Ruangan Khas Penaja

Suka belog ini? Terima Kasih.

Friday, 26 November 2010

Program Realiti Ganggu Budaya Masyarakat

Apa pendapat korang dengan tajuk posting aku kali nie? mesti semacam berat jer kan? hahaha...
no worries my fellow readers, aku takkan bagi korang pikir berat-berat berkenaan isu-isu. Kita main ringan-ringan jer k. hehehe~


Ada la sorang kawan aku nie tengah buat research berkenan impak masyarakat kesan program realiti kat Melesia nie. So, salah satu soklan dalam 'focus group' dia adalah berbunyi seperti di ataih la. Aku rasa macam menarik ja soklan ini. Jadi aku rasa nak share la ngan korang semua. Penerangan aku nie bukan dari segi ilmiah  just pendapat mentah aku semata-mata. kalau korang nak bedebat ilmiah, sorry blog ini bukan utk tujuan itu.


Pada pendapat aku, kita kena paham apa tue program realiti dulu sebelum nak mendefinisikan pelbagai program hari ini sebagai realiti. Akademi Fantasia memang program realiti tetapi tidak Bintang RTM dan Malaysian Idol. Setuju tak? Program Mari Menari ataupun Sehati Berdansa masih aku kelaskan dalam kategori 'pending' sebab bukan 100% program realiti. Tapi sesetengah pihak dalam masyarakat kita nie melihat hampir semua program hiburan kat Melesia nie adalah prgram realiti. 






Kita tengok perkara asas yang menjadikan program realiti adalah gambaran kehidupan sebenar iaitu realiti yang ditunjukkan dalam program-program ini. Jadi, masalah yang dipersoalkan adalah betapa benar dan tulusnya program realiti sekarang berbanding 3-4 tahun yang lepas. Ada yang mendakwa program realiti sekarang lebih dikatakan telah di'skrip'kan dan dirancang jalan ceritanya agar dapat menarik perhatian penonton. Pelbagai pergolakkan dan isu cuba ditimbulkan agar ianya nampak lebih dramatik dan menarik lebih banyak konflik untuk berlaku. Tapi adakah ini benar? Dan kalau ianya benar, mengapakah ianya begitu penting kepada masyarakat?


Jawapan aku, TAK PENTING PUN...
itu jer jawapan yang paling senang. Kenapa kita mahu mengaitlkan isu budaya dengan isu program realiti sedangkan kita tahu bahawa program realiti tue program HIBURAN semata-mata. Kita tidak untung mahupun rugi kalau tak tengok program hiburan kan? Lagipun, program realiti dicipta untuk masyarakat yang mahu melihat drama sebenar jadi terpaksa la sesetengah program tue di adun agar memenuhi selera masyarakat. Budaya sekali lagi bagi pendapat aku adalah pilihan masyarakat. Masyarakat memilih untuk mengikut sesuatu itu apabila memikirkan sesuatu baik atau buruk yang bakal timbul sekiranya budaya itu dipraktikan. 










Budaya sekali lagi merupakan sesuatu yang korang sendiri amalkan sehari-hari. Jadi ape kehel nya program realiti nak mengganggu gugat budaya masyarakat. Lainlah jika ianya dikelaskan dengan nilai -nilai moral dan kesusilaan. Selalunya pun, nilai-nilai yang dibogelkan dan menjadi mangsa kepada program-program hiburan ditanah air nie. 


Kalau nak disentuh mengenai program realiti memberi kesan kat budaya espesyeli kat Melesia nie, aku rasa para produser dah ambil kira sebab mereka sendiri pun bekerja atas dasar budaya jugak. Jika mereka sendiri melanggar budaya masyarakat sebagai contohlah, buat scen comolot kat tb secara live. Ermm, gayanya gantung baju la Tuan produser kita..kennnn?


Tapi aku memang suka la soklan nie, aku baru terpikir mungkin soklan sebegini akan terkeluar dan aku amat berterima kasih kat kawan baru aku nie. Moga kita sama-sama memikirkannya.




p/s: Tak perlu kita menunding jari kepada sesiapa pun, kalau masalahnya tue datang dari kita sendiri. Kita sebagai konsumer, program hiburan disajikan untuk kita. Kuasa membeli ada pada kita. Jangan tengok kalau tak suka. Abes cita.

1 comment:

Jumie Samsudin said...

kan??? ayat last tu penting. tak suka jangan tingok.