Ruangan Khas Penaja

Suka belog ini? Terima Kasih.

Sunday, 21 December 2008

hello...



aku mintak maaf bebanyak sebab tidak 'update'kan blog aku nie. Mungkin aku agak sibuk kebelakangan ini dengan peperiksaan dan cuti semester yang baru habis. peperiksaan sudah berlangsung hampir 4 minggu dan keputusan sudah pun diketahui. keputusan aku boleh tahan la juga sebab masih kekal dalam situasi atau takat yang sama dan ada sedikit peningkatan. walaupun tidak banyak tapi meningkat. yang aku takutkan adalah mungkin ia akan jatuh tapi alhamdulilah... dalam 5 kursus yang aku ambil semua berada dipihak aku. ini bermakna aku perlu berusaha dengan lebih gigih lagi dalam meningkatan nilai PNGK aku agar dapat terus berada pada tahap 3.00 keatas.



kekadang manusia nie senang ja menyatakan yang kursus sains kemasyarakatan senang nak skor atau senang nak lulus. tapi pada hakikatnya cubalah anda berada ditempat kami. beberapa kerat sangat yang anda dapat lihat mereka dapat lulus dengan cemerlang. belajar apa pun tidak semestinya senang, semuanya susah, ia bergantung pada kita diri sendiri. tipu la kalau seseorang tu cakap yang dia tidak mengulangkaji walau sedikit pun untuk memduduki peperiksaan walaupun peperiksaan itu senang.



cuti semester pulak aku habiskan masa 2 minggu untuk program pegurusan berat badan dan 1 minggu lagi aku terlibat dalam perkhemahan SUKSIS iaitu Pertolongan Cemas dan Asas Tugas Am serta Trafik bertempat di kampung Baru, Lumut, Perak. aku buat program pengurusan berat badan tue sebab nak nampak fit dan mempunyai stamina bila berada di perkhemahan tue. tapi aku hanya berhasil turunkan berat aku 2 kg sahaja. ok la tue kan. program aku berkisarkan kepada pemakanan harian yang diambil dan senaman kardiovaskular serta senaman regangan yang aku praktikan. kalau korang nak tahu aku boleh ajarkan, mesti berkesan. aku pun merupakan ahli Pusat Kecergasan FitnessFirst Island Plaza Penang. jadi aku dapat lakukan program senaman aku denga lebih mudah dan efisien sikit. tambahan aku Instruktur Junior Aerobik NFC jadi aku tahu sedikit sebanyak pergerakan yang harus aku lakukan. nanti di 'post' yang kemudian aku akan tulis program yang aku cadangan untuk diri aku dan mungkin korang dapat perbaikinya untuk kemudahan diri korang ok.



aku pun baru balik dari perkhemahan SUKSIS tue kan? jadi aku pun akan buka 1 'post' yang istimewa yang menceritakan pengalaman yang berharga gila masa aku kat sana. harap korang tak bosan pulak baca tread aku yang panjang lebar... aku akan cuba sertakan gambar masa aku kat sana. yang jadi masalahnya adalah aku lupa bawa kamera kau untuk merakamkan detik-detik indah masa kat sana. nasib la ada hp aku yang satu tue. nanti aku akan 'post'kan banyak gambar k... aku janji..


sebenarnya aku sekarang tengah rasa macam demam yang tak kebah...entah rasa macam 'home-sick' tapi yang bezanya aku dah balik rumah..hehehe.. mungkin 'camping-sick' kot... aku bukan rindukan tempat tue tapi aku rindukan suasana tue. pengalaman, rasa dan perasaan tue. memang buat aku rasa semacam hingga hari ini. aku macam dah lupa diri dan dah jadi orang lain. rasa macam penuh rama-rama dalam perut nie. kadang-kadang aku rasa kenapa tidak dilanjutkan 'camping' tue seminggu lagi. aku nak lihat apa lagi yang terjadi, nak lihat pa lagi yang aku boleh rasa...

No comments: