sampai Khamis.

Aku pun kekadang tertengok jugak drama nie kalo tak pi jogging dikala petang.(mood mengkuruskan badan..hehehe)

Drama nie dibintangi oleh Kamal Adli, Intan Ladyana, Cat Farish dan ramai lagi la. Tapi lakonan yang paling meninggalkan kesan ialah kak Noor Khiriyah kita yang berwatakkan gadis yang gila bayang. 

Baiklah, ada pihak yang mengatakan bahawa jalan cerita drama ini tidak ubah seperti filem 50 First Dates yang dibintangi oleh Adam Sandler, Drew Barrymore dan ramai lagi. Betul ke?

Secara ringkasnya. Dalam filem 50 first Dates, Drew Barrymore mengalami penyakit hilang ingatan dan hanya mengingati perkara sebelum kemalangan keretanya berlaku. 

Percintaan berlaku dengan Adam Sandler selepas kejadian itu dan ianya tidak direstui oleh bapa dan abang Drew ditambah jugak dengan masyarakat sekeliling yang memahami keadaan Drew. Mereka tak mahu Drew terluka. 

Namun, akhirnya mereka dapat menerima kehadiran Adam dan Drew semakin pulih dengan teknik rakaman video imbas semula yang diulang setiap hari  oleh Adam untuk memulihkan Drew.


Bagi aku, Drama Seribu kali Cinta memang berilhamkan filem tersebut tetapi diolah bagai untuk memenuhi kehendak dan budaya masyarakat Melesia. 

Watak Intan Ladyana misalnya, membawa perwatakan gadis yang mengalami penyakit hilang ingatan dan hanya mengingati peristiwa sebelum perkenalan dengan Kamal Adli. 

Dalam pada itu jugak, sebab musabab hilang ingatan Intan juga bukan bertunjangkan kepada kemalangan sahaja tetapi berkemungkinan datang dari sihir buatan orang (budaya tempatan) iaitu Marsha Milan Londoh. 

Kewujudan watak Noor Khiriyah juga membezakan drama ini dengan filem tersebut. Perkembangan jalan cerita yang banyak dibantu oleh Noor dan Marsha memberikan impak yang berbeza kepada jalan cerita berlatarkan masyarakat setempat.

Kemungkinan besar persamaan drama ini adalah dengan penggunaan teknik rakaman video untuk mengembalikan ingatan heroin. 

Memang tidak dinafikan, ianya hampir sama tapi persamaan jalan cerita dan isi adalah hanya 10-15% dan selebihnya dapat diolah dengan bagus.



Namun begitu, teknik penahanan watak (seperti senetron Indonesia) nampaknya ada diterapkan disini. Namun begitu masih mengekalkan sifat-sifat semulajadi masyarakat Melesia. (yang suka perasaan itu ditunjuk-tunjuk)


Tidak ada masalahnya kita memberikan nafas baru kepada dunia lakonan kita. Namun, perubahan yang dilakukan mestilah beracuankan negara sendiri dan tidak membelakangkan identiti sendiri.


p/s: suka tengok drama komedi The Nanny...ulang lar 20 kali pun, aku tak boring...hahaha..!


Thursday, 16 December 2010

Apa dah Jadi dengan Demam FarmVille?

Suatu ketika dulu, ramai budak-budak FB sangat la suka bercucok taman. Tanaman depa bukannya secara kecil-kecilan tapi besaq cik ooi sampai buleh bukak ladang berekar-ekar. 


Hahh, macam-macam jenis tanaman ada karot, tembikai, strawberi, anggor dan macam-macam lagi. Buah Derian pom ada wei.






Dalam pada tue gak banyak yang dok mengumpol harta dengan membina pelbagai struktur kat tanah depa nie. Aiyoo, gigih korang waktu tue ekk..
Menggumpul harta segala bagai kennn!






So sekarang apa dah jadik nie wei...? Mana semua penanam-penanam tegar yang saban hari dok mengklik tetikus korang?








p/s: Balik kangpong tanam jagong daaa~



Kau dan Aku Musim Kedua macam GLEE dah pulak ?

Dah berjalan 2-3 episod Kau dan Aku musim kedua setiap hari Selasa puku 9 malam. Sapa tak tengok memang rugi sangat. Tapi korang tak payah risau sangat sebab nama pun siaran ASTRO kan, so kompem la dia akan ada siaran ulangan...hehe...


Jadi, bila dah tengok episod-episod nie semua, aku memang tak patut buat penilaian lagi terhadap drama nie. Drama nie baru saja ke udara kan, so nak nilai macam mana. Tapi aku dah ada terdengar menda yang macam tajuk aku kat atas nie la. 


Aku dapat beberapa feed back daripada orang ramai yang mendakwa Kau dan Aku musim nie nak tiru ala-ala drama GLEE dari Amerika tue. Korang semua mesti ingat kan drama GLEE tue. Aku pun ingat jugak tapi musim nie dah abes kan..? so tunggu next season la plak untuk GLEE yang seterusnya.


Ok, aku dapat komen daripada beberapa orang yang cakap sebegitu....so aku pun cuba menganalisis data yang sedia ada untuk dibuat penilaian (ala-ala research plak dah, nge~). 


Baiklah, Kau dan Aku musim pertama(KDA 1) dan kedua (KDA 2) sememangnya telah diuar-uarkan yang mereka mengenengahkan konsep drama muzikal. 


Korang semua faham tak apa maksud drama muzikal? Tak tahu, search sendiri. Drama muzikal adalah drama dalam bentuk muzik dan dramatik yang kedua-duanya berkepentingan sama berat. Kehadiran muzik adalah berkaitan dengan apa yang dipersembahkan.


GLEE jugak sama seperti Kau dan Aku. Dia jugak merupakan drama muzikal yang menyelitkan unsur-unsur muzik kat dalam drama mereka. Jadi tak hairanlah yang drama kedua-dua ini mempunyai bentuk persamaan yang seperti diutarakan oleh orang ramai. 


Persamaan adalah dari segi penghasilan drama muzikal, iaitu salah satu cabang daripada drama-drama yang ada di muka bumi ini.


Jadi, apa yang masalahnya di sini? Baiklah, ini pandangan aku terhadap drama Kau dan Aku pada musim kali nie. 


Yang jadi masalahnya adalah perbandingan yang dibuat oleh orang ramai antara yang dulu (KDA1) dan yang sekarang (KDA2). Betul? 


Hello korang, aku rasa yang baru nie lebih menarik dan colourful sikit kot. Aku rasa perbezaan ketara antara KDA 1 dan KDA 2 adalah penataan muzik itu sendiri. Hal ini demikian kerana KDA 1 kurang memainkan lagu-lagu dan kehadiran lagu-lagunya juga kekadang tak kena pada tempat. 


KDA 1 telah meletakkan sandaran percintaan dan sinematografi drama Indonesia yang kerap kali kita lihat dalam senetron-senetron sajian petang. Ditambah pula dengan cara penyampaian yang agak senetron tue, kita dapat baca yang penahanan watak berlaku dalam setiap pelakon(mcm senetron indonesia).


Unsur-unsur muzik ada tetapi agak kurang menyerlah dan wujud sekadar dalam acara-acara tertentu sahaja. Biasa la, kan dah seluruh pengambarannya dibuat di Indonesia, jadi hasilnya pun beracuankan sana.


Berbeza dengan KDA 2 pula, kehadiran lagu-lagu dan muzik yang lebih kerap dan menandakan persamaan tingkahlaku dan lagu yang dimainkan. Jadi drama muzikal yang diterapkan lebih menyerlah dengan kehadiran lagu dan tarian seiring dengan skrip jalan penceritaan yang dibawakan.


 Inilah drama muzikal yang betul. Sinematografi yang menunjukkan bahawa ini adalah drama Melesia jugak tepat. Watak dan perwatakan dilihat lebih menonjolkan sifat manusia yang keluar dan tidak tersimpan-simpan.  Memang drama Malaya kan? Kita suka menunjukkan apa yang kita rasa. Puas sikit hati. Tingok cita Indonesia, asyik saket hati jer...


Jadi, pada pendapat aku, memang KDA 2 sama seperti GLEE sebab kedua-duanya drama muzikal. Tidak langsung wujud masalah. Yang membezakan mereka ialah jalan cerita dan penyampaian yang lebih ke'Melesia'an bukan ke'indonesia'an. 


Yang lain-lain aku tak nak komen lagi...Hello guys, gambaq nie belom pun habis, macam mana aku nak komen lebih-lebih. Adoiyai...~


Anyway, diharap semua berpuas hati dengan penjelasan aku yang tak berapa berseni nie.


p/s: Kalau jalan ceritanya sebijik macam GLEE, aku la orang pertama yang boikot...
tapi, Akim adew....Tak jadi la boikot..aku tengok la jugak..hahahah~..tak bley blah..!!!