Ruangan Khas Penaja

Suka belog ini? Terima Kasih.

Thursday, 25 November 2010

The Ugly Betty Season 4 dan Terakhir.

Well, aku memang follow gambaq The Ugly Betty(TUB) nie. So sorry la sebab lambat update gambaq nie kat korang, coz aku nie tengok tb guna time Melesia bukan time Amerika. Sapa yang tengok tb time Amerika ja dah memang tengok abes cita nie dah (kes-kes donlod). 
tak gituew?




Aku nak ulas la sedikit sebanyak apa yang aku dapat dan faham dalam situasi yang ditonjolkankan dalam edisi terakhir ini. 


Jalan cerita dia semakin hari semakin bagus dimana plot penceritaan banyak diberikan kepada watak utama iaitu Betty dalam mencari keselesaan dan kepercayaan dalam diri. Dia banyak diberikan ruang atau scen untuk dikembangkan berbanding dengan musim-musim sebelum ini yang melihat bahawa drama komedi ini dilihat dikongsi bersama dengan watak-watak besar yang lain.


America Ferrera Sebagai Betty Suarez
Seoperti yang telah kita bincangkan tadi, watak Betty kali ini lebih menonjol dan ditumpukan kepada bebrapa scen yang penting. Mungkin disebabkan ini adalah muism yang terkhir, jadi tumpuan diletakkan kepada watak dan peralihan fesyen dari Betty yang buruk kepada Betty yang ada nilai fesyen. pergolakan dengan pelbagai masalah sebelum nie seperti teman lelaki, pekerjaan, dan hal kekeluargaan menjadi subjek penceritaan kembali dalam musim terakhir ini. Betty membawa watak seorang wanita yang lebih matang dan berani membuat keputusan dalam memilih apa yang dirasakan baik untuk dirinya.




Vanessa L. Williams Sebagai Wilhelmina Slater
Watak Willie pula dilihat semakin hari semakin 'soft' atau lembut dalam memberikan impak yang pada awal kemunculan 3 musim yang lalu yang lebih dramatik dan garang. Willie dilihat semakin mahu memberikan ruang kepada orang lain agar dapat mara kehadapan (Marc dan Amanda). Kita ada melihat pada musim yang lalui, Willie telah mula membuka nilai perasaan dan emosi menerima seorang lelaki dalam hidup. Tapi dalam musim ini, watak Willie lebih dilihat mempunyai nilai peri yang jarang kita lihat dalam musim-musim yang lepas.





Eric Mabius sebagai Daniel Meade
Selalunya pada musim-musim yang lepas, banyak scen-scen yang melibatkan kisah hidup bos Betty nie memainkan peranan dalam drama TUB. Namun, kali ini drama TUB kurang menampilkan kelibat Daniel Meade sebagai watak utama penceritaan. Walaupun terdapat juga pada permulaan awal musim yang mengambarkan Daniel agak hilang arah akibat kematian Holly tapi itu hanya 'lamp light' kepada jalan penceritaan yang seterusnya. Daniel juga dilihat semakin matang dalam menguruskan hal-hal berkaitan dengan dirinya kerana Betty tidak lagi menjadi pembantu peribadinya. Hubungan Daniel dengan Marc juga menjadi semakin baik kerana Marc mengantikan seketika tempat Betty. Kemunculan Scen-scen ini sama seperti yang terbina pada musim-musin yang lepas tetapi mengabil Betty sebagai jalan penceritaan utama bagi setiap episod.







Michael Urie Sebagai Marc St. James
Marc pula memberikan impak watak yang berkesan dengan meletakkan dia semakin rapat dan boleh bekerjasama dengan Betty untuk menyelesaikan bebrapa konflik yang melanda. Dalam musim yang lepas, Marc adalah teman dalam YETI iaitu tempat melahirkan editor-editor muda bagi majalah. Jadi, kesinambungan yang timbul dalam penceritaan lepas diasaskan pada musim kali ini yang tidak mewujudkan konflik yang kurang berbanding sebelum ini. Watak pedengki dan iri hati yang sangat 'blend' bersama Marc dan Amanda semakin kurang dan Amanda kembali tinggal dengan Betty dirumah sewa seperti musim yang lepas.



Becki Newton sebagai Amanda Tanen Sommers
Amanda juga pada kali ini kurang diberikan penumpuan berbanding pada musim lepas yang dia dilihat agak menonjol dari segi watak. Penceritaan Amanda kali ini wujud tetapi dirasakan sebagai watak yang banyak mengisi plot dan scen dan mungkin ada juga jalan cerita yang tersendiri. Aku tak pasti kebarangkalian Amanda diberikan 'story line' sendiri tapi dia memang bagus sebagai pelengkap majlis.


Ana Ortiz sebagai Hilda Suarez
Hilda oh Hilda... Kakak Betty nie memang mengalami perkembangan watak dalam musim kali ini. Perkembangan watak yang dilihat dari hari ke hari ialah dia semakin tenang dan menerima sesuatu konflik yang diberikan dengan sedikit perubahan. Tapi Hilda tetap Hilda kan. So kena meriah sikit! Hilda dilihat melepaskan beberapa orang penting dalam hidup untuk memilih orang yang diangggap penting. Pregnant dan gugur? Aku suka Hilda sebagai watak periang dan tidak kisah apa yang bakal berlaku.



Tony Plana as Ignacio Suarez
Kekecewaan daripada kesan cinta yang lepas dengan cik Jururawat kita ada ler jugak ditunjukkan pada musim kali nie. Bapak Betty seperti musim-musim yang lalu, sangat menyayangi anak-anaknya. Sampai satu scen yang meletakkan bapak Betty nie serba salah bila wujud lelaki lain dalam famili depa dengan kehadiran biopren baru Hilda.




Mark Indelicato sebagai Justin Suarez
Justin memang dari duliu membawakan watak ala-ala Marc waktu kecik. Kennn? hahaha! Musim kali nie, Justin tak mainkan banyak scen dalam setiap plot. Ade la muncul sekali-sekali. Tak macam musim-musim yang lepas yang banyak mengambarkan kepayahan Justin dalam meniti hidup sebagai seorang yang gemar berfesyen. Justin banyak menjadi 'support' kepada watak Hilda dan boipren dalam perhubungan diorang.


Itu sebahagian besar daripada watak yang aku senaraikan dan pengolahan watak-watak mereka secara ringkas. Aku bukan profesyenel tapi cukup la sekadar pandang sebagai seorang pemerhati dari Melesia yang mengikuti cerita nie. Aku suka gambaq nie, langsung tak sama macam gambaq Mexico or Veneuzuela tue. Aku puas hati jika ending dia tak menampakkan Betty terlalu over dalam perubahan penampilan dia.



p/s: Masih mengikuti gambaq nie secara tak sengaja kat
 Star Word(711).

2 comments:

Jumie Samsudin said...

Aiiiiiiyooo! Thanks u ollls. Mengemel kat akak.

Tapi akak tÁk layAn sgt this siries.

fazzlies said...

hehe~...takpew...tak follow takpew..kita layan jer~hehe