Ruangan Khas Penaja

Suka belog ini? Terima Kasih.

Thursday, 25 September 2008

Kuih Raya...!!!!

Dah sampai masanya aku kena mula buat kuih raya. Tahun nie aku buat lambat sikit sebab banyak tugasan yang kena hantar dekat dengan hari raya. haizzz, aku memang macam nie selagi tak dekat tarikh akhir selagi tue aku malas nak mula. lepas tu susah la, pening kepala nak siapkan tugasan ke atau kuih raya. so hari nie siap sudah tugasan jadi aku akan mula buat kuih raya esok. skarang kat atas dapur tue tngah reneh inti biskut kuih tart nenas.
biskut kegemaran tahunan...hahaha... biasa la, tahun ni ingat nak beli je inti jam nenas macam tahun-tahun lepas tapi fikir balik baik buat sendiri. bukan susuah pon, cuma malas jer. jadi dalam tahun nie rasa-rasa dalam 5 jenis kuih akan berjaya aku buat sebelum hari raya. macam tahun lepas ada la dalam 7 ke 8 jenis, tapi tahun ni kurang skit sebab dah tak sempat. kalau la siap cepat, aku nak la bagi kengkawan aku rasa sebab aku buat istimewa ok. tak main la beli-beli...hehehehe...
biskut yang dah ada dalam senarai aku ialah:
1) tart nenas
2) Almond London
3) biskut Kelapa manis
4)samprit(bunga Dahlia)
5)Corflakes Kurma Madu
jadi inilah senarai awal, kalu jadi lebih dari nie aku rasa seronok jugak. memang kelebihan aku nak buat kuih raya nie. mak aku tengah tunggu lampu hijau dari aku ja nak mula. hehehe..!!! tak sempat la aku nak pergi gim sepanjang minggu nie...

Tuesday, 16 September 2008

Korang Pernah Rasa tak..?

korang pernah rasa tak yang seseorang tu tidak beberapa suka dekat kita? terutamanya bila ia berkaitan dengan guru yang mengajar kita. Kita mesti dapat rasa ada saja yang tak kena dengan kita di mata dia. Pernah tak korang rasa? Selama aku hidup dah 21 tahun ni ada juga aku alami benda-benda macam tu, tapi tu masa zaman-zaman sekolah lah. Tapi yang peliknya sekarang pun aku rasa aku tengah mengalami perkara yang sama kat Universiti ni. Aku sebenarnya bukan apa, kalau mereka berniat memang tidak sukakan aku.. tidak mengapa, tapi aku nak lihat sendiri bertapa profesionalnya mereka apabila meletakan markah terhadap kerja kursus dan markah perperiksaan nanti.
Jangan sampai pelajar yang selalu mengipas dan membuka hawa dingin untuk dia, dia berikan markah tinggi walaupun sering hilang dalam kelas atau sebagainya. Tapi untuk orang yang sanggup berhujan panas datang ke kelas dia macam mengukur dunia nie diletakan sebagai kelas kedua. Kadang-kadang aku rasa macam apa yang aku lakukan dekat hadapan mata mereka selalunya salah, tidak pernahnya betul. Aku juga yang jadi mangsa kambing hitam bila sesuatu kesalahan itu dilakukan semua orang sebabnya tumpuan mata lebih diberikan kepada aku macam menunggu masa aku nak buat salah. Bila dah terbukti salah, nah..!! ambil engkau..!! padan muka aku... Mungkin dendam yang belum berbalas kot. Kekadang rasa tidak adil pun ada, rasa memang patut pun aku dilayan macam ni pun ada... entah la..
p/s: tidak ada kena mengena antara yang masih hidup atau yang sudah mati..hehehe!! (langkah keselamatan)

Tuesday, 9 September 2008

Adik Angkat

Hari ni merupakan hari pertama adik angkat aku yang ada di Kelantan memduduki peperiksaan UPSR. Jadi semalam aku bergayut la dengan dia. Dia yang telefon nak cakap dengan aku sebab takut peperiksaan keesokan harinya. Aku pun bagilah sedikit sebanyak kata semangat kat dia. Bukannya apa hanya untuk tenangkan dia. Mak angkat aku ada bagitahu yang dia semakin berubah semenjak aku dan kawan aku jadi abang angkat dia masa kami tinggal kat kelantan hari tu. Dia dah tak banyak main dan banyak membaca buku. Aku pun tidaklah terlalu memaksa dia untuk hanya belajar tetapi kehadiran kami kat dalam keluarga dia memberikan satu pengalaman baru dan nafas baru untuk dia belajar. Aku harapkan dia dapat melakukan yang terbaik untuk peperiksaan ini. Dia bukannya tak pandai tapi kurang dorongan orientasi untuk belajar dalam erti kata lain agak malas ler. Dia yang paling sulung jadi dia akan menjadi harapan dan titik tolak terhadap prestasi adik-adiknya.
Aiman... Semoga along berjaya..

Friday, 5 September 2008

Pengalaman Di Kelantan 1

Pengalaman Di kelantan 1...

Mula- mula aku rasa cuak jugak ni nak buat khidmat masyarakat dekat kelantan. aku ngan kengkawan sememangnya tidak menyangka yang kami akan melakukan khidmat masyarakat di sana kerana agak jauh dari universiti. Mmmm, macam- macam dalam kepala aku ni bila nak pergi sebab kita ni pergi bukan sekadar nak berkidmat masyarakat tapi pada masa yang sama tinggal di rumah mak angkat dan bapa angkat kat sana. Dapat disimpulkan juga terdapat jugalah adik angkat dan segala yang terangkat akn diangkat disana. Tapi secara keseluruhannya, pengalaman ini agak menarik dan meninggalkan kesan dalam sejarah hidup kita.

pada hari pertama, kami mula bertolak pada hari ahad 24hb Ogos pada awal pagi sebab waktu yang dijangkakan sampai di Kelantan adalah dalam pukul 2 Petang. jadi tepat pukul 7 sengah pagi kami pon mulalah bertolak dari padang Kawad USM menuju ke kelantan. Perjalanan yang agak lama memang meletihkan minda la... ala skema plak.. kemudian kami sampai ke hentian rehat Jeli atau apa sahaja namanya kerana aku tak beberapa ingat... tapi yang paling aku ingat adalah bertapa mahalnya makanan disitu. Pada pagi tersebut aku yang tidak pernah-pernah makan nasi berlauk pada waktu pagi, tapi gatal mulut untuk mencuba masakan disitu...

Aku pun ambil seekor ikan keli masak cili dengan nasi kosong dan harganya adalah jeng..jeng...jeng... RM8.70... ermmmm mahal tak..? mahal kan..? aku pon tak tau la.. yang penting aku dah makan dah baru aku tahu harga makan tersebut macam tue... aku akui silap aku sendiri tidak mempersoalkan harga makanan tersebut terlebih dahulu sebelum makan. kalau la aku dah tanya dulu, pasti aku akan letak kembali makanan yang aku dah ambil. Macam la aku lapar sangat nak makan makanan itu. aku betul tak faham sebab nak dikatakan harga barangan mentah mahal sebab terletak jauh dipedalaman tidak juga. jikalau makanan laut diletakakan harga sedemikian boelh dikatakan lojik juga sebab keadaan mereka terletak jauh dari sumber laut. Tapi memandangkan keadaan mereka tidaklah terlalu susah untuk dapatkan bekalan jadi aku simpulkan disini bahawa mereka saja nak kapakkan aku dan kawan-kawan aku...

kesian kami...

Thursday, 4 September 2008

Kisah Seorang S.S.S

Kisah Seorang 'S'ahabat 'S'ejenis 'S'eronok nak jadi gay...

Aku nak cerita sedikit mengenai rakan aku ni. Dia aku gelarkan H merupakan seorang lelaki yang agak seronok nak jadi seorang gay. Sebelum ini, dia merupakan seorang lelaki yang lebih berorientasikan wanita. Bermakna minatnya lebih mendorong ke arah wanita. H merupakan seorang kaki perempuan yang boleh dikatakan dalam dua bulan dia akan menukar teman wanitanya dengan mudah. namun demikian, akhir-akhir ini dia mula merasakan bahawa kelainan yang amat sangat mengenai orientasi minatnya terhadap terhadap wanita telah berubah kepada kaum sejenisnya yakni berubah menjadi 'gay'.



Hal ini demikian kerana, bagi dia sebab utama dia ingin berubah orientasi adalah kerana kesukaran dia mencari teman wanita dan sukar menemui wanita idamannya. Sebenarnya terdapat bebrapa wanita yang telah menawarkan diri untuk menjadi teman wanitanya tetapi ditolak kerana tidak dapat memenuhi krateria yang ditetapkan oleh H. Oleh itu, dia mula merasakan adalah perlu untuk memulakan sesuatu fasa hidup yang baru dalam melalui kehidupannya sebagai seorang lelaki.



Wednesday, 3 September 2008

selamat Datang Ke Dunia AKU...




Selamat Datang Ke dunia AKU...

Hari ini merupakan hari yang pertama aku menulis di laman ini. aku tidak pernah menyangka aku pun akan terpengaruh untuk terlibat sama denga peng'blog'-peng'blog' macam kawan-kawan aku semua. oleh itu, aku berharap aku akan dapat melakukan hal ini dengan baik dengan menyenaraikan semua pengalaman yang baik dan menyeronokan untuk tatapan semua kawan-kawan. Oleh yang demikian aku nak sertakan sedikit cerita untuk tatapan umum...



Perempuan dan Ramalan



Wanita dan ramalan selalu dikaitkan dengan kebenaran. Apabila wanita membuat ramalan tentang sesuatu, ramalan tentang perkara tersebut boleh menjadi tidak benar dan ada kalanya menjadi hampir 99.9 peratus tepat. persoalannya sekarang apakah ianya adalah 99.9 peratus tepat. Saya ada menerima buletin dari seorang sahabat dari halaman friendster yang mengatakan beliau amat tidak bersetuju apabila dia membaca satu artikel yang dihantar oleh salah seorang sahabat beliau berkenaan perkara tersebut.




Perkara pokoknya mengapa harus ditimbulkan isu tentang hal sedemikian rupa yang menyentuh perkara perbezaan gender? apakah ramalan yang dibuat oleh lelaki tidak boleh diambil kira? perbezaan gender ini telah dibincangkan hampir berzaman kerana wanita sekarang menuntut hak yang sama rata dan ingin berdiri sama tinggi dengan lelaki. Hak berkenaan telah diberikan dan sekarang timbul pula masalah undang-undang islam di Malaysia yang didakwa menindas kaun wanita. Namun sekarang saya bukanya nak membincangkan hal berkenaan, tetapi hal yang mewujudkan isu iaitu kehebatan wanita dalam membuat ramalan.





Ramalan sememangnya selalu dibuat oleh kaum wanita yang boleh dikatakan akan menjadi seorang ibu pada masa depan. Cuba kita bayangkan.. usah bayangkan cuba kita lihat ibu kita sendiri di rumah yang hampir setiap hari membuat ramalan tentang keadaan anak mereka di sekolah, adakah masakannya cukup masin, suaminya tengah bersembang dengan PA nya ke atau habis ke duit dapur untuk bulan ini... Semua ramalan tersebut boleh dikatakan hampir mengena sasaran.. kenapa hal ini terjadi? mungkinkah wanita amnya, ibu khasnya mempunyai kepandaian pemikiran yang membolehkan mereka membuat ramalan yang hampir tepat? jawapannya senang sahaja, seseorang wanita yang bergelar ibu sememangnya dapat membuat tekaan yang tepat berkenaan hal anak-anak, suami, perberlanjaan harian, jiran, sahabat serta hal-hal yang berkisar tentang hal yang menjadi rutin harian mereka. Anak-anak misalnya, ibu dapat mengagak apakah yang anaknya makan disekolah kerana selera anaknya telah diketahui sejak kecil lagi. jadi apa nak di hairankan tentang kehebatannya dalam mengagak hal-hal berkaitan dengan anak-anaknya. Berkaitan hal suami pula, seorang isteri pula dengan mudah mengagak apakah yang sedang berevolusi dalam diri suaminya kerana segala tindak-tanduk suaminya dapat dibaca. Bayangkan tak pernah-pernah si suami pakai minyak wangi yang keterlaluan, berubah menjadi kedai parfum bergerak... siapa nak jawab..?



Satu lagi.. seperti yang diketahui umum.. wanita perasaan cemburu yang membuak-buak, dendam yang begitu kesumat(kalau perkara yang betul-betul menyakitkan hati ler).Oleh itu, apabila penyakit keturunan ini menyerang, macam-macam ramalan, fikiran, perasaan yang perasan akan timbul. Semua ramalan dikeluarkan dan ada diantaranya mesti la mengena sasaran.. betul tak..? jadi jangan lah anggap hanya wanita yang mempunyai ramalan yang tepat berkenaan sesuatu perkara. Ini kerana, Berkaitan ramalan inilah ramai wanita mengalami depresi dan sakit hati apabila ramalan yang negatif yang dibuat mengena sasaran. Ditambah lagi perempuan/wanita ini mempunyi rasa dalaman yang paling sensitif.