Ruangan Khas Penaja

Suka belog ini? Terima Kasih.

Wednesday, 23 December 2009

~~kenapa kau buat aku begitu..~~

Kenapa kau buat aku begitu?


Aku tak pernah buat sebarang kesalahan terhadap diri kau, tapi kenapa kau buat begitu?

Adakah aku yang salah atau kau mula sedar yang kau sebenarnya yang salah memilih aku untuk hadir dalam hidup kau? Pilihan untuk mengenali aku merupakan pilihan yang salah dan sesat yang seterusnya menyebabkan kau berdiam diri? Berdiam diri tidak menyelasaikan masalah tapi melahirkan banyak masalah lagi.


Aku tak minta untuk kau hadir dalam hidup aku sebelum ini. Aku gembira dengan hidup aku yang keseorangan dan aku tak minta semua ini terjadi. Aku tidak berdoa kepada Tuhan agar kurniakan aku seorang insan seperti kau untuk hadir dalam hidup aku. Aku juga tidak langsung mengharapkan kau memberi perhatian kepada aku sebelum ini, tetapi kenapa kau buat begitu? Aku tidak meletak sebarang harapan tapi kau yang memberikan harapan...
kenapa kau buat aku begitu?


Aku hadir dalam hidup kau adalah disebabkan kau hadir dalam hidup aku. Aku cuba untuk tidak memberikan harapan. Semenjak aku mengenali kau, kau buat aku rasa istimewa, dijaga, disusun rapi....aku pasti yang aku merupakan insan lebih baik setelah kau hadir dalam hidup aku. Tapi, Kenapa kau buat aku begitu...?



Kenapa kau buat aku begitu? Tidakkah kau akan merasakan yang aku akan terluka? Akan terasa? Akan tersiksa... Tak mempedulikan aku bagaikan tidak ada langsung peri kau terhadap aku.

Mungkin hadir aku dalam hidup kau sekadar peralihan jitu yang cuba kau tonjolkan. Hadir aku juga bagai eksperimentasi hidup kau terhadap insan seperti aku.

~Kenapa Kau Buat Aku Begitu~