Ruangan Khas Penaja

Suka belog ini? Terima Kasih.

Tuesday, 30 November 2010

Akim - Bengang




Aku Rinduw giler Bideo kilp nie...huhu! 
Masa lagu nie la aku rasa aku betol-betol minat gila kat Akim dan tak rugi aku sokong dia.


Aku memang dah mula minat Akim since dari dalam AF lagi sebab bagi aku aku rasa yang mamat nie memang mempunyai sesuatu untuk aku. So memang dia dah buktikan yang dia memang boleh berikan sesuatu kepada suma orang. 
Biarlah masa konsert pertama dan kedua orang kurang notice dia. Tapi aku nampak dia, dan Undian aku yang kekalkan dia.(itu yang aku rasa) 


Bila tengok balik VC nie aku tingat zaman-zaman Akim innocent....Hihi... Tapi itu yang buat dia jadi mahal giler. 
VC yang ringkas tapi nampak mahal dowh..!!! 


Yang paling aku tekenangkan T-Shirt yang dia pakai tue, Adoi..!! Penat aku carik seluruh Melesia tak jumpa T-Shirt tue, MALAYA BISTRO~


p/s: sesaper yang tahu mana nak dapatkan t-shirt MALAYA BISTRO tue pm me k...Thanks~

Monday, 29 November 2010

Cikgu Shida yang Femes

Wah, sekali aku buka report case, Cikgu Shida muncul kot. Hehehe! Anyway, Cikgu Shida nie memang pemes giler kat Youtube and FB sekarang nie. Macam-macam video beliau dah post kat Youtube tue. Memang Femes la cikgu kita yang sorang nie.


Cikgu Shida nie dengaq kata sekarang mengajar di S.K Pulau Padang, Bota Kiri, Perak. Cikgu Shida nie memang femes dalamYoutube sebab meng'uploadkan video-video 'miming' beliau. Wah, Keleeezz Cikgu, takyah buat drag...dah boleh 'miming' lagu orang lain kennn... 


Yang paling tak menahannya, cikgu Shida nie 'miming' dengan penuh perasaan dan karektor yang seterusnya membuatkan orang espesyeli budak-budak tak terlepas pandang gelagat dia. Memang minat betol cikgu Shida terhadap muzik sampai boleh buat video huplod kat Youtube.


Dengaq kata jugak, ramai orang tak beberapa sooka Cikgu Shida dok buat video-video macam nie semua. Katanya tak manis dan menjatuhkan air muka cikgu-cikgu SeMelesia. Adoii..! 


Aku no komen, sebab dia sendiri yang pilih nak tonjolkan diri cara nie. Dia nak gila or what... Yang aku tau, aku gelak ja tengok video dia nie...Tapi cikgu Shida kita nie memang kreatif dalam dok buat pelbagai aksi-aksi dan lakonan dia. Espesyeli budak-budak yang tak minat bahasa Inggeris tue, mungkin depa lebih minat lepaih tgk 'miming' cikgu Shida nie.


Sapa kata kene jadik artis dulu baru pemes kenn? Tengok cikgu Shida dah pemes satu Melesia 'miming' lagu orang jaa.


Part yang paling aku suka adalah bila dia tak 'miming' dan cuba kontrol kelas dia. Nyaring dowh, suara cikgu kita nie.Garang... Mengalahkan Linda Jasmine kat AF gituew. I loikee.. Hahaha..!!!


Sekarang nie dia aktif gak dok haplod video 'miming' dia yang lain espesyeli lagu-lagu terkini masew kini. Kalo korang rajin, masuk Youtube searchla cikgu Shida k. hehehe...


Mak Lawak versi cikgu...She really make my day..!!!


Aku bley kasik sample video dier kat sini..yang lain korang search sundiri k...Cikgu Shida 'miming' ala Maher Zain.





dan satu nie lagu budak-budak





Kalau sesaper nak kenal cikgu Shida kat FB pon boley...korang click ajer kat link bawah nie ekk...




cikgu Shida
Cikgu Shida(peribadi)

Sunday, 28 November 2010

Lawak Burung



Ada seorang lelaki tua yang hobinya memelihara banyak burung.. 

Pada suatu pagi, semua burung kesayangannya telah hilang. Merasa si pencuri sudah keterlaluan, lelaki tua itu pun membawa masalah ini di perjumpaan mingguan di kampungnya...  

Lelaki tua : "Siapa disini yang ada burung? "Seluruh penduduk laki-laki segera berdiri. Menyedari kesilapannya dalam cara bertanya, lelaki itu menambah "bukan itu maksud saya" Lalu di ajukan soalan yang lain.. "maksud saya adalah, siapa yang pernah lihat burung? "Maka seluruh penduduk wanita berdiri. Kerana menyedari pertanyaannya masih tidak betul, maka dengan muka merah padam dia menyambung "maaf, bukan itu maksud saya" 

Sekali lagi dia cuba bertanya "maksud saya adalah siapa yang pernah lihat burung yang bukan miliknya?" Separuh penduduk wanita berdiri. Muka lelaki itu makin merah, dan juga makin gugup, segera berkata lagi... "maaf sekali lagi, bukan ke arah itu pertanyaan saya, maksud saya adalah,siapa yang pernah lihat burung saya?"



Lalu... Isteri lelaki itu pun pun berdiri....dan seorang wanita yang lain,maka kali ini merah padam pula muka si isteri, lelaki tu pun cabut lari.......menyesal tanya............

Saturday, 27 November 2010

Park kereta merata-rata lagi



Park lagi kereta merata-rata. Kan abg bomba dah marah.hehehe! Orang nak pasang hos pun susah. Jadi, penyelesaiannya, harus la melintangi kereta uolss. Siap tembus melalui tingkap lagi. Sangat menyusahkan orang yang ingin menjalankan tugas ketika diperlukan.


Itu la, lain kali orang dah kasi parking lot yang betul, parking la kat tempat yang disediakan. Jangan dok memandai letak merata. Kan dah dapat habuannyerrr....hehe..!


Thanks to my friend, Sir Dharma for sharing this photo. 

Friday, 26 November 2010

Program Realiti Ganggu Budaya Masyarakat

Apa pendapat korang dengan tajuk posting aku kali nie? mesti semacam berat jer kan? hahaha...
no worries my fellow readers, aku takkan bagi korang pikir berat-berat berkenaan isu-isu. Kita main ringan-ringan jer k. hehehe~


Ada la sorang kawan aku nie tengah buat research berkenan impak masyarakat kesan program realiti kat Melesia nie. So, salah satu soklan dalam 'focus group' dia adalah berbunyi seperti di ataih la. Aku rasa macam menarik ja soklan ini. Jadi aku rasa nak share la ngan korang semua. Penerangan aku nie bukan dari segi ilmiah  just pendapat mentah aku semata-mata. kalau korang nak bedebat ilmiah, sorry blog ini bukan utk tujuan itu.


Pada pendapat aku, kita kena paham apa tue program realiti dulu sebelum nak mendefinisikan pelbagai program hari ini sebagai realiti. Akademi Fantasia memang program realiti tetapi tidak Bintang RTM dan Malaysian Idol. Setuju tak? Program Mari Menari ataupun Sehati Berdansa masih aku kelaskan dalam kategori 'pending' sebab bukan 100% program realiti. Tapi sesetengah pihak dalam masyarakat kita nie melihat hampir semua program hiburan kat Melesia nie adalah prgram realiti. 






Kita tengok perkara asas yang menjadikan program realiti adalah gambaran kehidupan sebenar iaitu realiti yang ditunjukkan dalam program-program ini. Jadi, masalah yang dipersoalkan adalah betapa benar dan tulusnya program realiti sekarang berbanding 3-4 tahun yang lepas. Ada yang mendakwa program realiti sekarang lebih dikatakan telah di'skrip'kan dan dirancang jalan ceritanya agar dapat menarik perhatian penonton. Pelbagai pergolakkan dan isu cuba ditimbulkan agar ianya nampak lebih dramatik dan menarik lebih banyak konflik untuk berlaku. Tapi adakah ini benar? Dan kalau ianya benar, mengapakah ianya begitu penting kepada masyarakat?


Jawapan aku, TAK PENTING PUN...
itu jer jawapan yang paling senang. Kenapa kita mahu mengaitlkan isu budaya dengan isu program realiti sedangkan kita tahu bahawa program realiti tue program HIBURAN semata-mata. Kita tidak untung mahupun rugi kalau tak tengok program hiburan kan? Lagipun, program realiti dicipta untuk masyarakat yang mahu melihat drama sebenar jadi terpaksa la sesetengah program tue di adun agar memenuhi selera masyarakat. Budaya sekali lagi bagi pendapat aku adalah pilihan masyarakat. Masyarakat memilih untuk mengikut sesuatu itu apabila memikirkan sesuatu baik atau buruk yang bakal timbul sekiranya budaya itu dipraktikan. 










Budaya sekali lagi merupakan sesuatu yang korang sendiri amalkan sehari-hari. Jadi ape kehel nya program realiti nak mengganggu gugat budaya masyarakat. Lainlah jika ianya dikelaskan dengan nilai -nilai moral dan kesusilaan. Selalunya pun, nilai-nilai yang dibogelkan dan menjadi mangsa kepada program-program hiburan ditanah air nie. 


Kalau nak disentuh mengenai program realiti memberi kesan kat budaya espesyeli kat Melesia nie, aku rasa para produser dah ambil kira sebab mereka sendiri pun bekerja atas dasar budaya jugak. Jika mereka sendiri melanggar budaya masyarakat sebagai contohlah, buat scen comolot kat tb secara live. Ermm, gayanya gantung baju la Tuan produser kita..kennnn?


Tapi aku memang suka la soklan nie, aku baru terpikir mungkin soklan sebegini akan terkeluar dan aku amat berterima kasih kat kawan baru aku nie. Moga kita sama-sama memikirkannya.




p/s: Tak perlu kita menunding jari kepada sesiapa pun, kalau masalahnya tue datang dari kita sendiri. Kita sebagai konsumer, program hiburan disajikan untuk kita. Kuasa membeli ada pada kita. Jangan tengok kalau tak suka. Abes cita.

Thursday, 25 November 2010

The Ugly Betty Season 4 dan Terakhir.

Well, aku memang follow gambaq The Ugly Betty(TUB) nie. So sorry la sebab lambat update gambaq nie kat korang, coz aku nie tengok tb guna time Melesia bukan time Amerika. Sapa yang tengok tb time Amerika ja dah memang tengok abes cita nie dah (kes-kes donlod). 
tak gituew?




Aku nak ulas la sedikit sebanyak apa yang aku dapat dan faham dalam situasi yang ditonjolkankan dalam edisi terakhir ini. 


Jalan cerita dia semakin hari semakin bagus dimana plot penceritaan banyak diberikan kepada watak utama iaitu Betty dalam mencari keselesaan dan kepercayaan dalam diri. Dia banyak diberikan ruang atau scen untuk dikembangkan berbanding dengan musim-musim sebelum ini yang melihat bahawa drama komedi ini dilihat dikongsi bersama dengan watak-watak besar yang lain.


America Ferrera Sebagai Betty Suarez
Seoperti yang telah kita bincangkan tadi, watak Betty kali ini lebih menonjol dan ditumpukan kepada bebrapa scen yang penting. Mungkin disebabkan ini adalah muism yang terkhir, jadi tumpuan diletakkan kepada watak dan peralihan fesyen dari Betty yang buruk kepada Betty yang ada nilai fesyen. pergolakan dengan pelbagai masalah sebelum nie seperti teman lelaki, pekerjaan, dan hal kekeluargaan menjadi subjek penceritaan kembali dalam musim terakhir ini. Betty membawa watak seorang wanita yang lebih matang dan berani membuat keputusan dalam memilih apa yang dirasakan baik untuk dirinya.




Vanessa L. Williams Sebagai Wilhelmina Slater
Watak Willie pula dilihat semakin hari semakin 'soft' atau lembut dalam memberikan impak yang pada awal kemunculan 3 musim yang lalu yang lebih dramatik dan garang. Willie dilihat semakin mahu memberikan ruang kepada orang lain agar dapat mara kehadapan (Marc dan Amanda). Kita ada melihat pada musim yang lalui, Willie telah mula membuka nilai perasaan dan emosi menerima seorang lelaki dalam hidup. Tapi dalam musim ini, watak Willie lebih dilihat mempunyai nilai peri yang jarang kita lihat dalam musim-musim yang lepas.





Eric Mabius sebagai Daniel Meade
Selalunya pada musim-musim yang lepas, banyak scen-scen yang melibatkan kisah hidup bos Betty nie memainkan peranan dalam drama TUB. Namun, kali ini drama TUB kurang menampilkan kelibat Daniel Meade sebagai watak utama penceritaan. Walaupun terdapat juga pada permulaan awal musim yang mengambarkan Daniel agak hilang arah akibat kematian Holly tapi itu hanya 'lamp light' kepada jalan penceritaan yang seterusnya. Daniel juga dilihat semakin matang dalam menguruskan hal-hal berkaitan dengan dirinya kerana Betty tidak lagi menjadi pembantu peribadinya. Hubungan Daniel dengan Marc juga menjadi semakin baik kerana Marc mengantikan seketika tempat Betty. Kemunculan Scen-scen ini sama seperti yang terbina pada musim-musin yang lepas tetapi mengabil Betty sebagai jalan penceritaan utama bagi setiap episod.







Michael Urie Sebagai Marc St. James
Marc pula memberikan impak watak yang berkesan dengan meletakkan dia semakin rapat dan boleh bekerjasama dengan Betty untuk menyelesaikan bebrapa konflik yang melanda. Dalam musim yang lepas, Marc adalah teman dalam YETI iaitu tempat melahirkan editor-editor muda bagi majalah. Jadi, kesinambungan yang timbul dalam penceritaan lepas diasaskan pada musim kali ini yang tidak mewujudkan konflik yang kurang berbanding sebelum ini. Watak pedengki dan iri hati yang sangat 'blend' bersama Marc dan Amanda semakin kurang dan Amanda kembali tinggal dengan Betty dirumah sewa seperti musim yang lepas.



Becki Newton sebagai Amanda Tanen Sommers
Amanda juga pada kali ini kurang diberikan penumpuan berbanding pada musim lepas yang dia dilihat agak menonjol dari segi watak. Penceritaan Amanda kali ini wujud tetapi dirasakan sebagai watak yang banyak mengisi plot dan scen dan mungkin ada juga jalan cerita yang tersendiri. Aku tak pasti kebarangkalian Amanda diberikan 'story line' sendiri tapi dia memang bagus sebagai pelengkap majlis.


Ana Ortiz sebagai Hilda Suarez
Hilda oh Hilda... Kakak Betty nie memang mengalami perkembangan watak dalam musim kali ini. Perkembangan watak yang dilihat dari hari ke hari ialah dia semakin tenang dan menerima sesuatu konflik yang diberikan dengan sedikit perubahan. Tapi Hilda tetap Hilda kan. So kena meriah sikit! Hilda dilihat melepaskan beberapa orang penting dalam hidup untuk memilih orang yang diangggap penting. Pregnant dan gugur? Aku suka Hilda sebagai watak periang dan tidak kisah apa yang bakal berlaku.



Tony Plana as Ignacio Suarez
Kekecewaan daripada kesan cinta yang lepas dengan cik Jururawat kita ada ler jugak ditunjukkan pada musim kali nie. Bapak Betty seperti musim-musim yang lalu, sangat menyayangi anak-anaknya. Sampai satu scen yang meletakkan bapak Betty nie serba salah bila wujud lelaki lain dalam famili depa dengan kehadiran biopren baru Hilda.




Mark Indelicato sebagai Justin Suarez
Justin memang dari duliu membawakan watak ala-ala Marc waktu kecik. Kennn? hahaha! Musim kali nie, Justin tak mainkan banyak scen dalam setiap plot. Ade la muncul sekali-sekali. Tak macam musim-musim yang lepas yang banyak mengambarkan kepayahan Justin dalam meniti hidup sebagai seorang yang gemar berfesyen. Justin banyak menjadi 'support' kepada watak Hilda dan boipren dalam perhubungan diorang.


Itu sebahagian besar daripada watak yang aku senaraikan dan pengolahan watak-watak mereka secara ringkas. Aku bukan profesyenel tapi cukup la sekadar pandang sebagai seorang pemerhati dari Melesia yang mengikuti cerita nie. Aku suka gambaq nie, langsung tak sama macam gambaq Mexico or Veneuzuela tue. Aku puas hati jika ending dia tak menampakkan Betty terlalu over dalam perubahan penampilan dia.



p/s: Masih mengikuti gambaq nie secara tak sengaja kat
 Star Word(711).

Wednesday, 24 November 2010

Musim Saket Tekak

Adoi, memang sekarang nie musim orang ramai sakit ka? 
Aku akhir-akhir nie memang kurang sihat jika dibandingkan sebelum aku turun KL hari tue. Asyik sakit memanjang. Sakit tekak nie dah membuatkan sora aku berada dalam keadaan kurang baik. Tak besh kalau nak pi karoks dengan keadaan sura yang sebegini serak. 




Dalam dok hupdate-hupdate FB, aku pom terbaca la banyak status yang mengatakan diorang semua dok sakit tekak
 segala bagai. Aiyooo, ape kehel nyer nie? Semua dok sakit berjemaah ker? hehehe! 
Nak kata masalah cuaca, aku rasa baisa ja, sebab masalah cuaca memang tak menentu tapi sekarang nie permulaan musim tengkujuh. 


Banyak sangat orang aku dengar sakit tekat la, batuk la, yang takot skali tue sakit deman segala bagai. 
Kenapa nie? 


Kemarin aku dah kena satu penyakit lagi...Deman selesema..!! aiyooii, aku paling tak suka kena selesema..!! Meleleh ayaq hingus nie, lemas la...!!! 






Tolong la sesaper adew petua untuk dikongsikan bersama... maleh nk gi klinik~

Tuesday, 23 November 2010

kanak2 yg obses dgn lobang~

Semua orang penah jadik budak-budak, penah jadik kanak-kanak. Jadi semua orang aku espek masih teringat yang korang sewaktu ketika dulu memang obses sangat dengan lubang. Aku pasti yang banyak diantara hampa semua memang suatu ketika dulu selalu menyusahkan mak bapak hampa kerana keobsesan hampa terhadap lubang. Betui dak.?



Macam nie la, dipendekkan cerita lubang yang aku maksudkan ialah pelbagai jenis lubang yang menjadi kegilaan budak-budak bila depa melihatnya. Sebagai contoh yang paling mudah mesin vendor yang dok juai ayaq kotak or ayaq tin. Kalau ibu bapak nak beli ayaq, korang cuba tingok sapa yang akan masukkan duit dalam lubang mesin tue? kompem anak-anak depa yang merengek nak masukkan duit kan. Sama jugak la mesin-mesin lain kalau ibu bapa yang dok bawak anak-anak kecik nie, kompem budak-budak tue nyebok nak boh duit dalam lubang tue. Tue bukan obses namanya?


banyak kennn lubang?

Aku nie bukan apa, aku dok eksperiyen menda-menda nie, dan yang paling aku benci bila aku nak bayak duit paking keta kat shopping complex. 
Aku akan tengok dulu depan aku sapa, kalau ibu bapak ngan anak-anak merenyut (ramai),baik aku tunggu sat coz kompem anak-anak depa yang dok merengek nak boh duit dalam mesin tue. Adoi, aku bukan tak suka tapi kalau sekali dua takpa, nie hampir setiap kali aku dok tunggu macam orang jaga paking sebab anak depa dok boh duit macam tak jumpak lubang!
mesin vendor yang paling pemes kat dunia!

Please la parent, kalau susah-susah sgt, angkot mesin tue wak balik umah.. Senang nanti, tiap-tiap hari bley suruh anak boh duit tue masa nak paking kat umah.


p/s: Mesin vendor dicipta untuk kemudahan bukan barang mainan.


Peace no War

Monday, 22 November 2010

2 Alam: Filem Tiada Tolok Bandingnya...

Haah...Tekezut korang aku kluar statement tajok nie...


Betol, apa yang aku cuba cakap kat sini. Memang filem 2 Alam nie memang tiada tolok bandingnya. Ini sebabnya tiada filem lain yang seSAMPAH dan seHANCUR filem 2 Alam nie. Sorry to say la dekat Dr.Rozmey yang VERANGAN dengan statement dia nak buat pelem nie PECAH PANGGUNG...


Pengalaman aku nonton gambaq nie yang merugikan RM9 duit kawan aku(hehe, tengsss kak Baby) memang tak dapat ditebus balik. Nak dibandingkan dengan filem-filem lain atau sekali pun drama-drama ciput yang lain kat tb Melesia nie? Tidak ada bandingan langsung kerana filem nie adalah tahap BAWAH LANTAI!  Even ada yang ngaku filem nie tahap drama 80-an TV1, tapi aku anggap langsung TAK DAK KELAS untuk dikelaskan!


Kritikan sebegini sememangnya harus diberikan dengan garapan dan canangan yang diberikan pada awal penerbitan filem 2 Alam in yang khabarnya sampai pecah panggung RM40 Juta.


 Pergantungan hebat filem 2 Alam (dunia pondan) ni hanyalah pada nama tajuk yang mengelodak para penonton untuk menonton (macam aku) tapi natijahnya, jauh panggang dari api. Ditambah dengan kehadiran para pelakon utama yang dilihat terlalu OVER dan tidak langsung memberikan impak yang mendalam terhadap watak yang disandang. 


Kehadiran para pelakon-pelakon yang lebih senior hanyalah dilihat sebagai gimik pelaris kepada filem ini. Aaron Aziz juga tidak boleh dipersalahkan dalam membawa watak sebagai ustaz dan beliau berusaha sedaya upaya untuk menghidupkan watak tetapi dress code dia macam terlalu OVER dengan selendang BERKILAUAN...motip..???


Terdapat juga segmen video klip tepi kolam mandi dan scen perkahwinan ditepi kolam mandi(tiada kaitan) yang sangat la MEMBUANG MASA dan TIDAK PERLU kerana jurang masa sedemikian boleh digunakan untuk membuat olahan jalan cerita 2 Alam lebih berat. Tapi sayang, hasilnya macam yang nie, HANCUR.


Konfiden level yang diletakkan kepada filem nie yang mereka paham apa itu dunia 2 Alam atau dunia pondan, langsung tak kena. Adegan ranjang dan adegan kubur yang diselang-selikan dilihat macam langsung tidak sesuai. Teknik flashback yang digunapakai, banyak memakan masa dan menggunakan scen-scen yang telah dipakai sebanyak 2-3 kali di ulangtayang...sangat membazir masa.


Aku kesian benar dengan para pelakon yang lebih senior kerana mereka dilihat memberikan 110% untuk mutu lakonan mereka tetapi kalau dah buruk, buruk juga...susah nak bagi tak buruk....kennn.


Aku suka lagu Original Soundtrack (OST) dia ja, Salam Terakhir cover version by Amy Search and Andai Ku Tahu cover version by Ramli Sarip...


nak review keseluruhan filem tak..clik kat sini 
Belog Jumie Samsudin




Propa jer lebey...~tapi tak sangka bisnesman pom pandai propa cam artis kenn? hahaha!



Peace no War

Friday, 19 November 2010

Lelaki dan Contact Lens wana-wani...



amacam.???


Apa pendapat korang tentang lelaki yang suka pakai kontek lense wana-wani..?


pilih jgn tak pilih...


Kalau korang tanya pendapat aku la, aku rasa lelaki yang pakai kontek lens nie tak berapa best untuk tunjukkan ciri-ciri lelaki yang maskulin..boley kah..? huhu...aku tak pasti tapi itu pendapat aku.


Ekceli, pemakaian kontek lense yang bewana-wani espesyeli untuk lelaki memang kurang sesuai terutamanya dalam berfesyen kecuali fesyen yang dibolehkan seperti parti pakaian beragam ka, parti hantu raya ka atau depa-depa yang suka dok Drag ja bley pakai...huhu...


crazy lenses


Aku rasa la, kalau sorang lelaki tue suka sgt pakai kontek lens, mempunyai kebarangkalian yang dia tue mempunyai ciri-ciri yang 'something' sikit....hehe~ 


Lagi satu, kalau pompuan pakai kontek lense aku rasa tak pa...rasa macam sesuai sesangat. Tapi kalau Laki pakai kontek lense aku rasa pelik plus rasa macam sesuatu yang tak kena... 


Macam nie la senang skit, cuba kita tengok kalau pompuan pakai mekap over terlampau tebal, kita kutok tapi kita still boley terima kan..? tapi kalau lelaki mekap, even sikit pun..kita dah rasa pelik dan rasa something wrong dengan muka laki tue..? Betol tak...? Jadi situasinya sama la dengan pemakian kontek lense espesyeli yang wana-wana pelik (biru, ungu, hijau, kuning etc) dengan warna mata orang Asia.


betoi ka...???


So pada lelaki-lelaki yang rasa diri diorang tue SANTEK dan HENSEM pakai kontek lense wana-wani.. Ingat la yang korang tue...tak nampak 'fashionable' pom..nampak PELIK...PELIK okehhh...!!!


kecuali
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.





mereka-mereka ini...~huhu..kena jadik pomtianak dulu baru bley pakai kontek lense wana-wani...baru ensem...hehehe~

p/s: padew sesapew yg berminat nak beli Konteks Lense wana-wani , boleh la lawat laman blog nie...milik Cik Atiqah.. Kompem semua santek-santek dan Murah..!!!
Klik kat sini....Blog TiqShop... Slamat men'shopping'..!!!

~Peace no War~

Thursday, 18 November 2010

Hubungan Uncle Seekers dan Aisyah Bekas Permaisuri..???



Bekas Permaisuri Datuk Amar Siti Aisyah

Haaah...kesah yang da tersebar sejak 2 ke 3 hari nie...huhu...
Panas hingga aku pom naik terkejut nie... 
Banyak giler blog-blog macam aku nie dok komen pasal kesah cintah antara Uncle Seekers dan bekas Permaisuri Datuk Amar Siti Aisyah siap dengan gambar-gambar skali... Hal nie diakui sendiri oleh Uncle Seekers kot dalam blog peribadi dia. Amboi uncle, meletop uolss... siap buat pengakuan beserta gambaq skali nooo...




(picca: Blog Uncle Seekers)


Dengaq kata, depa dua orang mula rapat semenjak bulan Januari tahun ni lagi. Sebab mereka (Keluarga bekas permaisuri) pernah berkunjung melawat keluarga Uncle Seekers kat kampung Janda Baik. Mesti ada apa-apa nie kan..??? Sebab ada cerita mengatakan bekas permaisuri mengidap penyakit aneh dan mengalami tekanan perasaan..entah la..tak tahu nak komen lebih-lebih...Mudah-mudahan bekas permaisuri dalam keadaan sihat hendaknya.


Dalam pada itu, kat dalam blog Uncle Seekers, siap dengan story line part 1 sampai part 7(clik sini) tentang bagaimana perkenalan dia dengan bekas permaisuri...Siap perhubungan mereka nie digelar sebagai CINTA SYY.. Apa Cinta Syy tue Uncle..???
 Dalam pada itu jugak, Uncle ada menulis yang hubungan cinta MEREKA tidak direstui oleh bapa bekas permaisuri Siti Aisyah...huhu...wah, Astro MegaDrama sangat keenn...!!!




(picca: blog Uncle Seekers)


Tapi yang hendak dipastikan nie, banyak orang bertanyakkan kenapa Uncle sanggup bertindak demikian dan mengapa dia sanggup buat statement berani mati nie..?


 Aiyoo...aku pun speechless kot lepas baca semua nie.
Entah la, apa yang dikhabarkan dengan 'cinta syy' oleh Uncle Seekers nie entah betul atau sebaliknya... Sekiranya bekas permaisuri menghidap penyakit misteri atau mengalami tekanan perasaan, aku doakan dia agar segera sembuh dan sihat. 
Tapi adew gak sesetengah orang berpendapat bahawa uncle mempunyai agenda tersembunyi mendedahkan kisah ini kat blog peribadinya...hurmm...


p/s: Entah la...korang sendiri baca dan hakimi k...




Peace no war

Kenapa nie Jimmy Shanley..???

Ahhh, mungkin ramai diantara kita dah baca news bahawa rumahtangga pengacara Akademi Fantasia JIMMY SHANLEY dan isteri NURSUHAILA agak bergelora akhir-akhir ini. Ape kehal nie..???


Aku nak komen bebanyak pun tak berapa pasti kan... Itu pun sebab aku terbaca dalam satu ruangan yang mengatakan hubungan mereka semakin bergelora dan isteri JIMMY bertindak meninggalkan rumah untuk beberapa hari. Betul ke nie..? 


Abg Jimmy Shanley dan Nursuhaila


Apa yang boleh kita katakan bahawa bersabarlah wahai abang JIMMY dan ISTERI dalam menempuh dunia baru iaitu dunia rumahtangga. Banyakkan lah bertolak ansur dan mudah-mudahan dimudahkan perhubungan antara kedua-dua pengantin baru kita nie..huhu.....~


Dalam pada itu, terdengar berita yang mengembirakan iaitu pasangan pengantin kita nie dah terlekat..
Huh, terlekat..? Terlekat ini bermaksud, si isteri dah MENGANDUNG...!!! Tahniah untuk pasangan JIMMY dan ISTERI yang kandungannya telah berusia hampir 4 minggu. Moga-moga dikurniakan bayi yang sihat lagi chomel...!!! hehehe~...


nak baca lagi tentang isu nie..? aku pon baca kat sini.


~Peace no War~

Wednesday, 17 November 2010

Lodeh Vs Lontong..???

Memandangkan kita baru saja menyambot Hari Raya Aidil Adha, aku nak kongsikan kat korang satu story yang agak funny plus pelik dalam pelat orang utara nie...


Korang semua sedia maklum yang aku nie memang dok kat Penang. Jadi, tok-tok aku pun Penang la okeeyyy.... Masa aku dok menziarahi rumah-rumah member aku kat serata pelusok Penang nie. Ada jugak rumah depa yang menyajikan hidangan nie kat para tetamu. 


So ada la makcik nie cakap: "mai-mai cepat makan...hampa semua cepat makan, nie makcik masak LONTONG kat hampa semua"
so, aku pun tebeliakan bijik mata cari mana lontong yang makcik tue masak kat atas meja makan tue. Tak dak pun LONTONG nya...yang ada nasik impit dan Kuah lodeh.
Makcik tue ulang lagi " Haa..makan-makan jagan malu-malu k, makcik masak sepesial kat hampa semua, resepi LONTONG khas dari Johor...


Aku pun tanya la kat makcik tue" Makcik, mananya LONTONG, tak nampak pun?"
Makcik tue: " La, nie yang kat depan mata hang nie apa...LONTONG la nie...nah, boh nasik impit nie  ngan kuah..jadi la LONTONG..."


Aku pun terkompius sekejap...then baru aku teringat..kalau kat Penang nie, kami semua panggil Kuah lodeh tue LONTONG...


(Ini kuah lodeh, picca: potretkasih.com)


Tapi sebenarnya LONTONG tue bukan Makanan tue secara keseluruhan... Kuah Lodeh tue KUAH LODEH lah..!!! kalau makan ngan nasik impit(ketupat satay. ketupat bawang) still nama KUAH LODEH...

LONTONG TUE..Nasik Impit yang dibuat melalui balutan daun pisang dalam bentuk panjang dan lonjong...
Lontong nie dipotong-potong agar dan dimakan bersama kuah lodeh~

nie lah Abg Lontong..huhu

Kompius kan..kan..kan..~

~Peace no war~

Tuesday, 16 November 2010

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha pada tahun 2010 kepada seluruh umat Islam di Malaysia mahupun diseluruh pelusuk dunia.



Sunday, 14 November 2010

Kau dan Aku Musim Ke 2 penuh Jambu..???


Poster KDA 2

Arrrggghhh.....!!!!

frust nyer tak dapat pegi Showcase Kau dan Aku musim ke 2 (KDA 2) kat Plaza Alam Sentral, Shah Alam hari Sabtu lepas....huhu... Tak sempat dow aku nak bertemu dengan Akim lagi...Aku nie dah lama tak menjengah die..adew la dalam 2 bulan...adoi...
Takpe la takdak rezeki nak wat cane kan...

Tapi ape2 pun aku nak ucapkan Good Luck kepada semua tenaga kerja KDA 2 espesyeli kepada para pelakon nya AKIM, Aril, Amar, Farish Aziz, Raja Farah, Anita Baharom, Sabrina Ali dan Puteri Fatin. Tak lupa jugak kepada barisan pelakon baru kepada produksi KDA iaitu Anith, Hafiz, Tony Eusoff, Khaty Azean dan Zulkifli Zain serta Mimie MyStarLG.



Barisan pelakon KDA 2 (picca Murai.com)

Harap-harap korang dapat bagi jalan cerita KDA 2 nie lagi best...walaupun aku rasa KDA 1 pun dah cukup best...tapi still ada ruang untuk kita perbaiki diri kan...?


Poster KDA 1

Aku pun dok dengaq macam-macam cerita yang kurang enak pasal KDA 2 nie yang boleh dikatakan banyak wujudkan masalah berbanding KDA 1 dulu... Hai, apa masalahnya tue..? Sama-sama la kita pikirkan ekk... Kalau dulu masalah yang ada cuma mungkin pengambaran dalam bulan Ramadhan dan mungkin masalah dari sorang dua pelakon pompuan..tapi KDA 2..?



sebahagian para pelakon KDA 1

Bila teringat kembali kepada watak heroin KDA 1, MILA...rasa macam best jugak kan minah nie belakon disamping Si AKIM yang mula-mula macam kayu tapi semakin improved hari demi hari... Tapi apasal la MILA digugurkan dari KDA 2 ekk..? kesian.... Mungkin tak cukup jambu kot..hahaha..!!! Tengok lar semua pelakon yang ada dalam KDA 2 nie..tengok jer heroin baru yang menggantikan tempat MILA...kan... jambu kan???

desas-desus adew cakap Iwan AF8 nak masuk KDA 2 tapi...last minit tak masuk pun..dia pun jambu gak kan..? ermm....dan lain-lain la...


Apa-apa pun... kita tunggu dan lihat apa hasilnya dan lepas tue kita start kutoookkk k kalau tak best..!! hehehe...!!!


p/s: Jangan korang kutok AKIM sudah k...kang adew yg makan kaki meja + bontot kerusi~

~Peace no war~