Ruangan Khas Penaja

Suka belog ini? Terima Kasih.

Friday, 9 September 2011

Lawak: Kuliah



Seorang Professor sedang memberikan kuliah

pada 300 orang muridnya di sebuah universiti..

Kata Professor " Kalau anda tidak berminat dengan kuliah

yang saya berikan, anda boleh keluar pada bila-bila masa"..

Semasa kuliah berjalan selama 30 minit sedikit demi sedikit

penuntut di kuliah tersebut keluar sehingga hanya tinggal

seorang saja yang tinggal..



Setelah Professor menghabiskan kuliahnya professor berkata

"Terima kasih kerana sudi mendengar kuliah saya"..




"tidak mengapa tuan, saya kan driver tuan"..balas orang itu...






Saturday, 20 August 2011

Lawak: Imam Muda Mudi..hehe

Di sebuah kg ada 3 org remaja yg suka lepak. Sorang tu nama dia Ali, sorang tu Budin dan sorang lagi Ciko. Aktiviti seharian depa ni menyebabkan tok imam tak senang duduk. Pada satu hari tok imam tu datang dengan niat nak tarbiyah depa ni.

Maka berlakulah beberapa insiden cabar-mencabar. Tok imam tu cabar si mangkuk 3 ekor tu ke surau waktu Maghrib nanti.

Si Ali pun berkata, "Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpa, nanti kami buktikan yg kami bukan la jahil sangat seperti yang disangkakan" .
Maka apabila hampir masuk waktu Maghrib pegilah malaun 3 ekor tu ke surau.

Tok imam pun suruh Ali azan. Tanpa berlengah terus je Ali azan, "Allah Ta'ala... Allah Ta'ala...". Dengan segera tok imam merampas mikrofon daripada Ali dan menyuruh Tok Bilal azan semula. Terselah kejahilan Ali.

Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratul ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali tak khusyuk, angkat 2 kali pun tak khusyuk jugak lagi...

Masuk je kali ketiga, Budin panggil tok imam. "Tok,tok duduk kat belakang, biar saya jadi imam." Tok imam pun undur le ke belakang.

Budin pun angkat le takbiratul ihram. "Allahu akbar!" Maka para makmum pun ikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat. Tiba-tiba je si Budin ni pusing ke belakang dan berkata, "Aaa, tengok! Sekali jee tokkkk!!" Lalu batallah solat Budin. Yg lain-lain pun ikut berenti sambil ketawa terbahak-bahak.

Tok imam pun mintak pulak si Ciko jadi imam. Si Ciko pun terus ke depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habis sembahyang. Siap dg wirid-wiridnya sekali. Punyalah respek tok imam kat si Ciko niii...

Lepas solat, tok imam pun puji-memuji leee si Ciko ni... Tapi dgn bongkaknye si Ciko berkata,

"He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu.Kalau tak, lagi dassat aku semayang. He heee..."

Tok imam pun terkedu & terpana...




Sumber: lawakjenaka.com

Monday, 8 August 2011

Lawak: Asal Nama Elektrik

Orang Melayu dikatakan mengambil perkataan ELEKTRIK daripada perkataan Inggeris yang juga ELECTRIC. Tetapi yang sebenarnya, ELECTRIC itu diambil dari perkataan Melayu campur Inggeris.

Ceritanya... . Pada suatu masa dulu selepas setahun Thomas Edison mencipta lampu, saintis tidak pernah terfikir memberi nama kuasa yang menyebabkan lampu itu hidup. Jadi, entah macam mana semasa lampu mula-mula hendak diperkenalkan di Tanah Melayu, ada seorang Melayu yang bernama Kulup Kalimantang mati-mati tidak percaya pada hasil ciptaan Thomas Edison itu. 

Semasa demonstrasi diadakan oleh Thomas di Tanah Melayu untuk memperkenalkan lampu itu, Kulup Kalimantang pun berkata dengan kuat.

"Ele..trick aje tu... ele..trick aje... ele trick!". ( Bermaksud tipu )

Thomas Edison berfikir Kulup berkata begitu kerana mengatakan lampu menyala disebabkan oleh kuasa "ele..trick" . Jadi digunakanlah perkataan "ELE..TRICK" yang dieja ELECTRIC mengikut ejaan orang putih. 

Sebagai mengingati jasa Kulup Kalimantang menamakan kuasa ELECTRIC itu, maka diciptalah sejenis lampu panjang yang dinamakan lampu kalimantang.





Sunday, 10 July 2011

Hidup ini penuh wayang..? GSC,TGV, BIG Cinema..ETC..! hahaha..!

korang perasan tak yang korang sekarang tengah tengok wayang? atau korang sendiri terasa korang dalam wayang? atau korang sendiri yang dok tengah main wayang..? urmmm.., kalau nak difikirkan, semua benda yang kita lakukan sebenarnya adalah untuk berwayang. Wayang gambar yang kurang kualitinya. Kahkahkah....!!!

Betul la kan..? semua orang sedang berwayang antara satu sama lain. Korang sebenarnya hidup sambil berlakon dan korang hanya menjadi diri korang bila korang bersendirian dirumah atau tempat-tempat bila orang tiada dengan korang. Itu adalah fakta dan sememangnya terjadi. 




Aku tak nak cakap berkenaan itu. Aku nak cakap berkenaan wayang dalam sesetengah organisasi yang kita terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Kebanyakan aksi wayang nie berlaku di organisasi-organisasi yang melibatkan kerajaan. Betul ke..? Kenapa hanya organisasi kerajaan jer aku nak cakap pasal wayang nie..? kenapa di institusi swasta tak dak wayang ke berlaku..? kenapa wayang senantiasa dikaitkan dengan kerajaan dan kenapa pula swasta bebas dari wayang..? 

berbalik kepada isu asal kita yakni wayang. Wayang yang aku maksudkan adalah berpura-pura semua berada dalam keadaan samada keadaan terkawal, baik, teratur dan terkini padahalnya langsung tidak begitu pun.  Wayang selalu dimainkan apabila tiba orang kenamaan, mahupun orang berpangkat lebih besar dari kita datang melawat. 


Bersambung...

Saturday, 9 July 2011

Lawak: Pusaka Nenek

Setelah sekian lama di perantauan akhirnya Rahmat pulang ke kampung untuk berjumpa dengan neneknya.


Nenek : "Rahmat, nenek sudah tidak kuat lagi, nenek minta kamu sambung mengusahakan kebun nenek..."

Rahmat : "Jangan cakap macam tu, nek..." (dalam hati, tak sia-sia aku balik kampung... dapat pulak harta pusaka nenek).

Nenek : "Segala isi perkebunan, ternakan, villa, traktor untuk kamu. Tolong jaga baik-baik, jangan lupa disiram tiap hari tanaman nenek."

Rahmat : "Baik nek, nenek jangan bimbang tentang hal itu... Tapi dimana kebun nenek? Rahmat tidak pernah tahu?"

Nenek : "Di Facebook nenek, FARMVILLE, nanti nenek bagi tau passwordnya."

Rahmat : "?????





Sunday, 19 June 2011

Hansome VS tak Hansome

Kalau lelaki handsome pendiam
Perempuan akan cakap:: woow, cool giler...
kalau lelaki tak handsome pendiam
Perempuan akan cakap: eh perasan bagus...

kalau lelaki handsome berbuat jahat
Perempuan akan kata: nobody's perfect
kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
perempuan akan cakap: memang.... muka pun macam
pecah rumah!

kalau lelaki handsome menolong perempuan yg
diganggu
perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero
filem!
kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang
diganggu
Perempuan akan kata: entah2 kawan dia...

kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: sepadan sangat...
kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan
tuh!

kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..
kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata:...(terdiam, tapi telunjuknya
meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok
saja luarannya)...




kalau lelaki handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: perasaannya halus... penuh
kasih sayang
kalau lelaki tak handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus
menyayangi...

kalau lelaki handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: matching... hebat luar dalam
kalau lelaki tak handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?...

kalau lelaki handsome tak mau bergambar
perempuan akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya
tersebar
kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar
perempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya
ya?...

kalau lelaki handsome menuang air ke gelas
perempuan
perempuan akan cakap: ini barulah lelaki gentlemen
kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas
perempuan
perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang
begitu....

kalau lelaki handsome bersedih hati
perempuan akan cakap: let me be your shoulder to
cry on
kalau lelaki tak handsome bersedih hati
perempuan akan kata: kuat nangis!! lelaki ke bukan
ni?







Friday, 20 May 2011

Apa lelaki sembang bila pompuan takdak.

Laki ka pompuan ka...semua sama ja. Masing-masing ada perangai dan cara untuk mendefinisikan depa tue lelaki atau pompuan. Kadang-kadang aku teramati jugak keadaan dimana apakah yang lelaki bualkan bilamana pompuan tiada sekitar mereka? Apa topiknya, bagai mana riaksi mereka? dan persepsi mereka terhadap kaum wanita espesyeli kepada yang dah kawen or bertunang tue? Topik dan kisah yang mereka bualankan mungkin berbeza melalui peringkat umur kan..? 
Yelah, takkan budak umor 15 tahun bersembang macam mana nak kumpul duit buat duit hantaran kawin kan? Takkan pulak abang-abang kekar umor 26 tahun, bersembang nak beli choki-choki kat kedai anney juai roti kot. So relevannya adalah umor mereka dan topik yang dibincangkan...





Jadi, hadirnya aku disini, melihat lingkungan umor 24 tahun hingga ke umor 29 tahun dan apakah nilai kematangan mereka dari segi berbual bila mana ketiadaan pompuan di sisi. Pompuan jadi penanda aras kerana aku lihat, bial pompuan ada, keadaan sedikit berlainan daripada kitiadaan pompuan disisi. urmmm...

Mari kita tinjau apakah topik perbualan mereka bila pompuan takdak bersama mereka. Kira macam kita tengok apa topik utama perbualan mereka.


Bersambung...


Thursday, 19 May 2011

Lawak: Automatic Tampon Remover.

Seorang lelaki dalam kapal terbang tiba-tiba ingin buang air. Tapi tiap dia hendak ke toilet, selalu saja ada orang didalam.

Seorang pramugari melihat keadaan ini, dia lalu menawarkan utk menggunakan toilet wanita dengan syarat dia tak boleh menekan butang2 yang ada di toilet tersebut.

Kerana dah tak tahan, masuklah lelaki tadi ke dalam toilet wanita yang memang sedang kosong.

Ternyata butang2 itu memang ada, dekat tempat tisu.

Ada 4 butang yang bertuliskan: WW, WA, PP, ATR.

Kerana perasaan ingin tahu, lelaki tadi cuba untuk menekan butang2 itu.



Dengan hati-hati dia menekan tombol WW dan ketika itu juga air hangat menyembur ke punggungnya. Dalam hati dia berkata, “Oh.. rupanya butang ini bererti WARM WATER (air hangat) untuk cebok. Wah selesa sungguh perempuan kalau ke toilet”, katanya dalam hati.

Masih ingin tahu, lalu dia menekan tombol WA, dan ketika itu bertiuplah udara hangat (WARM AIR) untuk mengeringkan punggungnya yg basah. Dia berfikir, “Tidak hairan kalau perempuan selalu lama di dalam toilet dengan layanan seperti ini”, tambahnya.

Lalu dia menekan butang PP dengan sangat berhati-hati sambil menantikan kemungkinan yang akan terjadi.

Ternyata satu span bedak (POWDER PUFF) keluar dari tepi lalu menepuk2 bedak ke punggungnya yang sudah kering dengan bedak halus. “Oh man…… this is great…… sangat hebat layanan seperti ini!”, katanya dalam hati.

Dengan tidak sabar kerana ingin menikmati layanan lain yang sudah dia bayangkan, pasti sangat selesa kerana merupakan butang terakhir, d ia segera menekan butang “ATR”……….. !!!

Sedar2 dia sudah berada di wad hospital dan ditangannya dicucuk jarums.. dia sangat hairan, lalu dia bertanya pada jururawat yang sedang bertugas.. dia menerangkan bahawa apa yang dia ingat adalah dia sedang berada dalam toilet wanita dalam sebuah pesawat.

Si jururawat kemudian menjelaskan, “Ya.. anda pasti sedang menggunakan layanan toilet dalam pesawat yang dikhaskan untuk wanita..hingga anda menekan butang ATR iaitu butang AUTOMATIC TAMPON REMOVAL (penanggal tampon automatik).. dan anda pun pengsan kerana buah zakar anda tertarik oleh alat itu...






Monday, 2 May 2011

Warna Sesuai untuk Lelaki

Warna selalunya diterjemahkan sebagai suatu yang menonjolkan peribadi seseorang. Kita juga secara tidak langsung berinteraksi secara terus menerusi warna-warna sekeliling yang wujud dalam kehidupan tidak kira dari segi semulajadi mahupun buatan manusia. Oleh itu, secara lazimnya, kita telah meletakkan sesuatu persepsi bahawa warna juga boleh melambangkan sesuatu gender yakni lelaki mahupun wanita.



Warna-warna gelap, kuat dan warna bumi, sering dikaitkan dengan golongan lelaki. Lelaki lebih ditumpukan kepada golongan warna yang mudah digayakan dengan apa fesyen dan cara pemakaian sekalipun. Mahupun tatacara pemakaian ke pejabat, ruangan santai mahupun berada di rumah. Semuanya bercirikan warna-warna gelap versi terang yang melambangkan kekuatan lelaki.





Kalau di Eropah dan Barat. Warna untuk lelaki senang dikategorikan mengikut warna kulit dan rambut mereka. Macam mana kita di Asia nie? Adalah kita jugak dikategorikan sebagai masyarakat bewarna dan susah untuk memilih warna dalam berpakaian?

Mari kita lihat dulu generalisasi yang diberikan bagi lelaki-lelaki kat barat. 
Kalau kita mempunya warna rambut yang blonde dan berkulit cerah. Warna yang sesuai untuk anda adalah warna-warna biru laut yang agak cerah, kelabu cerah dan dipadankan dengan warna yang sama jika mempunyai jaket atau blazer. warna coklat muda dan hijau pucuk pisang juga dapat menonjolkan warna untuk diri anda. Warna-warna pastel jugak sesuai untuk individu ini. Kalau boleh, cuba elakkan warna putih untuk kemeja melainkan digandingkan dengan seluar gelap. Kasut pulak, kompem warna hitam, tapi warna cordovan, burgundy dan coklat jugak masuk untuk individu ini. Paling sesuai? warna coklat dan burgundy!




Kalau kita mempunyai warna rambut kemerahan dan warna kulit yang sedikit tanned. Warna yang sesuai adalah warna merah dan hijau. membandingkan pakaian yang dipakai pula, warna-warna seperti coklat dan camel adalah sesuai untuk pakaian casual. Warna biru laut lembut, peach lembut dan hijau lembut dapat menyerlahkan individu ini dalam pakaian kemeja ke pejabat. Elakkan warna putih, boleh dipakai tapi jangan selalu. Kasut paling best mestilah hitam, tapi yang sesuai untuk individu ini adalah cordovan dan coklat.


kasut warna burgundy




Kalau kita seorang yang mempunyai warna rambut hitam dan berkulit sawo matang kegelapan. Kita lebih sesuai untuk dicorakkan dengan warna hitam dan coklat pada penataan bajunya. Warna-warna bumi dan kelabu gelap juga merupakan padanan yang sesuai. Orang yang mempunyai ciri-ciri sebegini sebenarnya tidak susah untuk memilih warna pakaian yang sesuai. Mereka dapat menyesuaikan diri terhadap semua warna-warna yang dikategorikan 'lelaki' dengan sempurna. Warna putih serta warna-warna terang seperti biru gelap dan padanan berjalur pada baju kemeja untuk ke pejabat juga dapat memberikan impak yang bagus kepada individu sebegini. Sebab itu, kebanyakan orang asia lebih sesuai untuk padanan warna sebegini. Padanan warna seluar jugak dapat dikombinasikan dengan warna seluar hitam, coklat gelap atau pun Taupe. Memang cantik dan segak. Kalau padanan pakaian ke pejabat tue, kasut berwarna hitam merupakan pilihan yang paling tepat berbanding warna-warna lain. Kalau mahu berjalan-jalan, pakaian kasual seperti kemeja T yang berwarna putih dengan kolar sangat sesuai. Warna-warna seperti Biru Royal, Turquoise gelap, Ungu Gelap, Bugundy cerah amatlah sesuai dengan warna kulit anda. 


Jaket berwarna Taupe




Padanan baju untuk individu berkulit gelap.




Namun, apa yang laing penting adalah lelaki yang pandai menggunakan warna untuk dirinya akan dapat memukau semua orang disekelilingnya. Tak kira warna apa yang digayakan, tanpa rasa segan atau malu keyakinan adalah segalanya.

Pandangan yang diberikan aku adalah secara umum dan panduan secara menyeluruh mengenai warna-warna sesuai. Bukan bertindak sebagai penasihat fesyen atau pengkritik baju dalam memilih warna. Penataan fesyen yang melampau seperti tema-tema tertentu adalah terkeluar daripada generalisasi yang diberikan disini. 


Friday, 29 April 2011

Lawak: Tips rejek Marka (awek)

Nak reject pompuan sebenarnya susah, takut nanti dia frust dan bunuh diri, jadi guna dialog nie. Korang kompem selamat. Tayah risau kena manderem or kena santau ekk..? hahaha..!



1) Semalam I check dengan doktor, dia kata I HIV positif...

2) Kat telinga I ni ada suara suruh I bunuh diri..

3) U nampak tak mamat tu... (padahal takda orang pun kat situ)

4) Adik beradik I ada 10 orang, semua belajar lagi, I kena sara diorang sebab parents I dah meninggal...

5) I dah keje kat 20 company, tapi paling lama tahan pun 2 bulan je...

6) Hari-hari along cari I, hutang dengan diorang dah mencecah 100 ribu...

7) Errr, sori, terpegang pulak....

8) Lupa nak bagi tau u, I ni duda anak 10

9) Ish, kalau nak kawin dengan U, I kena ceraikan bini I yang ke 4 tu, sian dia....


10) Mak U cantik laa...nak kenal boleh..?